Huarghhh.. Aku dah kembali mengantuk balik ! Dek kerana Shah Alam sudah hujan dan cuaca pun agak sejuk macam berada di Korea ! Hehe.. Tetiba ada lagu Winter Sonata bermain main dalam benak fikiran aku. haha.. Kat tempat korang hujan tak? Ke masih cerah lagi? hehe
Aku ni ada iras iras Anuar Zain ke?? Haha.. Memang la tak di nafikan, aku amat meminati beliau, dari zaman aku sekolah rendah lagi tau ! Semua lagu lagu dia aku suka nyanyi baik di tempat karaoke mahupun dimana mana saja ! Hehe.. Tapi dek kerana beberapa kejadian, aku dikatakan ada memiliki iras iras Anuar Zain time aku senyum ! Dan pada pendapat aku, takde kot ! Ecehhh.. aku dah blushing dah ni.. pipi aku kalau blushing jadi kaler hitam ! hahaha..
Okeh, dek kerana berberapa kejadian aneh itu, aku pun godek godek la google dan tetiba teringat dekat satu website ni, tapi website ni zaman aku guna Friendster la aku selalu pakai. Haha.. Website ni boleh bagitau muka kita ada resemble artis mana ! dan aku pon try la...
Dek kerana keinginan membuak buak di sanubari aku, aku pun try la masukkan gambar aku. Dan, tunggu la dia punya process meloading dan mengscan ! hehe.. nak tau tak result dia ? Nak tau tak muka aku iras artis mana? Hmm.. Korang scroll ke bawah ye ! hehe..
Korang tengok betul betul, artis mana paling bnyk percent nak sama ngn aku ~ |
Haha.. Korang terkejut tak? Memang aku ada sikit iras iras Anuar Zain ! Tetiba aku rasa kembang pulak hidung, mata dan bontot aku ni ! Aku berbangga ni ! hehe.. Eh.. Korang nak try? Klik [SINI] ye.. Pastu upload gambar korang ! Senang je step dia ! Hehe...
Okeh la ye, aku nak berbungkus dengan selimut sambil sambil layan lagu Ketulusan Hati untuk Cik Teddy yang berada di Seremban ! Miss you my Teddy Uucukkk ! Hehe. Take care korang !
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks