Lagu Raya Pilihan Aku !







Assalamualaikummmm ! Selamat hari Raya ! Erkk.. Silap.. Selamat hari Khamis ! Hehe.. Tapi kan, apsal aku merasakan seperti Hari Raya sudah menjelma eh? Buang tebiat kah diriku ini? Haiihhhh.. Ni mesti gara gara aku mentelekupkan muka dengan bantal sambil nyanyi nyanyi  halus lagu lagu raya kegemaran aku ni. Akibat dari mendengar lagu raya tu secara bertubi tubi bawah bantal, aku mengalami halusinasi tentang hari raya dan jugak lagu raya ! Hehe..





Okeh, abaikan kerepekan aku kat atas tu, jom kita discuss dengan lebih serius. Discuss tentang apa? Errr.. Ekceli, aku tak terfikir lagi nak discuss tentang ape! Miahahaha.. Haaa.. Dah terfikir dah, tiba tiba je aku terfikir nak discuss tentang lagu raya ! Yeee.. Mesti la bila time raya makin nak dekat ni, bersemangat je sanubari mendambakan lagu raya kan? Jadi, confirmla kita akan memenuhi tuntutan sanubari tu kan? Hehe.. Aku pun tak terkecuali okeh, walaupun kekadang sanubari aku menginginkan benda benda pelik seperti membatalkan puasa adik aku dengan cara mengorek telinga dia time dia dok khusyuk tengok tibi, bergaduh dengan pokok semalu dan bermacam macam lagi taste pelik sanubari aku tu.. Hehe..





Ye laaaaa, aku tak merepek dah.. Hehe..  Aku sebenarnya nak share dengan korang lagu raya pilihan hati aku ! Sambil sambil tu aku nak tau jugak lagu raya kegemaran korang ! Haaa.. Nanti boleh la aku download pastu dengar sambil layan makcik makcik dok gosip . Baiklah, dengan ini, aku mengreveal lagu raya pilihan hati aku ! Korang boleh download sekali tau.. Bukan apa, mana la tau kan, kot kot la korang tak pernah dengar lagi kan.. Hehe





Sila klik tanpa segan silu untuk mendownload !











Ehemm.. Itu la dia lagu raya yang top dalam sanubari aku ketika ini.. Eceh.. Apsal ayat nak bermadah je ni. Well, raya kan penuh dengan madah madah indah ! Okeh la, aku nak gi praktis menganyam ketupat guna kertas A4 jap. Haha. Jumpa lagi jap lagik okeh? Eh jap, lagu korang mana?










0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post