Assalamualaikum, semalam kan, time aku dok makan makan tengahhari dengan kawan kawan baik aku kan. Salah seorang kawan baik aku bernama Fafa ni kan, dia bagi la satu mesej yang agak boleh buatkan aku time makan tu tak duduk diam. Haha.. Mesej tu membuatkan aku rasa nak gelak bertubi tubi je. Motif utama mesej tersebut urmm.. korang baca sendiri ye.. Haha
Tapi dinasihatkan, bila membaca sms tersebut dibawah ni, kena betul betul paham disamping menggunakan imaginasi anda untuk menggambarkan cara cara tersebut okeh? Jum kita tengok
Sms tersebut berbunyik,
Semasa kamu tak bagi khabar berita,
saya pernah terfikir untuk bunuh diri..
Saya gunakan tauhu untuk ketuk kepala saya,
pakai cotton bud untuk potong nadi,
bonceng basikal dan langgar daun pokok,
minum vitamin dengan gelojoh,
terjun bangunan dengan payung terjun,
gantung kepala lembu korban kat tali,
tidur kat landasan kereta api mainan,
Lihatah betapa saya pentingkan teman saya !
Hehe.. =)
Korang dah baca? Paham tak? hehe.. Aku dah ketawa terbahak bahak time baca ini sms. Haha.. Aku baca sambil berimaginasi tindakan yang dibuat dalam mesej ni la.. Cehhh.. Hampehh je kan. Haha..
Well.. Aku dah lama tak dapat mesej yang ada teddy bear la, kambing la, orang la, apa tah lagi, rindu pulak nak dapat mesej2 camtu. Okeh la, aku nak gi makan ni, take care ye sahabat ku sekalian. Challow ~
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks