
Assalamualaikum ! Haaa.. Tak jawab dosa weh ! Hehe.. Selamat tengah hari !! Hehe.. Korang mesti ingat daku baru bangun tido kan? Haha.. Korang telah menyilap kan diri korang, kerna aku sudah bangun awal lagi. Hehe.. Bukti? Try hidu bau aroma ketiak aku yang wangi ni ! Haha..
Oleh kerana aku telah membangunkan diri aku di awal hari sebagai persiapan untuk memulakan kerjaya esok hari, maka aku tanpa segan silu telah menjamah roti jagung yang hendak dijadikan modal berpuasa ini hari, tapi malangnya, godaan perutku ini amat la kuat sekuat kuatnya ! Hehe..
Erkk.. Mukadimah entri aku ni memang macam ni kan? Haha.. Abaikan, sebab, aku nak bagi tips jiwang ni ! Yeee.. Cinta jarak jauh ! Hehe.. Oleh kerana aku pun sedang mengalami cinta jarak jauh dengan Cik Teddy yang nun jauh di Seremban sana, dan aku di sini . Shah Alam la.. So.. Sudi sudi la kiranya anda mengikuti tips yang maybe berkesan kot bagi pasangan yang bercinta tapi menanggung seksaan merindu ! Hehe..
Alaaa.. Jom je la baca ~
- Tips Pertama
- Jarak jauh bukan penghalang untuk bercinta okeh. Jadi, untuk mengukuhkan lagi percintaan anda, perlukan kepercayaan dua dua pihak yang sangat tinggi ! Ya.. Lebih tinggi daripada kebiasaan sebab ini berkaitan jarak yang dah berbeza. Yelah, kita mana la tau, dengan sapa pasangan kita cakap, apa yang dia buat, dah makan ke belum dan sebagainya. Mesti lah akan timbul kejelesan disitu. So.. Saling mempercayai jugak dapat memperkuatkan lagi hubungan cinta itu. Ehemmm.. :P
- Tips Kedua
- Saling lah berhubungan ! Hehe.. Di zaman yang serba canggih manggih ni, macam macam boleh di buat untuk melepaskan rindu ! Ada SMS, ada MMS, ada Call , dan banyak lagi cara. ! Hehe.. Kalau nak tengok pasangan kita bergerak gerak macam sengih ke, gelak ke, better guna SKYPE ! YM pun boleh jugak ! Hehe.. Stylooo !!
- Tips Ketiga
- Jangan pernah mengabaikan pasangan anda ! Hehe.. Curi la masa even 3 minit untuk menyampaikan mesej ringkas berbunyik " Miss U " supaya pasangan kita tak rasa kita melupakan dirinya. Nampak ringkas kan? Tapi membawa 1001 makna pada seseorang itu bila ia membabitkan soal hati ! Try la. Hehe..
So.. Itu la tips tips jiwang aku nak bagi di tengah hari ni. Hehe.. Bercinta cinta jugak, soal hukum hakam tu jangan la dilupa ! Batas batas tu semua ! Hehe.. Ingat tau ! Erk... Aku lapar la pulak. Nak gi cari sardin la jap. Rindu pulak masakan sardin mak aku kat Kuantan tu.. Okeh, nak makan ngan aku? Jommmm !! Eh, nasi bawak sendiri okeh ! Haha..
Twitter
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks