Kenapa Aku Stop Buat Segmen?









               Hola sahabatku ! Aku tau entri ni agak kontroversi sikit ! Haha.. Takpe , takpe, aku dah ada kekuatan untuk bagitau kenapa aku nak stop buat segmen ! Hehe.. Baiklah, seperti korang tau, dari dulu, blog aku ada buat segmen itu la ini la kan.. Hehe.. Dan aku dah lama dah stop benda ni. Dah dekat dua minggu kot aku stop buat segmen ! Haha.. Mesti ada yang merindui segmen aku kan? Ermm.. Dont worry, segmen aku akan berubah style sikit. Dah lain sikit dan lebih simple..





               Sebelum aku mula menaip ni kan, diingatkan bahawasanya entri ni adalah pendapat aku yang datang dari hati, pengalaman serta perasaan lain macam. Hehe.. Lain macam? Yee.. Lain macam..





              Ermm.. Aku berhenti buat segmen sebab bagi aku, segmen itu tidak memberikan kepuasan yang sebenar dalam blog ! Haha.. Kalau nak tambah follower, nak tarik traffik tinggi, segmen banyak membantu. Hehe.. Jujur aku cakap, aku dah rasa dah ini semua, dan ia membuatkan aku seronok dengan traffik yang tinggi minggi ! Haha.. Tapi.. Aku still rasa tak puas hati. Entah kenapa tah, satu hari tu, aku renung balik segmen segmen aku dulu. Semua nya sama je. Iaitu BACKLINKS !





               Hehe.. BACKLINKS ke blog aku ! Daripada blog korang yang join tu la aku dapat backlinks dan blog aku makin dikenali. Dari segi apa? Hehe.. Senang je, dari link ke entri aku, dari tempekan header aku di blog korang ! Hehe,. Korang paham kan?





                Jujur aku cakap okeh, aku rasa tak best. Aku sangka kepuasan akan ku dapat dari segmen sebenarnya perasaan bersalah menghantui aku. Hehe.. Mesti korang hairan kan? Ermm.. Aku bagi situasi, aku buat segmen, dan syarat dia adalah letak header, link blog aku kan, kemudian korang pun join. Link dan header blog aku kan masih ada dalam entri korang kan, bila pembaca blog korang masuk dan terbaca entri pasal segmen aku kan, confirm la diorang klik link aku dan automatik masuk ke blog aku. So.. Lepas itu apa jadi? Hehe.. Blog aku yang dapat banyak traffik daripada blog yang join !! Tu yang buatkan aku rasa bersalah dan ia tidak adil ! Huhu..





                Yang selalu jadi mangsa adalah blogger blogger baru ni la.. Serius.. Hmm.. Di kesempatan ini, aku nak mohon maaf sebab terpaksa bagitau benda nih. Huhu.. Dan kalau korang nak UNFOLLOW blog aku pon takpe, aku faham.. Tapi, aku akan terus berblog dengan cara aku. Takmo buat segmen dan segala yang melibatkan backlinks ! Ia bukan cara aku.. Maafkan aku ye sahabat .....







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post