Susah Ke Nak Lupakan Kekasih Lama?

 











          Assalamualaikum dan selamat malam ! Wohooo.. Dah makan belum ni? Nak aku belanja ? Boleh boleh, tapi choki choki sorang satu la okeh? Hehe. Lebih dari itu daku tidak mampu.. Ecehhh.. Sadis pulak bunyik nya . Well itu la realiti kehidupan aku. Hehe.. InsyaAllah, nanti bila aku dah ada rezeki lebih sikit, aku buat kenduri, dan korang akan dijemput sekali okeh? Hehe.. Kenduri kesyukuran la. Hehe..



        

             Okeh, seperti mana yang korang tau, hari ni aku off day ! Cuti cuti ni la peluang aku untuk update blog ni. So.. Disamping itu, aku jugak berjalan jalan tengok pokok pokok berhampiran rumah, melastik tebuan , dan jugak berlumba larik dengan tupai . Haha.. Enjoy la weh sebelum anda dienjoykan. Err.. Pelik? Gua biasa je der! Hehe..





             Erm.. Petang tadi, aku melayan Facebook , dan di tanyakan satu soalan lebih kurang berbunyik macam camna nak lupakan seseorang. Hehe.. Well.. Soalan itu agak sukar dijawab pada mulanya, tapi oleh kerana aku ditanya oleh kawan rapat aku jugak , maka aku jawab la. Tapi dalam entri ni aku nak detailkan lagi cara cara nak lupakan seseorang. Maybe karangan aku kali ni agak panjang melebihi format yang dibenarkan dalam Ujian Pelajar Sengal Racing ( UPSR ). Tapi aku teruskan jugak ini karangan . Haha..



            

             Untuk menjawab soalan, bagaimana kita nak lupakan seseorang tu kan. Sebenarnya, ia tidak lah semudah yang kita sangka. Maybe nampak mudah, tapi ia  amat memerlukan kekuatan hati yang mendalam. Jika tidak mempunyai kekuatan hati yang mencukupi, kita akan terus dibelenggu segala kenangan yang tercipta dengan seseorang itu. Dan seterusnya, akan mendatangkan kesan jangka masa panjang yang buruk. Serius woo..





             So.. Bagi pengalaman aku yang bercinta banyak kali ni kan, sebelum dipertemukan dengan Cik Teddy aku sekarang ni. Aku mengambil masa yang boleh dikira agak singkat untuk melupakan seseorang yang pada waktu itu mengguris dan merobek jiwa ku ! Ecehhh.. Dengan cara camna? Dengan cara melupakan setiap kenangan secara slow slow dan, mengubah ia menjadi satu ikatan bergelar PERSAHABATAN ! Ya.. PERSAHABATAN ! Ia merupakan satu penawar dan jugak ikatan yang lagik kuat dari PERCINTAAN. Hehe..





             Dengan cara itu, ia dapat membuatkan kita melupakan seseorang. Tapi bukan la dapat lupa dalam sehari dua. Alaaa.. Macam aku cakap tadi, ikut kekuatan hati kita la. Lain orang , lain kekuatan dia. Hehe.. So.. Ia agak berbeza mengikut pengalaman, kenangan dan jarak masa. Adehh.. Kalau korang pening baca karangan aku ni, bagitau okeh ! Hehe...





             Untuk penutup karangan aku ni, aku nak cakap, dalam setiap perbuatan kita tu, perlukan nawaitu yang elok dan baik serta comel. Hehe. Disamping itu, berdoa la dan tawakal kepada Allah ! Mintak petunjuk dengan Dia ! Dia mesti beri punya.  Hehe.. InsyaAllah, setiap nawaitu baik akan dibalas dengan kebaikan jugak. Siap berlipat kali ganda lagi !  Jangan pulak gatal gatal gi buat benda bodoh pulak okeh!  Kang aku yang lempang karang. Haaa.. Aku lempang pakai selipar nepal nak? hahaha..





             Okeh la, cukup la sampai disini karangan pakcik, pakcik nak gi main dota kejap. Nanti kita jumpa lagi okeh ! Hehe.. Taking care ! ;)









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post