Assalamualaikum ! Dah tengah malam dah, mesti korang dah tidoq kan? Alaaa.. Jangan la tinggal aku sorang sorang dalam kegelapan ni. Hehe.. Aku bukan takut okeh, cuma segan silu dengan si semut ni hah, dari tadi dok berlegar legar di tepian tilam aku ni. Nak cari idea camna nak masuk dalam kain pelikat aku la tu.. Haha..
Okeh, abaikan statement di atas. Sebab, aku nak sharing cerita ni. Cerita pasal mimpi aku tiga hari lepas ! Huhu.. Mimpi yang aku alami sangat la real sehinggakan dalam mimpi tu, aku menjerit nak keluar pun tak keluar keluar ! Hmm.. Serun tak? Jom ikuti penceritaan aku di tengah malam nan sejuk dan gulap gelita ni.
Camni cerita nya, dalam mimpi tu, aku tengah drive melalui satu bukit di sekitar Kuala Lumpur, rasanya berhampiran Damansara jugak la. Lepas tu sedang aku mendaki bukit itu, aku terpandang di tepi tepi dan pinggir pinggir bukit tersebut. Pada mulanya, ia permandangan biasa la kan, ada rumah rumah, taman taman, shopping complex dan sebagainya.
Tapi, selang beberapa minit selepas itu, aku pandang la lagi sekali, kononnya nak amik angin sepoi sepoi bahasa Uganda la kat luar kan. Tiba tiba, permandangan indah tadi bertukar rupa. Gunung ganang menjadi seperti terbakar, lava sana sini. Yang bangunan bangunan tadi, semua tenggelam ke dalam lava. Manusia manusia pun sekali. Dengan hingar bingar, tempikan dan lolongan kesakitan makin kuat, aku yang di atas tu hanya tergamam melihat satu permandangan yang amat menakutkan ! Ya Allah !
Kemudian, aku melihat ke langit, MasyaAllah, Matahari betul betul sangat dekat dengan kita ! Dan, oleh kerana aku sedar itu merupakan kiamat, aku menangis dan menangis.
Dan.. Aku terbangun saat itu dalam keadaan mengigil dan berpeluh sangat banyak ! Huhu.. Terus aku amik wuduk, dan solat isyak ! Kemudian , baru la aku sambung tido balik.
Aku tatau apa makna mimpi tu, tapi besar kemungkinan , untuk menyedarkan aku dari pada kesilapan aku buat, contohnya, solat pun kekadang tak cukup lima waktu. Sedangkan entri blog boleh pulak lebih dari lima. Hmmm.. Kini, aku pun dalam proses memperbaiki mana yang patut. InsyaAllah, aku akan terus memperbaiki diri aku ni.
Akhir kata aku, apa agaknya makna disebalik mimpi tu eh? Korang ada pendapat tak? :)

0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks