Terima Kasih Dah Dilupakan !







           Assalamualaikum . Wohooo dah malam dah? Patot la gelap semacam je. Hmm.. Hari ni aku agak sibuk bawak adik adik aku pergi membeli barang mainan di Kuantan ni. Hehe.. Sekali sekala seronok gak tengok keletah 3 adik aku yang masih lagi kecik ni memilih barang. Macam aku kecik kecik dulu lak rasanya. hehe



           Oleh kerana mereka terpengaruh dengan salah satu cerita kartun kat tv, alaaa yang lumba kereta tu. Apa tah nama dia, jap eh, haaa.. Race Tin Flash n Dash ! Lalu mereka pun membeli, dan aku membayar. Hehe.. Dan setelah selesai semua tu, aku pun pulang dengan perasaan gembira. sebab ada 3 kereta control bakal berlumba !



          Haha.. Dan disebabkan itu jugak, aku tertido petang tadi sehingga mengabaikan blog aku yang putih suci ni. Hehe.. Akibat tu, blog aku merajuk dengan tidak membenarkan aku meng login ke akaun google aku ni ! Haha..



          Okeh, berbalik pada tajuk entri aku kali ni, korang perasan tak ucapan "Terima kasih" dah kurang diucapkan? Baik pada golongan remaja mahupun dewasa sekali pun. Haihhhh.. Benda ni baru je terjadi kat aku tadi dan juga ada jugak yang aku perhatikan.



          Hmm.. Rasa macam aku duduk kat satu negara lain plak. Sepatutnya ucapan "terima kasih" tu diamalkan sebagai satu permulaan ke arah persahabatan. Tapi ni tak. Ia macam dah jadi satu trend ke arah permusuhan ! Haihhh..



         Dalam kejadian tadi, aku terasa seolah olah, aku yang menyebut "terima kasih" ni dah macam satu sebutan terlarang plak. Haha.. memang sengal macam ubi keledek ! Jadi kepada sahabat sahabatku sekalian, jangan lupa ucap "TERIMA KASIH" tau ! Korang jadi la geng aku !  Agar aku tak keseorangan menyebut terima kasih ! Hehe..







P/S : Terima kasih sebab membaca ye ! Hehe.. aku nak sambung skodeng blog blog lain jap ! :)



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post