Yuhuuuuu.. Assalamualaikum ! Hehe.. Dah makan malam ke belum nih? Jap.. Korang masak apa eh? Ke beli je kat kedai depan sinun? Hehe.. Aku? Dah makan dah.. Kekenyangan yang jitu ni. Hehe.. Kekembungan perutku melanda diriku ini. Hehe..
Okeh, kita lupakan bab pemakanan, sebab entri aku kali ni bukan bersifat pemakanan sedunia. Hehe.. Tengok la tajuk kat atas tu. Best tak agak agak? Hehe..
Erm.. Aku nak berkongsi sesuatu yang aku rasa agak bangang dan bodoh untuk dipraktikkan oleh seorang insan bergelar manusia ! Apakah itu? Hehe.. Jom teruskan pembacaan karangan UPSR aku ni. Hehe...
Tersebutlah kisah, aku keluar makan. Tapi bukan yang baru ni okeh, ni yang terjadi dekat aku beberapa hari lepas. Alaaa.. Hari yang aku update blog kurang sebab pegi mencari kerjaya tu. Ingat tak? Haaa.. Ingat pun.. Hehe.. Okeh, cerita dia camni, sewaktu aku makan dan dibelakang aku ada budak budak remaja lelaki dalam lingkungan 16 -19 tahun sedang duduk bersantai berborak tentang awek masing masing. Ada keluar cerita gebu la, montok la, buah pelam la, buah tembikai la, buah kedondong la dan buah durian.
Well, aku pun nak tak nak, terpaksa la pasang telinga, dek kerana mereka duduk di belakang aku dan volume mereka agak loud speaker ! Arghhh.. Halwa telinga aku terpaksa mendengar penceritaan mereka sedangkan aku sedang menjamah makanan kegemaran aku. Haha.. Lepas tu sedang mereka khusyuk bercerita tu kan, handset salah sorang dari mereka berbunyik, dan diangkat la kan, hehe.. Rupa rupanya itu awek dia yang call ! Patut la aku dengar nada kegedikan seperti ulat beluncas ingin memadu kasih dengan ulat gonggok ! .
Lalu, aku pun tak amik port pun apa yang diorang gayutkan. Lantak pi la kan. Selang beberapa minit kemudian, handset mamat yang sama ni berbunyik lagi. Kemudian aku terdengar mamat ni cakap
" Erkk.. Mak aku call la, aiseymen, dia nak apa ni? Haishhhh "
Aku yang makan tu pon tersedak. Aku terasa something menusuk hatiku. Kalau korang pun, confirm korang akan rasa kan? Getaran yang mengsebakkan hati.
Lepas tu , budak bongok tu angkat la handset tu kan. Ya Allah, saat dia bercakap dengan insan yang bergelar MAK dia tu, perghhhhhhhhhhhhh.. Bukan main ganas dan garang lagi. Macam nak taknak je cakap. Hmmm.. Aku yang berhati lembut ni pun tetiba mensirap ! Tetiba je hati aku rasa panas dan jugak membara. Aku pun buat buat la cakap kat handset aku ni, aku cakap..
" Mak, syurga tu kat bawah tapak kaki ibu kan? Kalau derhaka, dahsyatkan seksaan dia? "
Padahal, aku tak cakap dengan sapa sapa pun, tak dail pun nombor mak aku. Saja nak bagi budak belakang aku tu dengar, dan ternyata, lakunan aku berhasil, bila dia mendengarinya dan memandang aku dengan penuh kebengangan. Lepas tu terus blah camtu je..
Aku pun, terus la menjamu perut aku sampai buncit. Dan kemudian aku terasa puas, bukan puas sebab kentut okeh, ni puas sebab aku dapat memperli sepedas pedas ayam merah dekat budak bongok tu. Hmmm.. Tu la cerita aku yang real dan tiada tokok tambah.. Tamat..
Koyok Ditempek : Mak dan ayah adalah satu harta dan anugerah yang tak ternilai woo.. Sekali dah hilang dan diambil Allah, menyesal macam mana pun tak guna dah. Pesan aku, hargai lah mereka selagi mereka masih ada, satu saat nanti, kita pun jadi macam diorang jugak ! =)

0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks