Okeh, untuk mengantikan handset tersebut, aku telah berkira kira untuk menyambar satu jenis telefon yang kena sentuh dan usap. Haha.. Jangan fikir lain okeh, aku maksudkan "Touch Screen" la. Dalam benak aku ketika itu ingin sangat menyambar Samsung Jet, tapi dek kerana aku mempunyai bajet yang agak menjauhkan diri dari dompet dan bank aku, maka aku mencari la jenama alternatif untuk memuaskan nafsu serakah terhadap handphone aku yang bergelora ni ! haha..
Dan, hasilnya, aku berjaya menemukan Handset sentuh dan usap tersebut dengan jayanya ! Kami bertemu bagaikan Jejak Kasih yang amat mengharukan. Seperti gambar dibawah ni yang menyaksikan betapa excited nya insan bernama udin itu. haha
![]() |
*Ni la dia, ni la dia ! Ewaahhhh! |
Haaa.. Kenalkan Nokia 5530 Express Music ! Best gak pakai ini handset. Serius.. Nak tahu kenapa? Sebab ...
- Ada Wifi Woo..
- Camera 3.2mp ( Okeh la tu, kamera jugak)
- Sound System yang boom boom paw !
- Senang nak usap dan sentuh serta raba untuk ke MENU
- Ada Nokia OVI
- Google Maps
- Senang nak tengok movie
Ada banyak lagi sebab musabab dia. Tapi sebab sebab diatas ni yang paling utama la. Hehe..
Nak tahu harga dia berapa? Rm 7++ je.. Ikut kedai gak la. Hehe.. Jadi, aku mengsyorkan, beli la handset Nokia ! Hehe..
P/S : Aku terpengaruh dengan Lee Min Ho dalam Boys Over Flowers tu sampaikan ringtone aku pun sama macam dalam ringtone yang dipakai Goo Jun Pyo dalam drama tu ! Yeaaaahhhh !

0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks