Cik Epal, Saya Nak Sesuatu Boleh?





                 Assalamualaikum ! Dah petang dah ni, time untuk mencari satu benda yang dinamakan asam, kacang, dan milo ais ! Haha.. Itu adalah kebiasaan aku menjamah mereka mereka ini untuk dijadikan teman didalam bilik ni selain mengadap laptop aku ni. Hee



                  Cuti hari ni aku banyak membuang masa dengan tidur berpanjangan. Iye.. Itu satu kenyataan serta pengakuan ikhlas dari seorang insan kudus dan kurus bernama Udin. Hehe.. Di samping itu, aku jugak tengah membetulkan beberapa kesalahan dalam proposal aku, dan mendesign logo untuk buletin fakulti Komunikasi dan Media UNISEL. hehe..



                    Eh.. Nak tahu tak, sejak akhir akhir ni kan, aku asyik blogwalking ke blog Cik Epal je. Haha.. Entah mengapa hati ini begitu teruja disaat melihat gamba yang tertera di skrin laptop aku ni. Mengapakah? Adakah aku tidak sihat? Atau dilamun angau keangauan? Haha..



                    Iyaaaa ! Aku memang angau, angau sangat sangat. Aku berangau sebab aku suka tengok gaya penulisan Cik Epal nih hah.. Best kot ! Hehe.. Dengan gambar gambar makanan yang dia makan, aku pulak kat sini rasa kempunan ! Haha..



                     So.. Aku nak mintak satu je dari Cik Epal ni.. Iaitu "Cik Epal, saya nak epal hijau sebijik, nak cicah dengan asam boi." Hehe.. Agak agak dia bagi tak? Haha...





P/S : Cik Teddy, jangan cubit saya tau, saya mintak epal je. :P





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post