5 Jenis Pemandu Di Malaysia !

            Assalamualaikum.. Ahad menjelma lagi.. Dan aku masih disini.. Chewahhhhhhh... Err.. Ekceli, baru je balik beli barang dapur dengan mak aku ni. Maklum la esok kan dah nak berpuasa. Tunggu malam ni diorang umum je. Hehe..





            Well well west, hari ni, jalan raya di sekitar Bandar Kuantan ni agak sibuk. Yelah, masing masing duk nak beli barang. Ada jugak yang aku tengok dok usha usha baju raya. Perghhhhhh.. Awal sungguh mereka ni. Hehe.. Hmmm.. Disebabkan hari ni, aku drive hampir sehari suntuk. Maka, ada la beberapa perkara tentang pemanduan yang mengguris hati dan hidung ku ni.. Haihhh.. Semestinya la pemandu pemandu di Malaysia. Disebabkan itu, aku dah buat beberapa jenis kategori pemandu di Malaysia ni. Haaa.. Nak tau? Nak? Jum tengok !!!









  • Pemandu Kedekut Cahaya

    • Jenis pemandu ni adalah pemandu yang kedekut nak memberikan lampu signal ketika membelok! Haaaa.. Yang membahayakan, time tengah sedap sedap je follow, tetiba je masuk simpang.. Tak ke hangin? Nak lagi hangin? Tengah tengah ready nak masuk simpang, tetiba je ada kereta meluru keluar. haihhhh.. Angin tak? Hehe..




  • Pemandu Terkejut Terkejut

    • Jenis pemandu ni pulak adalah jenis pemandu yang suka sangat menekan brek semasa memandu. Brek tetap ditekan walaupun tiada sebarang kemungkinan membuatkan mereka ingin menekannya. Akibat nya? Orang yang follow belakang turut sama berada dalam situasi "Terkejut terkejut" . 




  • Pemandu Botox

    • Jenis pemandu ni adalah pemandu yang gemar "mencucuk" belakang kenderaan lain sebagai  tanda diorang power rangers. Haaa.. Aktiviti "mencucuk" umpama cucuk botox ni boleh membahayakan kesihatan dan membuatkan terjadinya situasi cucuk mencucuk .




  • Pemandu Hilang Ingatan

    • Jenis pemandu sebegini pulak selalunya terjadi pada orang yang pelupa dan pendatang baru. Mereka sering kali membuat keputusan diluar jangkaan seperti, membelok sesuka  hati akibat ketidakpastian jalan dan jugak membrek secara mengejut untuk melihat arah. Bahaya kan?




  • Pemandu Terjulur

    • Jenis pemandu ni pulak jarang jarang ada, tapi aku baru je kena tadi. Pemandu terjulur adalah pemandu yang sering mengeluarkan tangan atau kepala dari tingkap hanya untuk bersembang dengan rakan di kenderaan sebelah. Huhu.. Bahaya woooooo... Hilang kepala kang..






             Well..  Ni la jenis jenis pemandu yang dkategorikan oleh aku mengikut aku punya pengalaman di jalan raya.. Hehe.. Nasihat aku, ikutlah peraturan yang ditetapkan . Sebab, sekali silap je, tak boleh nak putar balik masa woooo.. Aku pun suke gak drive lelaju ni.. Haha.. Sampai mak aku kalau naik dengan aku dok brek dengan kaki je.. Okeh la, aku nak gi jamah kuih raya jap ! Tataaaaa. Selamat posa !! Jangan yang yok je oke ! =)








0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post