Selamat menyingsing pagi pembaca pembaca sekalian ! Ada yang belum tido lagi ke ni? Ecehhhh.. Aku pun lebih kurang jugak, still tak mampu nak melelapkan mata. Haha.. Aku tengah mentelaah nota nota ni hah.. Isnin ni ada test woo.. Test hari tu dah kena postpone ke Isnin ! Jadi, poleh kerana itu , aku kena bertungkus lumus sedikit. hehe...
Sambil sambil study, aku tetap berblogwalking, komen komen orang dekat blog serta FB, layan lagu lagu kat handset aku dan juga melihat kearah jam kecik kat almari tepi aku ni. Hehe.. Aku tengok jam sebab sat lagi aku nak pi sidai kain !
Haha.. Aku suka memerhatikan gelagat manusia sekeliling aku, tak kira dekat mana sekalipun, dalam blog pun lebih kurang sama gak .. Hehe.. Salah satu sikap yang aku dan mereka ada ni adalah membodek. Ya aku mengaku la jugak kadang kadang aku pun membodek jugak, tapi tak la secara melampau lampau. Tapi ni, aku tengok la kan, bagi sesetengah orang, dia gunakan kebodekan itu sebagai satu platform untuk pergi jauh sikit. Maksud aku kat sini, Meningkatkan diri mereka dengan cara yang mudah dan senang. Haha..
Tu yang menjadi masalah bagi orang lain yang mempunyai sifat segan bercampur malu malu ni. Yelah, try la korang bayangkan situasi tu. Alaaa.. Mesti korang pernah alami atau melihat situasi tersebut punya kan?? Hehe..
So .. Kalau diteruskan perbodekan ni. Maka takkan ada peluang la untuk orang yang betul betul layak untuk berjaya. Semua nak dibodeknya,.. Haha.. Aku cakap pasal ni sebab ada seorang hamba Allah ni mengadu kat aku yang beliau nak masuk ke satu universiti kerajaan ni pon kena ada "kabel" dan bodek sikit. Haihhhhhh.. Tensen pulak aku ! Huhu..
P/S : Tak best la bodek membodek ni. Aku bedak membedak kang !!! Haha..
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks