3 Teknik Menebalkan Sampul Duit Raya !





        Tad tadaaaa ! Try korang renung gambar kat atas tu.. Hehe.. Ape yg korang mampu nampak? Eh2.. Renung dalam dalam .. Kalau boleh tu kan, rapatkan anak tekak dan anak lutut ke skrin laptop mahupun PC okeh ! Haaaa.. Da dapat? Bagus bagus ! Ini lah benda yang amat ditunggu oleh semua lapisan masyarakat. Elehhh.. Jangan selindung okeh, orang yang sudah "tua" pun menyimpan hasrat diam diam untuk memiliki benda kat atas ni kan? Hehe.. Errr.. Aku pun tak terkecuali mengidam benda ni...





         So.. Di entri ni, aku nak bagi korang yang bakal memberikan habuan seperti gambar rajah diatas , teknik teknik untuk menebalkan nya !  Ye lah, bila dah tebal, confirm la sang penerima melonjak kegembiraan sambil bertepuk tepuk riang gumbira... Ewahhhh.. Hehe..  Okeh, jum tengok teknik teknik itu !







  • Teknik Pertama 

    • Untuk menebalkan sampul duit raya, letakkan beberapa helai duit Monopoly, Sahibba dan Jutaria sekali dengan wang sebenar. Disamping itu baca la jampi serampah yang berbunyi,

      "Monojuta kuli kuli huhu" sebanyak 15 kali dan hembus ke muka si penerima..

       Teknik ini amat berkesan untuk mempopularkan anda di hari raya hari mulieee ! :P







  • Teknik Kedua

    • Teknik kedua agak tuff ekceli, tapi aku bagi jugak la eh.. Ehemm.. Untuk menebalkan sampul duit raya, dinasihatkan dikepilkan bersama daun sirih. Tapi dengan syarat, untuk mengelakkan di syak wasangka, anda perlu mengunyah dan mengonyoh sirih kebibir, gigi dan hidung, kemudian ludahkan air sirih itu ke langit. Kalau tak si penerima akan sedar yang daun sirih mungkin ada dalam itu sampul.. Haaa.. 



  • Teknik Ketiga

    • Untuk menebalkan sampul duit raya, anda perlu mempunyai beberapa keping sampul duit raya yang beraneka rasa saiz ! Yup. Mudah je cara nya, anda masukkan duit raya anda itu ke dalam sampul yang paling last sekali, kemudian amik beberapa keping sampul lagi dan masukkan silih berganti sampai anda puas. Estimate dalam 30 sampul. Teknik ini agak best kerana, anda akan membuat surprise kepada si penerima. Yelah, diorang bukak bukak ada sampul lagik, tak ke surprise? eberibodi luv seperise kan? Ahaksss.. 









           Ehemm.. Aku tau, korang nak cakap terima kasih sebab bagi teknik bernas ni kan? Ecehhh.. Ape? Korang malu nak cakap? Takpe takpe, aku paham.. Hehe.. So.. Sila sebarkan teknik ni ke merata negeri okeh? Aku nak gi cari daun ketumbar jap ! Tata !!!





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post