3 Tips Penjagaan Bateri Laptop !

      




               Assalamualaikum pembacaku yang dikasihi dan disayangi sekalian. Apa macam Isnin anda? Hehe.. Aku? Agak busy sedikit ini hari, lepas teman ayah aku gi hospital buat fisioterapi dia, balik tu jadi drebar kejap uruskan something. Dan kini, baru berpeluang untuk mengupdate ini blog. Well well west.. Blog tak leh dilupa woo..





               Ehemm.. Untuk mulakan entri ni , aku tau ramai diantara kita mempunyai laptop. Netbook pun salah satu laptop jugak kan? So.. Confirm la ia mempunyai bateri kan? Tapi, tahukah korang tips tips penjagaan bateri itu? Ecehhh.. Macam salesman la pulak.. Hehe.. Tanpa membazirkan tenaga yang ada pada jari jemari aku ni. Jom ikuti 3 tips penjagaan bateri bagi laptop yang diguna pakai oleh aku. Hehe..









  • Tips pertama, bateri laptop akan kehilangan kuasa mengikut peredaran masa. Sebab tu amat la penting kalau ia dijaga dengan cermat dan sopan. Hehe.. Jadi, tips pertama adalah, senantiasa cabut bateri anda bila anda menggunakan adaptor / charger. Tapi sebelum tu kan, bagi la full dulu okeh? Ia akan membuatkan bateri anda lebih tahan lama. Serius woo..



  • Tips kedua, jangan kerap jatuhkan atau gegarkan bateri laptop anda. Sebab banyak kes yang berlaku menyebabkan bateri gagal berfungsi. Kena la lemah gemalai dalam menggendalikan bateri anda ! Kalau tak caya, try la jatuhkan bateri anda. :P



  • Tips ketiga, jika menggunakan bateri laptop secara sendirian tanpa mencucuk adapter, sila la guna mode POWER SAVER atau pun meminimumkan penggunaan kuasa seperti volume direndahkan atau mute, wireless di matikan jika tak gunakan internet. Lagi satu kalau boleh elakkan menggunakan USB port yang bertubi tubi banyaknya. Contoh macam cucuk tang sana dia cucuk tang sini. Hehe.. USB port makan kuasa woo..







         Well tu je la tips yang dapat dikongsikan tentang penjimatan bateri laptop. Nanti nanti aku bagi tips lain pulak okeh. Errr.. Aku nak keluar ni, nak gi beli kek besday adik bongsu aku. Nak kek? Hehe.. Selamat mencuba tips diatas.  :)








0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post