Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Amacam Raya pertama korang? Hehe.. Mesti la syiok kan? Tak kira la macam mana sambutannya sekalipun, aku gerenti mesti syok ! Hehe.. Tak gitu? Well.. Raya pertama aku macam raya raya sebelum ni, bangun tidoq dikejutkan oleh bebelan adik aku duk suruh aku mandi sunat Aidilfitri.. Lepas tu prepare untuk solat Aidilfitri satu famili.. Hehe.. Kat sini best sebab famili aku 10 orang woo.. So.. Memang terbaikkk !! Hehe
Lepas pada itu, amik gambar, bermaaf maafan, dan yang paling ditunggu adalah time pemberian duit raya ! Haha.. Seperti yang korang tahu kan, aku ni penanam anggur yang tak henti henti menghadiri temuduga, tapi still takde rezeki berkerjaya kan? Haha.. Jangan terkejut kalau aku cakap aku pon penyumbang duit raya tahun ni ! Hahaha.. Aku adala sekupang dua dalam dompet ni.. Ekceli, aku bagi duit raya kat 4 adik aku yang still sekolah lagi la.. Yang dok belajar kat Politeknik dengan UMT tu memang aku tak bagi, sebab bajet kurang woo.. Lagipun jumlah dia adalah sorang sekupang buat beli eskrem milo depan sekolah depa.. Hehe..
Err.. Part yang paling best dirasakan oleh diriku adalah, disaat pemberian duit raya tu berlangsung dengan jayanya, aku pon diberi duit raya oleh mak, kakak dan adik aku yang keja part time sebelum balik UMT tu ! Haha.. Tetiba terasa badan mengecil dan umur ditolak beberapa tahun kebelakang.. Haha.. I muda yuuuu ! Haaa.. Sapa cakap orang tua tak leh dapat duit raya? Sapa kata? Sapa? Sapa? Hehe..
So.. Aktiviti harian aku hari ni, pi beli ayaq batu bertimbun timbun, layan tetamu, layan budak budak, jadi drebar, belasah semut semut, makan bertubi tubi, serang cokolat cip dan jugak sat lagi nak jadi tokan a.k.a komander mercun untuk berperang.. ! Sekian !! :P
Koyok Ditempek : Sebelum raya lagi aku dah dapat duit raya RM30 dari 2dayblogger.com sebab menang tempat ke 9 contest SEO Tip blogging terbaik ! Terima kasih yeeeeeee !!! Korang pon patut usha selalu blog 2dayblogger.com sebab banyak tips, contest dan macam macam yang boleh korang belajar tentang blog !! Memang berbaloi !!!
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks