3 Tanda Lelaki Terdesak Cari Jodoh !









           Assalamualaikum.. Jam di taskbar menunjukkan pukul 2.06 pm ! Whoaaa ! Ini tanda nya, masa untuk mengupdate blog ! Haha.. Bila bila idea datang menerpa, disaat itu la aku ready dengan notepad ! Ermmm.. Terdesak? Terdesak apakah? Hehe.. Terdesak nak update blog nih hah..





            Okeh, pernah tengok tak lelaki yang terdesak mencari jodoh? Dalam erti kata lain, lelaki yang mahukan peneman dikala bermain teng teng? Mesti pernah kan? Haha.. Well well west, dalam entri ni , aku nak bagi 3 tanda lelaki terdesak mencari jodoh !!! Hehe.. Ni berdasarkan pemerhatian aku terhadap member member dan kehidupan harian aku tau ! So.. Jom tengok tanda berikut !!!







  • Tanda Pertama 

    • Sikap Caring Mengejut. 

      Erm.. Tanda ni selalunya muncul secara tiba tiba. Selalunya, baru kenal je pun, tapi dia dah beria beria menunjukkan ke"caring"an . Contoh eh, dia nak pindah rumah pun, mamat tu tolong secepat mungkin, dia nak pergi cari toilet kat shopping complex pun mamat tu gak tunjukkan ! Haha.. Tu belum lagi, benda benda remeh yang mamat tu nak tolong buatkan ! Seriusss .. ini pernah berlaku ! 



  • Tanda Kedua 

    • Facebook !

      Facebook, dah jadi kewajipan orang masa kini memiliki satu atau dua atau tiga akaun kan? Hehe.. Bagi yang terdesak, beliau akan meng"add" sebanyak mana perempuan perempuan cun yang ada dalam tu dan kemudian berhajat untuk mengorat mereka ! Walaupun tak kenal, tapi dek kerana sifat dalam diri yang berkobar kobar untuk menamatkan status single, mereka sesedap perencah je add orang senang senang ! 



  • Tanda Ketiga

    • Guna Member !

      Ni lagi la syiok, pantang tengok member lelaki dia ramai kawan pompuan cun cun sikit , mula la suruh adjust sana sini. Suruh aturkan date la, aturkan makan cekedis di tepi jalan la dan macam macam lagi. Kekadang, yang member tu pulak dalam keadaan dilema, ye la, karang tak pasal  pasal dicop "saving" dengan member sendiri . Hoho.. Apa macam bro? 









          So.. Berakhir la sudah 3 tanda lelaki terdesak mencari jodoh atau awek ! Haha.. Ada tak kawan korang yang sebegini?  Kalau ade, meh seppp ! Haihhh...  Kekadang, yang tensennya adalah rakan rakan kepada lelaki sebegini. Ye lah, hari hari dok cerita tentang "Perempuan" je wooo.. Tensennnnn ! Last word for entri ni, hati hati la dengan tanda diatas okeh? Chow sin chi !!! :)





       



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post