Resipi Blog Aku !









               Assalamualaikum.. Selamat menunaikan solat maghrib ye kawan kawan sekalian. Hehe.. Aku baru je sampai rumah ni, setelah melepak dan berbual dengan kawan baik aku di kedai makan. Well.. Aku baru balik dari UNISEL. Kan hari ni ada test mid term LAW ! Perghhh.. Aku minat subjek undang undang ni, tapi dek kerana aku ni bukan la jenis yang mudah nak menghafal, jadi itu merupakan kelemahan aku dalam menjawab soalan tadi .. Haihhh.. Tapi takpe la, aku dah cuba yang sebaik mungkin ! InsyaAllah boleh ~



                Hehe.. Dan kini, aku sambil sambil duduk berpegangan dengan tuala mandi ni hah, dah mula merasa simptom simptom aku nak demam selsema ! Haihhh.. Tekak dah mula gatal, nak masukkan tangan garu kang rasa macam buaya la pulak nanti. Huhu.. Dah lama aku tak demam ni, hopefully, kalau aku demam ni, cepat cepat la baik kan. Hehe Susah nanti , sebab takde orang nak selamatkan bandar kalau aku takde ! Aku kan Ultraman.. Haha.. Gelak eh? Fireee nakkk? Haha..



               Well, aku macam dah melarikan diri dengan tajuk entri ni je. Korang nak tau tak resipi blog aku apa? Hehe.. Sebab ada orang tanya aku, apa yang aku buat sampai blog aku boleh diingati? Hmmm.. Aku pun tatau sebenarnya. ada ke orang ingat blog aku ni? Hehe.. Setau aku, aku menaip, bukan untuk populariti. Bukan jugak sebab nak jadi hebat dan megah ! Haha.. Aku menaip untuk kepuasan, kepuasan yang takde bila aku bersuara. Dan juga, aku dah dapat ramai kawan baru sejak aku aktif balik berblogging ni.. Serius wooo ! Dan kebanyakkan nya, sempoi sempoi woo.



              Aku mempunyai resipi sendiri dalam berblogging ni, iaitu aku suka fikir positif. Hehe.. Maksud aku, walaupun aku tau ada sesetengah yang cuba menjatuhkan aku, aku lebih suka relax dan berserah pada masa dan Allah. Sebab aku percaya yang benda ni akan berpatah balik. Dan yang paling penting niat tu kena la baik. Jangan la menaip untuk kondem orang sana sini, jatuhkan maruah orang, perlekehkan ke, nak jatuhkan blog si polan ke ! Tu bukan aku !



             Hehe.. Tapi kan, aku suka buat entri yang bila korang baca, korang boleh bayangkan aku tengah bercakap dengan korang ! Sebab macam tu la gaya kawan kawan cakap. Betul tak? Hehe.. Jadi, kalau aku berjaya buat macam tu, confirm korang boleh rasa benda ni bila baca entri aku kan? Hehe ..



             So.. Akhir kata, tiada apa apa yang istimewa dengan blog aku ni, Sengal Zone hanyalah salah satu "diri" aku dalam dunia internet ni. Tu je.. Samada korang terima ke tak ke, takkan la aku nak paksa pulak kan. Betul tak? Hehe..









P/S :  Aku adalah sengal zone, dan sengal zone jugak aku ! Terima kasih pada yang menyokong blog aku ni tau ! I likeeeeeeeee ! = )







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post