Tandas Pun Jadi Tempat Promote Diri !





            Assalamualaikum dan selamat pagi korang ! Dah bangun ke belum? Hari ni Isnin okeh, no more public holiday tau ! Hehe.. Aku , masih lagi berselubung dalam selimut mengupdate blog sebelum aku ada hal yang besar nak diuruskan dalam tengah hari nanti. Huhu..



            Okeh, kita mulakan pagi Isnin kita di tahun 2011 ni dengan penuh bertenaga, jangan moody, jangan nak buat muka sandwich, dan tolong lah berpoco poco bersama aku. haha.. Tak de kaitan pun kan? Ngee



            Hmm.. Ni aku nak share dengan korang ni, aku tau benda ni dah lama, tapi aku tetap nak share jugak. haha.. aku tak kira ! Ern.. benda ni aku rasa semua rakyat Malaysia tau kan? Kan kan kan? hehe.. Benda itu adalah, iklan iklan berbentuk tulisan pen di pintu pintu tandas awam !



            Haaaa ! Yang tu lah ! hehe pandai pun korang ! hehe.. Erm. Actually, aku rasa kan, mereka yang menconteng dinding, pintu toilet dengan iklan yang bongok dan 18sx tu, adalah mereka yang bodoh gila gila! Hehe.. Bukan setakat bodoh gila gila , bahkan gila gila bodoh ! Aku tak suka mencarut dekat dalam blog aku yang putih suci nih ! Nanti aku gak yang bergaduh dengan diri sendiri kang ! Haihhh..



           Try korang berfikir sejenak, korang dah la sakit perut, masuk masuk toilet nak melabur kan, tup tup ada lukisan pisang la, tembikai lah, orang bermata besar la, nombor telefon pakwe la, hahaha.. boleh terbantut hajat suci dan murni orang yang nak melabur tuh tau tak !! Grrrr !



           So.. Aku nak nasihat, kalau nak conteng gak, pi conteng peha korang sendiri, takpun pi conteng kat toilet polis ke, bomba ke, baru style ! Haha betul la kan? Kan kan kan?



            Oleh kerana aku rasa aku tak dapat kerap update blog hari ni diatas hal hal tertentu yang perlu aku uruskan hari ni. Korang jangan lupa skodeng blog aku ni tau, mana la tau ada autopost ke kan. hehe.. Well.. Majulah blogger untuk negara ! Tata titi tutu !





          

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post