Assalamualaikum dan selamat petang !! Fuhhh.. Agak lewat sikit mengupdate blog hari ni. Tapi takpe kan, kira bersyukur la diberi kesempatan untuk mengupdate. Kalau tak? Haaa.. Fikir fikir la sendiri ye.. Hehe.. Ermmm.. Ekceli , aku baru je lepas makan durian !! Fuyoooo.. Berpuluh puluh ulas pulak tu aku makan non stop. Gila tak? Well.. Ketagih beb.. Hehe..
Okeh, berbalik pada entri aku ! 3 benda annoying yang sering berlaku dalam blogging. Hmmm.. jujur aku cakap okeh, aku banyak kali terkena benda benda gini. Dan aku rasa korang pasti pernah mengalaminye kot. Hehe.. Well.. Dek kerana badan aku dah mulai panas sebab durian tersebut. Moh le baca...
- Link Terselindung !
- Haa.. ni maksudnye, tajuk link je nak gempak , tapi klik klik je pergi ke akaun Churp Churp, Says.my ! Banyak kali dah aku terkena mende ni. Adehhh.. Bayangkan la, link kat tepi sikit punya baik tulis "Download Lagu Hindustan" sekali tekan tekan tubi, hmmm korang paham kan ia link ke mana? Huhu.. Bukan apa, tak elok la. Nak cari duit pun jangan la menipu menipu, Tak berkat pun.. Nak jadikan darah daging korang tu HARAM ke?
- Tajuk Gempak Gila !
- Well well west.. Ni lagi satu ... Lebih kurang jugak la dengan yang kat atas tu. Cuma, berbeza sebab ia adalah entri ! Huhu.. Tau la nak tarik trafik kan, tapi tak perlu kot nak guna tajuk gempak gedabak, tapi isi dalam tu hampeh dan syok sendiri semata mata nak jadi perhatian orang ! Adehhh.. Apa ada pada tu semua kalau entri kita kosong. Tak rasa bersalah pada diri sendiri dan pembaca eh? Haa.. Cer renung cer renung...
- Widget Widget Pelik !
- Hoho.. Ni memang salah satu sebab buat aku menyampah nak teruskan aktiviti membaca sesuatu blog tu. Widget widget pelik dan berlambak ! Pelik maksud aku adalah yang macam kekunci laser dalam cerita James Bond tu la. Tambah tambah yang ada kekotak tu. Suruh isi nama kita, tinggal kat mana, berapa saiz kasut, saiz baju. Haaa.. Kekadang aku terasa macam, ni aku nak kat depan laptop ke kat pasar raya ? Hehe..
So.. Itulah benda yang annoying bagi aku dalam dunia blogging ni ! Sebarang terkasar bahasa, tertacink harap la diampunkan. Aku tak maksudkan sapa sapa pon. Cuma ini hanyalah luahan pendapat dan buah fikiran pengarang jantung je. Akhir kata, blogging la dengan penuh keseronokan seperti makan durian,. Jangan jadi macam Andrew Zimmer's kat TLC tu ! Dia cakap durian ni macam bau stoking kaki busuk ! Haihhh.. Tak caya? Try usha channel TLC ! Errr.. Okbai ! :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks