Bosan Dalam Lif? Try Ni !





           Haluuuuuuuuuuuu eberibodi , bertemu lagik kita di petang Isnin yang suam suam kuku ni. Amacam hari ni? Mesti dah ready nak pergi bazaar kan? Hehe.. Bagi yang dok dalam opis tu kan, mesti kene naik lif kan? Well, bagi mereka yang akan naik lif mahupun benda yang sewaktu dengannya tu kan, aku nak bagi beberapa teknik menghilangkan kebosanan secara sengal didalam lif ! Hehe..





             Ermm.. Mesti korang bosan kan duduk dalam lif , tambah tambah kalau berhimpit himpit dengan orang yang tak dikenali, mesti malu malu , tengok atas la, tengok henset la dan jugak banyak lagi la benda yang boleh cover cover kemaluan itu kan? kan kan ? So.. Meh aku nak bagi beberapa langkah SENGAL yang boleh dibuat dalam lif ! Cool woo..











  1. Salam semua orang yang naik lif dengan penuh bersemangat.


  2. Dalam dok berhimpit himpit tu, buat bunyik "Meowwwww" secara slow bagai membisik di awan lalu.


  3. Tenung seseorang secara rawak dengan penuh khusyuk , kemudian jerit "Arghhhhhh.. Dia kat siniiii !!" dengan penuh ketakutan macam terjumpa hantu Ju On !


  4. Tiap tiap floor yang stop, buat bunyik "ting tong", pastu buat muke tak bersalah.


  5. Bila korang tinggal berdua je dengan orang yang naik lif, jentik cuping telinga kanan die, pastu buat buat macam bukan korang yang buat.


  6. Kentut secara senyap dan kemudian anda pun senyapkan la diri anda.


  7. Rapatkan muka ke pintu lif.


  8. Angkat tangan dan mula buat ombak ! Ala ala wave tu la.. Kemudian ajak orang lain pun buat.


  9. Apabila pintu lif terbukak, lari sekuat hati keluar, dan kemudian masuk balik dengan cool.


  10. Lompat kuat kuat, kemudian cakap " Lif ni tak terjatuh ke?".





          



            Uhukk.. Jangan lupa try okeh, langkah langkah diatas ni boleh menghilangkan rasa bosan dan malu dalam diri anda ketika berhadapan dengan lif ! Okeh la, aku nak gi bazaar ni, sapa nak ikut? Jommm.. Hehe =)





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post