3 Perkara Yang Menghalang Aku Berblogwalking !

              

                    

                Yuhuuu.. Chakkkk ! Hehe.. Macam baby je korang ni kan.. Hehe. Sambil sambil aku menjamah karipap dengan lahapnya ni kan, aku terpaksa memerhati kalau kalau ada musuh dalam kain pelikat aku ni. Haha.. Musuh tersebut adalah semut semut yang mengigit aku minggu lepas. Dikhuatiri mereka masih ada lagi bersebelahan aku je. Haha



                 Oleh kerana itu, aku terpaksa membungkus badan aku menggunakan sarung nangka ye anak anak. Haha.. Takde la, aku pakai losyen baby ni hah.. Nyamuk dan semut tak suka losyen baby sebab mereka takut nanti jadi baby balik. Haha



                Abaikan omong omong aku tadi, sekarang ni aku nak cerita kat korang 3 perkara yang boleh menghalang aku berblogwalking dengan jitu. Haihhh.. Actually, ia banyak , tapi sebab aku suka nombor tiga, maka aku letak tiga perkara je la.. Grrrrr !



                 Let's check it dooot !





  1. MIGRAIN - Dalam kamus sanubari aku menyatakan, bahawa migrain akan menghalang aku meng onlinekan diri ku ini.. Justeru itu, aku tidak dapat mengupdate blog dengan berhemah ! Jadi, automatically, aku pon takleh berblogwalking ! Huhu.. Sedeyy angat angat ! Haha

  2. INTERNET - Aku memang anti betul dengan internet yang masuk dalam kes kes pergaduhan.. Korang nak tau tak dalam minggu ni, si Internet ni dah beberapa kali mencipta kes dengan aku. Kejap kejap on pastu off pastu on pastu off, lama lama aku yang mentidokan diriku ini. Haihhhh internet internet, kenapakah kau melayan diriku sebegitu rupa setelah aku mentatang bagai karipap yang penuh !

  3. JIWA KACAU - Hahhh.. ni lagi satu ni, aku kalau jiwa aku kacau, memang aku tak de mood nak blogwalking, ukan tu je, nak update blog pun aku kacaukan broadband orang lain. Haha.. ini termasuk , tatkala aku mengacau telur untuk dimakan bersama nasi dengan kicap, mengacau jiran jiran aku, serta mengacau rambut di pinggir kepala ! Haha.. 





                So.. begitu la cerita diri ku ini. Blogwalking ni la yang menambahkan idea aku untuk update blog hari demi hari tanpa plagiat mahupun copy paste orang lain punya idea ! Hehe.. So.. akhir kata aku, jangan sangka dalam rumah takde lipas okeh ! Erkkkk...









P/S : Gambar atas tu kulit album aku yang bertajuk " Deeyaudeen Sabri in McDonalds " .. Nak order? :P





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post