Penyakit Dalam Blogging Mai Dah !





Assalamualaikum.. Kehadapan, kebelakang, kekiri dan kekanan wahai pembaca pembaca blog putih kelabu aku ni.. Errr.. Apsal korang berpoco poco nih.. Haha.. Tengok aku, steady je, cuma tempurung lutut je goyang sikit .. Sikit je okeh ! Hehe..





Erm.. Sebenarnya entri aku di petang yang suam suam berduri ni adalah tentang cinta ! Haha.. Bukan cinta , tapi penyakit aku time blogging dah mai ! Mesti tertanya tanya kan penyakit apa yang menyerang insan gagah perkasa ni kan? Err.. Okeh, ada unsur riak, takbur , ujub disitu ye.. Haha.. Abaikan..  Okeh, meh aku habaq kat hangpa tentang beberapa penyakit misteri yang menyerang aku disaat nak berblogging tu.. Antara depa ni mesti ada yang pernah mengambush hangpa jugak kot !! ngeh ngeh..





Ekceli kan......





  • Aku sering dihimpit perasaan aneh tatkala sedang memakan kuaci, cokolat cip, mahupun biskut pat segi dimana aku sering mendapat idea disaat saat indah sebegitu.. Setelah mendapat idea sebegitu, aku pun tanpa membuang masa, berlari lari manja menuju ke laptop dan bukak la new post ... Dan apabila aku meletakkan jari tengah dan jari manis ke papan kekunci.. Suddenly, poop.. Hilang abes idea tu .. mana pi pon cek tatau.. Dan seraya itu jugak la, aku dapat merasakan burung gagak terbang dibelakang belah atas aku sambil menjerit comel " Buudo.. Buudo.. ". Aiseymennnn..



  • Bukan itu saja okeh, aku jugak sering berdepan situasi yang memerlukan kesabaran amat tinggi .. Iaitu aku sering mendapat idea tatkala aku ohh ohhh ! Korang tau kan apa tu ohh ohh? Haha.. Sapa tatau kena la pakai pampers Mamypoko! Haha..  Serius, idea sengal aku selalunya muncul time gitu.. Tapi yang menyedihkan adalah, lepas settle je urusan dekat bilik bercecair tersebut. Aku punya idea tu pon bergelinangan pergi mengikut putaran cecair yang di flush ! Adehhhhh.. Sungguh sadis perasaan itu tau ! 





Jadi, dengan ini, aku menyeru pada pakar pakar medik kat luar sana agar tampil membantu aku mengdiagnose penyakit aku kat atas ni.  Sapa boleh bagitau penyakit apakah ini dengan penuh kekhusyukan, aku bagi dia buah dokong 5 bijik ! Buah dokong okeh, bukan aku yang dokong !  Haha.. Okeh la, aku chow jap nak main kejar kejar dengan semut ~ Chow cin cau ! :)






Koyok Ditempek  :  Motif gambar diatas menerangkan tentang kecomelan seorang budak ! Tiada kaitan dengan entri ni pon.. Haha ..


0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post