Bezanya Raya Sekarang !





Assalamualaikum .. Bertemu lagi kita di kali ke berapa ratus tah dalam Sengal Zone ni..  Hehe.. Well well west.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nih.. Ecehh.. Maghrib maghrib ni tetacingan pulak.. Haha.. Ehem.. Kita kena la selalu menghargai kunjungan tetamu kan? Macam hari raya la jugak..





Ekceli celi celi...  Bila bercakap pasal hari raya ni kan. Aku dapat merasakan yang makin lama makin tak berapa meriah dah suasana raya nih.. Hmmm.. Tak macam time aku masih comel lotey dulu.. Tak tau la kalau korang rasa macam aku rasa ke tak kan, tapi seriusly aku merasakan kehambaran itu.. Dan ia semakin nyata.. Huhu.





Dulu dulu kan, time raya jek mesti ada..





  • Peperangan mercun antara kampung, blok, perumahan dan etc

  • Takbir raya kedengaran hingga 3 hari..

  • Kunjung mengunjung tak pernah putus putus..

  • Yang tak kenal pon boleh jadi kenal time raya.

  • Rata rata orang bagi je duit raya even terjumpa tengah jalan.

  • "Mood" raya still kuat sampai berminggu minggu..

  • Time raya, cerita kat TV semua tentang raya.

  • Lagu kat radio pun still rancak dengan lagu raya je.. 

  • Dulu gak, Raya je ade Sarkas, Magic show ..





Dan jugak beberapa perkara lain yang aku dah tak bape nak hingat.. Huhu.. Tapi.. Sekarang, semua dah lain.. Budak budak sibuk dengan games, Facebook, blog.. TV pulak dok tayang cite yang takdak kaitan langsung dengan RAYA.. Gadget gadget canggih berleluasa dan jadi trend.. Dan berbagai lagi kelainan yang amat mengduka citakan ! Adakah korang dapat menyelami dan mengkuaklentangkan perasaan daku ini? Hehe.. 




Jadi, aku amat berkeyakinan, kalau ini terus terjadi, dalam masa  beberapa tahun lagik, maybe tradisi HARI RAYA kita ni akan "lenyap" terus.. Dan bila tiba nye hari raya, semua buat bodo je. Ala.. Macam takde pape yang berlaku pon pada hari tersebut... Korang rasa camne? Adakah bersetuju dengan diriku ini? Hehe..




So.. Last word dari aku untuk entri ni adalah.. Kekadang, kita tak sedar, perkembangan teknologi yang amat drastik dan cepat ni, mampu memusnahkan segala kenangan yang dicipta di masa lalu.. Ia gak buat kita jadi ambil mudah dengan kenangan lampau seterusnya kenangan tu akan hanya dijadikan satu rujukan je.. Setuju tak? .. Kalau setuju sila bakar mercun roket sekarang ! =)






 

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post