3 Cara Nak Bagi Tinggi Semangat Blogging !







Assalamualaikum.. Hua hua hua.. Nampak gayanya, plan aku dalam entri kat bawah ni kan terpaksa ditunda kejap gara gara hari semakin mendung ! Takpe takpe, malam ni pon boleh main boling kan.. Hehe.. Okeh. Entri aku kali ni aku tujukan pada mereka mereka yang dah takde mood untuk berblog ! Yup.. Untuk kamu, kamu dan kamu tu..





Ermm.. Ekceli, sewaktu aku berjalan jalan dari satu blog ke blog kan, ada la beberapa blog yang aku tau mereka dah semakin takde mood nak menaip ! Dari segi intonasi penceritaan blog mereka tu pun aku dah tau. Ecehhh.. Sebab tu aku rasa terpanggil nak buat entri pembakar semangat ni. Hehe.. Aku kan Sengalman. Superhero Malaya yang membawa keceriaan. Jadi .. Sekarang la masa untuk aku beraksi dengan kain pelikat di kepala. Tadd tadddaaaa ! Errr..





So.. Meh aku nak bagi semangat korang up dengan kata kata aku yang indah lagi rupawan. Hehe.. Jom ikuti 3 cara nak bagi tinggi semangat blogging korang ! Wohoooooo..







  • Gunakan Pageviews !

    • Erm.. Setiap yang mempunyai blog tu kan, mesti ada pageviews kan? Itu adalah jumlah pelawat yang ziarah blog kita nih.. Jadi, aku yakin korang mesti ada paling kurang kurang pon 1 pageviews dalam sehari ! Diingatkan, itu paling kurang okeh.. So.. Gunakan yang 1 tu untuk kuatkan semangat korang. Maksud aku, korang jadikan itu kekuatan korang untuk terus berblog. Well.. Bersyukur la masih ada orang yang tengok blog korang walaupun sorang ! Okeh? 



  • Ingati Mereka Mereka Ini !

    • Setiap blog mempunyai pembaca mereka sendiri, baik yang secara terang terangan mahupun secara senyap senyapan kan. Ingatilah mereka yang setia mengikuti blog korang tu. Yang dok komen, yang dok tulis kat shoutbox, yang dok cakap tentang blog korang dalam blog diorang dan jugak yang dok bagi kata kata semangat kat korang. Percaya lah, mereka tak mengharapkan apa apa balasan dari korang pon. Apa yang mereka nak, mereka terhibur dengan celoteh dari blog korang. Tapi.. Sesekali, bagi la penghargaan pada mereka ni. Tak rugi pon kan? Boleh je buat entri terima kasih kan? .. Ermm..  Sokongan mereka ni la sepatutnya dijadikan sumber kekuatan korang untuk menaip dan menaip ! Hehe.. 



  • Menulis Dengan Seronok !

    • Menulis , menaip la dengan penuh keseronokan.. Jangan biarkan diri korang tertekan dek TRAFFIK, DUIT, MASALAH KAWAN, SEO dan macam macam lagik la.. Bila korang dok fikir tentang masalah korang tu kan, confirm la korang jadi tertekan, pastu malas dah buat entri. Mood hilang ke laut katanya ! Hehe.. Sebaliknya, menaip apabila korang rasa selesa tu lagi best ~ Ia pon secara telekinesis nya akan sampai pada pembaca anda jugak ! Pembaca korang pon akan rasa jugak.. Kan kan kan?







Err.. Okeh tak cara aku bagi kat atas tu? Hehe.. Kalau tak okeh, maaf dipinta tau. Maklum la, aku ni blogger sipi sipian je.. Hehe.. Jadi, pada kamu kamu kamu dan kamu yang nak berhenti blogging tu, jangan laaaaaa ! Teruskan berblogging yeee.. Aku takmo kehilangan rakan blog ! Takmooooo !! Hehe.. 








Koyok Ditempek  :  Dulu, aku pon nak berenti blogging ! Tapi dek kerana mak aku suka baca blog aku, aku teruskan gak sampai sekarang ! Hehe.. :)


0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post