Assalamualaikum !! Terkujat tak? Tak? Okeh okeh, sekali lagi ! ASSALAMUALAIKUM !!!! Haaa.. Terkujat kan ? Ecececehhhhh.. Takmo mengaku pulak.. Hehe..
Ekceli kan, aku baru je balik dari salun potong rambut berhampiran dengan East Coast Mall, Kuantan. Haa.. Sebab musabab kenapa aku potong rambut aku yang agak serabai ala ala sarang tebuan ni adalah ... Err.. Esok aku ada interview dengan satu company ni ! Hehe.. Takkan la aku nak datang selamba macam alien serabai mabai ! Karang lari pulak penginterview tu.. Kan kan kan?
Okeh, straight to the point, entri ni bertajuk Ya Allah, pompuan nih kerana ia telah adapt dengan situasi di bawah...
- Semasa aku sedang memandu dengan kadar kelajuan yang agak laju, senang senang bersenangan je sebuah kereta di pandu seorang POMPUAN keluar meluru dari simpang tanpa memberikan signal satu hapa pon ! Ia telah mengakibatkan aku yang sedang menyanyi seperti burung kedidi terlompat dan menekan brek dengan penuh tough sambil berkata OCOPOT ! Haihhh..
- On da way pulang ke
pangkal jalanrumah, aku memfollow sebuah moto yang penunggangnya dua POMPUAN yang seakan akan bersiar siar di persisiran pantai ! Yang bestnya, mereka seolah olah tidak mengendahkan kewujudan aku dan kancil di belakang mereka yang membuat berbagai aksi seperti senyum arnab, angkat ketiak dan jugak beberapa aksi lain lagi. Masalahnya kat sini adalah, mereka memandu seperti jalan itu mereka yang empunya ! Tengah tengah lak tu. Dah la tahap kelajuan ketika itu 15 km/j. Boleh minum air sirap aku di tengah jalan.
- Dua dua kejadian ni membuatkan mulut aku terucap perkataan automatik " Ya Allah, pompuan nih.."
So.. Kesimpulan nya disini, perempuan memandu memang membahayakan woo.. Tapi bukan semua la kan. Tapi kan kan kan, hari ni.. dua kejadian diatas telah membuktikan bahawa perempuan memandu boleh menghilangkan kesengalan aku dijalan raya ! Ini betul betul membuatkan aku nak tanya sebarang dua soalan. Ewahhhh.. Betulkah perempuan amat BERBAHAYA dijalan raya? Haaaa.. Jawab Cik Salmah jawab.. :P
Koyok Ditempek : Ayat diolah olah dan digaul bersama ajinomoto bercampur milo ! Haha..
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks