Dua Dua Boleh Masuk?

               Assalamualaikum dan selamat menunaikan solat Maghrib ye pembaca sekalian ! Hehe.. Rindu aku tak? Ngeh ngeh. Baek mengaku ! haha.. Aku bergurau senda pulak dah. Masakan boleh korang merindui aku yang sangat kesipi sipian ini. Tak pe la, biar aku merindui diri ku ini sahaja ~



               Okeh, hari ni aku terlepas peluang mengupdate blog ku ini , gara gara sibuk menjalankan survey aku tu.. Alaaa.. yang tentang blogging tu.. ! Well.. Aku menjalankan survey pagi tadi, bertempat di Cafetaria UNISEL Shah Alam ! Kira ramai jugak la aku meminta bantuan mereka menjawab soalan soalan tentang blogging ni. Alhamdulillah, mereka memberi kerjasama yang amat superb ! Terima kasih banyak banyak wwahai student UNISEL !!! Hehe.. Nanti dalam entri seterusnya, aku letak gambar okeh? Hehe..



              Well.. Korang dikehendaki membaca karangan aku ni dengan penuh sabar okeh, maybe ada unsur unsur dalam cerita KHURAFAT disitu. haha Alaa.. part yang tengah driving tuh ! Haaa.. Yang tu la.. haha

(padahal aku belum tengok lagi, dek kerana aku memang pentakut).



               Tadi kan, lepas menjalani survey tersebut, selepas solat tu kan, aku pergi la membeli ubat ketiak (deodorant), wax rambut, dan makan makan kopok sikit kan, tetiba je, perut aku memulas macam pulasan stereng kereta nak drift kan. Hehe..



               Lalu pergi la mencari toilet, tup tup ada dua toilet kat situ. memang la best kan. Dapat menunaikan hajat serta termenung seketika sambil memikirkan apa kah bentuk bentuk aneh akan dihasilkan ! Itu adalah kesenian okeh ! Haha..









             Part yang tak bestnya adalah, dua dua toilet tersebut ada simbol UNISEX !!! Oh my girl ! Haha.. Aku keresahan kerana baru je keluar dari toilet tu dua dua perempuan ! haha.. Dan selama hidup aku, aku tak pernah berkongsi toilet dengan perempuan yang aku rasa agak asing dalam hidup aku nih.. Hehe..



            So.. Korang paham kan, nak tak nak, kena termenung la jugak kat situ. Dan hypothesis aku daripada ketermenungan aku tu, aku dapati bahawa apa la salahnya kalau satu toilet tu di buatkan sign LELAKI ! Kan ada dua toilet kat situ. Sambil bunyi "plup plap krukkk proooot " mengiringi ketermenungan aku tadi ! Sekiannnnn !









P/S : Actually, aku segan la sebenarnya ! Haha... Aku ni pemalu serta penyegan orangnya taw ! Ahaksz !



            

 

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post