Semut berkeliaran ? Berjoging dengan penuh megah di laptop anda? Baik di skrin, keyboard, webcam dan charger? Dont worry be hepi kata Pakcik Gorgon ! Sebab, kali ni aku nak bagi tips menghalau semut pada laptop yang bakal membuatkan anda terpaku payung di kerusi mahupun tilam anda ! Hehe..
Setelah mengkaji dan membuat beberapa pengskodengan terhadap aktiviti semut di perbatasan dapur rumah aku ni, aku dengan ini, telah mendapat idea bagaimana nak menghalau semut itu dengan penuh lemah gemalai dan lemah lutut. Jom saksikan keberkesanan itu !
- Mula mula , cuba bercakap dengan semut itu tentang hak hak pemilikan laptop ! Cuba jugak terangkan dengan penuh ketegasan bahawasanya, laptop itu anda yang punya dan tidak menggunakan wang simpanan semut itu langsung ! Ketika bercakap dengan beliau, sila perhatikan isyarat yang mungkin terjojol seperti, sesungut bergerak ke arah timur, kaki ke lima beliau terangkat angkat, dan jugak punggung yang lentik semacam. Di khuatiri itu merupakan tanda tanda beliau bersetuju. Understood? :P
- Kemudian, dengan penuh lemah lembut, angkat la semut itu seperti menatang minyak yang sudah penuh. Dengan menghamburkan kata kata manis berkrim seperti, "U ni tough la, badan ketak ketak pulak tu" , " U ni nakal la, uhukk." dan jugak " Sesungut U tu ada Estro tak? " . Cara ni bakal membawa hubungan anda dengan semut itu ke dunia baru. Ewahhh.. Senang cerita, ia bakal menyaksikan perhubungan dua hala yang jitu dan jugak berkesan.
- Cara terakhir adalah, buat sepanduk kecil bertulis " Amaran, kalau taknak dipenyek, sila beredar sekarang ! " dan kemudian, tunjuk kan pada semut semut tersebut dengan penuh ketegasan umpama Sarjan Misai. Kalau mereka ingkar jugak, jangan terburu buru penyek ! Sebelum memulakan operasi penyek memenyek, sila bukak lagu ketenteraan ala ala komando gempur tu. Kemudian penyekla dengan secukup rasa dan lemah gemalai. Andai anda digigit, itu merupakan "love bite" yang diberikan sebagai tanda penghormatan kerana anda memenyek diri mereka. Well, you deserve it ! :P
Hmm.. Kalau tak berkesan jugak, sila la buat ujikaji sendiri ye ! Segala kesan sampingan ditanggung oleh anda sendiri ! Jangan berperang sudah ! Haha.. Mak aku panggil suruh tumbuk sambal jap ! Farewell my friends !!! :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks