Assalamualaikum dan selamat hari Ahad para pembaca sekalian ! Well.. Hari aku dipenuhi dengan aktiviti seperti mengemas bilik, mencuci kereta, mencuci semut dan jugak mencuci apa saja yang boleh di cuci ! Haha.. Tapi, tak dilupa jugak aktiviti menghupdate blog, main games di Facebook dan jugak bermain teng teng bersama kangaroo. Hufff..
Okeh, setelah berjalan jalan di blog retis ni kan, aku menjumpai tutorial untuk menjadikan chatbox Facebook yang agak annoying dan menyusahkan tu menjadi chatbox yang lama dan simple serta menyejukkan jiwa tu. Ecehhhh.. Nak tau sapa retis tu? Sila la klik mana mana yang ada perkataan retis di entri ni. Aku tukang share je, bak kata pepatah, "choki choki yang enak, akan lagi enak kalau dikerat dan dimakan bersama rakan taulan". Tak gitu?
Tanpa membuang masa dan kudrat, meh aku share cara cara nak menukar Facebook chatbox yang baru ni kepada yang lama. Mengikut cakap retis ni, camni la caranya....
- Kena gunakan Google Chrome sebagai pelayar Facebook sejati.
- Untuk menukar ke version lama chatbox itu, korang kena download extension kat SINI
- Setelah itu, sila la klik INSTALL kat kotak atas belah kanan itu.
- Lepas dah INSTALL, sila LOGOUT FACEBOOK anda dan tutup tetingkap tersebut.
- Pastu , bukak balik, LOGIN macam biasa dan Walaaaaaa ! Dah siap !!
Akhir kata, ternyata yang lama lagi bagus dari yang baru . Hehe.. Terima kasih pada retis tersebut. Mari la menukar beramai ramai. Tata.. =)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks