3 Tips Menghadapi Interview.







            Assalamualaikum para pembaca yang sangat comel dan kacak ini hari ! Hehe..Seperti biasa la, hari Khamis adalah hari pasar malam dekat rumah aku ni. Beraneka barangan terjual disini woo.. Dan, aku amat menggemarinya asalkan ada jual milo ais rm1 ! Haaaa.. biarpun ia murah, asalkan ada milo, ia tetap menjadi pojaan hatiku ini.. Hehe..





              Ekceli, aku hari ni telah menghadiri satu interview kerjaya di salah satu company di Kuantan ni. Hehe.. Nama company itu terpaksa la dirahsiakan. Bukan apa, takut tak jadi kang, aku jugak frust menonggeng malu tutup muka kan. Hehe.. Dan, proses interview aku tu agak berlainan dengan interview interview yang pernah aku alami.  Ye la, interview tu fully in english wooo ! Aku dah la nak speaking ni cuak sikit. Haha.. Bukan tak boleh speaking, tapi bila berhadapan dengan orang, lidah aku sering mengkhianati diriku dan menyebabkan aku terbelit dan terpele'ot ! Haaa..





         Tapi, overall, Alhamdulillah la, aku di suruh nantikan panggilan interview yang kedua iaitu dengan bos besar company tu..  Tah la, aku rasa cuak pon ade jugak ni. Aiseyyyy.. Entah apa la dia nak tanya budak hingusan macam aku ni kan. Hehe.. Berdoa je laaaaa..





           Okeh, hentikan sekejap bab penceritaan aku diatas tu, aku nak bagi tips tips menghadapi interview ! Haaa.. Entah napa tah, hari ni konfiden level aku agak high dan boost up sket.. hehe nak tau apa tips dia? Jommmm...







  • Tips pertama

    • Ni benda penting, korang kena baca doa dan bermohon pada Allah supaya korang tenang, tak gugup dan, mempunyai kekuatan menghadapi interviewer nanti. Alaaa.. korang doa dalam bahasa melayu pun, Allah paham jugak. Hehe yang penting doa la.. Saat camni takdak sapa leh tolong dah, melainkan Allah s.w.t ! Try dan rasakan nikmat berdoa selepas tu... Kesan dia amat best woo..







  • Tips Kedua 

    • Sediakan dokumen penting penting sehari awal sebelum hari interview. Apa apa dokumen yang berkaitan kelebihan korang, lampirkan je sekali. Sebab, yang nak kerja tu korang kan? Nak duit pun korang jgk kan? Nak tolong mak ayah, korang jgk kan? Hehe so.. Expose kan segala kelebihan korang waktu ini. Well.. Mana la tau, dalam bebanyak dokumen anda tu, ada la satu dua yang membantu anda di saat kecemasan. 







  • Tips Ketiga 

    • Sewaktu berhadapan dengan orang yang menginterview, jangan terlampau membodek , menggedik dan sewaktu dengan nya. Pastikan anda tenang dan menjawab soalan yang diberikan bila anda ditanya ! Jangan jawab sebelum orang tanya. Haha.. Yang penting sekali, tunjukkan yang anda memang mahukan jawatan itu dan lampirkan kesungguhan di muka ! Dan, akhiri la interview itu dengan senyuman serta berjabat tangan. Hehe..









      Well.. tu je lah tips yang aku gunakan tadi. Hehe.. Dapat atau tak jawatan tu tolak tepi jap, apa yang penting adalah kita dah mencuba. Hehe.  Dan kita dah menunjukkan pada orang tu yang kita ni berani dan inginkan jawatan tu. Errr.. Aku rasa macam aku ni ahli kaunseling pulak. Hehe.. Okeh la, aku nak gi melantak jap ni. Akhir kata, renungi ayat ni... "Allah takkan mengubah nasib seseorang itu, kalau dirinya tak mengubahnya sendiri."  . Selamat interview !!









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post