Kan Dah Kena Balik ! Tu Lah..

 



              Assalamualaikum dan selamat petang ye sahabat sahabt  Sengal Zone sekalian ! Hari ni aku agak lambat mengupdate blog gara gara, pagi tadi aku gi kelas, pastu dah balik dari klas tu , aku bantai tido sampai la pukul 3.30 petang tadi ! Haha.. Memang terbaik dari ladang gandum la kan. Tido tapi tak mimpi apa apa pun. Haha..



              Okeh, Amacam hari korang? Esok dah jumaat kan, lusa cuti balik. Pastu confirm confirm la kan cuti Tahun Baru Cina ! Wohhooooo.. Aku tak sabar nak balik Kuantan nih.. Ngeh ngeh... Nak makan masakan mama yang ku rindui, nak bergurau senda dengan abah, hehe dan adik adik aku yang tak sabar nak lawan badminton !!



              Ish.. Aku taknak cerita lebih lebih tentang hal peribadi aku ni. Karang aku mula la nak bergaduh dengan diri sendiri. Haha.. Berbalik pada tajuk entri aku ni kan, aku gemar sangat berblogwalking ! Tak kira la blog dia macammana sekali pun kan, so.. Bebaru ni aku terlawat satu blog ni. Memang dah diketahui yang blog ni selalu mencipta kontroversi dengan mengutuk seni penyampaian blog lain.



             Itu satu hal, dan, disebabkan beliau bajet beliau sudah hebat, dan takkan dikutuk balik, maka beliau pun berasa amat berbangga sampai kembang abes segalanya. Haha.. Tapi kan, kegembiraan itu tidak berpanjangan, sebab baru baru ni beliau membuat satu post yang beliau amat tensyen dengan satu blog ni yang dok kutuk blog dia.



            Well .. Korang nampak tak kat sini? Nampak kan apa yang aku cuba sampaikan? Dunia blog ni pun macam roda ! Hehe.. Korang takkan terlepas turn punye untuk berpusing kearah berlawanan punya. Hehe.. Macam si polan tadi tu,  suatu masa dia bermegah dengan dok kondem blog orang, bila dia sendiri dah kena balik, nak meracau? Nak histeria? Haha. Biarkan,...



             So.. Apa yang aku nak sampaikan adalah, blogger macam kita ni, kena sentiasa ingat, apa apa yang kita buat kan, semua tu ada balasan masing masing, kalau kita tulis baik baik tentang orang, insyaAllah, balasan dia pon lebih kurang sama, tapi bila kita kutuk, maki , korang tau kan apa akan jadi? Hehe...



             Aku nak mintak diri kejap, nak pergi ke kedai makan, menjamu selera, hehe.. Cik Teddy aku dah marah marah dah, takut aku kena migrain sebab makan lambat. Hehe.. Jaga diri korang ye, jangan lupa lepas ni, InsyaAllah ada segmen baru lagik ! Hehe..







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post