Assalamualaikum ! Selamat pagi rakan rakan dan sahabat handai ku sekalian alam ! Awal bangun ? Haha.. Well well west, ada pepatah omputih mengatakan " Early birds gets the best worm " yang kalau diterjemahkan dalam bahasa kita ni kan bererti, " Awal burung dapat terbaik cacing " . Hehe.. Tak la, tu tunggang langgang namanya. Meh aku susun balik ayat tadi, " Burung yang paling awal akan dapat cacing yang paling best " Hehe.. Senang paham kan? Ecehhh..
So.. Aku hari ni, lepas je subuh tadi, tido balik , pastu dah terbangun ni, gi basuh muka, basuh kimpalan benih, basuh kemancungan hidung dan terus mengadap laptop ni. Bukan apa, rasa jari ni gatai nak menaip. Dan nak bercerita dengan korang ni. Tadi kan, aku kan, kan kan kan.. Errr.. Sambung kat bawah yee...
Jeng jeng jeng, tadi kan, aku gi usha perkarangan rumah aku ni, sedut la udara kesegaran dan jugak menyapu sebarang dua. Tiba tiba, aku terdengar, ada suara nyaring mengucapkan " Selamat pagi, Udin ".. Lalu dengan tak semena mena , aku pun menggunakan GPS dua bijik ni memerhati sekeliling dengan penuh muka toya. Tapi takde orang, bila aku berpaling keatas, ada seekor burung
Lalu, dengan comel nya, timbul satu persoalan, apakah burung itu yang mengucapkan? Adakah jugak ia menyekodeng diriku ini kerna diriku amat berharga dan, adakah aku ada super power? Haha.. Sapa yang nak jawab ni? Hanya burung , aku dan dot dot dot je .. Err.. Macam drama pulak ni. Hehe..
So.. sebagai penutup entri ni, aku nak cakap, jangan anda mudah diperburungkan oleh burung okeh? Haha.. Selamat menjalani hari Khamis yang ceria dan jangan lupa senyum speerti burung okeh !!! :)
Koyok Ditempek : Gua frust, tak dapat redeem Mcd semalam ! Alaaa.. Yang kupon FREE tu .. Huk huk huk..
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks