Lawak 3 Lelaki Kacak !









            Assalamualaikum !! Wohooo .. Malam sudah menjelma dan tarikh bakal silih berganti ! Takpe takpe, itu bererti umoq kita dah berganjak satu hari lagik ! Umo aku pon sama la camtu.. Errr.. Takpe, aku pakai SK-II ! Haha.. Keanjalan hidung milik setiap jejaka ! Kan kan kan? Hehe..





            Well.. Malam ni , aku nak share dengan korang satu kisah lucu tentang 3 lelaki kacak ! Yup .. Sumber cerita ni di copy paste dari Syok ! Hehe.. So.. Ayuh melayan bebola mata kita ni dan standby la untuk ketawa ! Jummm..











         Seorang imam telah terserempak dengan 3 orang pemuda yang agak kacak dok melepak semasa beliau hendak pergi ke Surau. Lalu beliau pun menegur mereka :






Tok Imam: Assalammualaikum. Kamu bertiga mari ke surau kita berjemaah solat Zohor. Sempena Bulan Ramadhan ni elok lah kita berjemaah. Lagi berkat.



Ali: Waalaikumsalam imam. Errr…takpe lah imam. Kami ni malas skit kalu nak ke surau. Maklumlah penat berpuasa.



Abu & Ahmad: A'ah, betul tok imam. Letih la.







               Selepas mendengar alasan tersebut, tok imam cuba memujuk mereka lagi.






Tok Imam: kalu kamu bertiga boleh solat berjemaah dengan aku. Aku akan izin kan salah seorang daripada kamu menjadi suami kepada anakku Salmah.












              Selepas mendengar offer daripada tok imam tersebut, apa lagi mereka terus bersetuju. Takkan mereka hendak melepaskan peluang berkahwin ngan Salmah, gadis yang paling cantik dan ayu dikampung mereka. Lalu bertolaklah mereka berempat ke surau.








              Apabila surau membetulkan saf barisan, tok imam tersebut menyuruh Ali tersebut Azan. Apabila Ali azan tok imam terus menampar pemuda tersebut.








Ali: kenapa tok imam tampar saya? Suara saya tak sedap ke azan?




Tok Imam: suara tak sedap kepala hotak ang. Aku suruh azan bukan suruh takbir raya.










           Lalu ketawalah Abu & Ahmad kerana kejahilan Ali. Azan kemudian diteruskan dengan lancarnya oleh Ahmad.








          Apabila imam mula mengangkat takbir pertama, imam tidak kusyuk lalu beliau mengangkat takbir kali kedua dan perkara berulang lagi. Apabila imam ingin mengangkat takbir kali ke-4, Abu menegur tok imam dan menawarkan diri menjadi imam. Tok imam pun bersetuju.




          Apabila Abu tersebut mengangkat takbir je terus toleh ke belakang memandang tok imam.








Abu: tok tengok, saya angkat takbir sekali jek. Bukan macam tok banyak2 kali.









         Pang!! Seorang lagi terkena penampar jepun dari tok imam. Marah lah amat tok imam pada mereka yang begitu jahil tentang solat.






         Oleh kerana perasan muka tok imam telah merah padam menahan marah, Ahmad menawar kan diri supaya menjadi imam. Oleh kerana sudah lewat tok imam membenarkan Ahmad menjadi imam.






         Tanpa tak disangka Ahmad menjadi imam cukup baik. Samaada dari segi tertibnya mahupun bacaannya. Selepas selesai membaca doa tok imam memuji Ahmad.








Tok Imam: tak ku sangka rupa-rupanya ang boleh menjadi imam yang baik sekali. Ang mmg sesuai menjadi calon menantu aku.










            Lalu Ahmad menjadi riak dan bangga dengan pujian tok imam.








Ahmad: Biasa lah tok. Itu belum ambik wudu’ lagi. Kalu dah ambik wudu’ lagi saya hebat tok.

Selepas mendengar apa yang ahmad kata Tok Imam terus pengsan dan tidak bangun2 terus.






~ SEKIAN ~








Koyok Ditempek :
Macam ni punya orang pon ada ka ? Hehe.. :P



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post