Petua Awet Muda Sebenar !









           Ohoiiii !! Dah macam M. Daud Kilau dah aku, ohoii sana sini.. Haha.. Okeh, bertemu kita lagik dalam blog yang kelabu kelabu macam arnab angoria ! Betul ke Angoria tu? Errr.. Abaikan okeh. Petua awet muda?? Wujudkah itu semua? Petua awet muda yang sebenar apekah? Eh, BM aku macam tunggang langgang je ni.. Haha..





             Dalam entri kali ni, aku nak bagi korang petua awet muda ! Ye la, sapa la takmo kan jadi muda mudi ni. Mahmud June dalam cerita P.Ramlee tu pon nak wooo.. Siap tukar baju dari pakai baju melayu, ke baju memuda memudi pastu gi menari pulak tu.. Haha..





              So.. Tanpa melengahkan masa hingga ke waktu berbuka ni, jom ikuti petua awet muda yang diguna dan dikaji oleh diriku ini.. Hehe.. Jommmm..







  • Berwuduk ! 

    Berwuduk memang dapat membuatkan seseorang tu nampak lebih muda dan bercahaya woo !

    Sila buat ujikaji dengan mengambil gambar sebelum dan selepas berwuduk. Boleh nampak beberapa perbezaan ketara woo ! 



  • Senyum Selalu !

    Well well west, senyum la walau apa pun yang mendatang. Sebab, itu salah satu resipi formula awet muda. Tak caya? Try bandingkan muka orang yang panas baran dengan muka orang penyenyum. Nampak sapa lagi tua? Hehe



  • Berfikiran Positif !

    Berdasarkan pemerhatian aku, orang yang senantiasa berfikiran positif ni kan, susah sikit nak agak umur diorang ! So.. Itu pon salah satu petua untuk kelihatan muda selalu ! Jadi, sila la berfikiran positif senantiasa ! 



  • Makan Ulam Ulaman !

    Remaja sekarang ni agak susah sikit nak makan ulam ulaman seperti Pegaga, Petai, Pucuk Betik, Jering, dan banyak lagi laaaaa.. Disamping ulam ulaman tu boleh mengelak dan menghalang serta menyembuhkan beberapa penyakit kronik, ia jugak mampu melambatkan proses penuaan seseorang ! Adehh.. Macam iklan tv pulak ! Haha.. Tapi betul woo.. 



  •  Bersenam !

    Mudah je sebenarnya nak capai formula awet muda ni. Hehe.. Bersenam pon mampu membuatkan kita awet muda. Senaman simple seperti berjogging , lari lari anak, naik tangga turun tangga pon mampu membuatkan kita awet muda sokmo ! Ermmm..  Kalau ada bajet lebih sikit tu, pergi la Gym okeh ! 









           Itu la dia serba sedikit petua awet muda yang aku pon amalkan ! Hehe.. Korang nak try pon bley.. Hehe.. Bukan kena bayar satu sen pon ! Free, mudah dan simple ! So.. Mari la kita menjadi muda sentiasa ! Ewahhhhh.. "Senyum la senyum la, ahaiii cek mek molek !!" 

























Koyok Ditempek  :  Kumpulan UNGU cari korang ni ! Nak tau kat mana? Klik SINI









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post