Assalamualaikum pemula bicara entri aku malam ni ! Hehe.. Ehemm... Testing suara.. 1.. 2.. 3.. Cek cek rok rok.. Err.. Macam nak nyanyi pulak kan? Well.. Nak tau something tak? Dulu,
Nash tu kan, aku la yang jadi guru vokal ! Hehe.. Tak caya?? Gi tanya Nash.. Lalalalala...
Hehe.. Entri aku bukan berkaitan langsung dengan itu vokal punya celita ! Hehe.. Tapi berkaitan tentang
sifat kemanusiaan dalam diri seseorang ! Panas lak aku nak cerita ini kisah. Tapi takpe la kan, sebagai
tauladan buat remaja remaja luar sana yang gatai miang keladi nak bercintan cintun ! Grrr..
Kisah dia berbunyik begini.. Satu petang yang aman damai.. Burung burung tiada.. Yang ada hanyalah bunyik bunyik orang berkicauan.. Err.. Abaikan.. Sambung balik.. Hari ni , macam biasa la, rutin aku di kedai komputer My10's. Melayan customer yang datang, membuat lawak pada teman sekerja, mengusik usik handphone aku dan jugak menari shuffle di dalam angan angan. Hehe..
So.. Nak dijadikan cerita, adalah sorang customer ni. Makcik la jugak dengan anak pompuan dia ! Cun laaa jugak.. Tapi
Cik Teddy aku tetap menjadi ratu comel dihatiku ini. Hehe. Makcik ni beli la laptop di kedai aku kan. Di percepatkan story mory ni. Setelah sudah membeli laptop, macam biasa la, mesti ada beg laptop, free gift dan beberapa barangan lagi...
Sedang sedang berkira nak balik tu kan, tiba tiba
kayu balak anak makcik tu datang. Dengan tersipu sipu malunya.. Si kayu balak tu hanya mengeluarkan ayat
" Makcik.. " sambil terangguk angguk konon bajet macam sopan santun la kan. Lepas terangguk angguk macam patung doraemon dalam kereta aku yang menggunakan solar tu kan. Si kayu balak tu pon terus mendapatkan awek beliau yakni anak makcik tadi..
Makcik tadi pun secara automatiknya, terus tak diendahkan oleh kedua dua mangkuk hayun tadi ! Damnnn.. Time ni gua rasa panas der.. Naseb baik teman sekerja gua menenangkan gua dengan ubat penenang gajah tu. Kalau tak, memang gua dah lipat dah. Hehe.. Korang boleh bayangkan tak , seorang mak yang berusia dalam 60 tahun, mengangkat 4 bag berisi benda ! Haihhh.. Dan, dua dua orang tadi duk sibuk melayan asmaradana tanpa mempedulikan makcik itu. Perghhh.. Korang panas tak? Nak kipas? Hehe..
So.. Selepas 20 minit kot, baru kayu balak tu blah, dan anak dia bantu bawak laptop dia yang dikendong oleh mak dia tadi ! Alhamdulillah.. Kalau tak memang aku menawarkan bantuan pergi angkat beg beg tu.. Hehe.. Korang rasa, layak kah si kayu balak tadi menjadi menantu makcik tadi?? Sila jawab di tempat yang di sediakan.. Hehe..
Hmm.. Nasihat aku kepada budak budak remaja belia ni kan, bercinta bercinta jugak, jangan sampai ahli keluarga tu di pinggirkan. Dari kecik korang bersama dengan ahli keluarga, tambah tambah si MAK AYAH tu, takkan la sebab pakwe / makwe korang yang baru kenal 2,3 tahun tu , korang boleh bersenang lenang buat tak tentu hala dekat keluarga korang.. Nak buat jugak ? Meh sini aku angkat jari tengah kaki aku ni kat korang meh ! Okeh?
Aku pun dah rasa macam belengas dah badan ni. Nak mandi jap... Err.. aku mintak diri dulu ... Chowwww...
Koyok Ditempek : Gambar diatas tiada kaitan okeh ! Hehe..