3 Sebab Mercun Dan Raya Tak Dapat Dipisahkan !





         Haiiii ! ( sambil lagu Upin dan Ipin dimainkan ).  Jumaat datang lagi dengan penuh keberkatan ! Well, para para Power Rangers Lelaki, sila la siap sedia untuk beraksi sebentar lagik. Hmm.. Mercun dan raya.. Ada apa pada mereka ini.. Apakah hubungan Mercun dan Raya sebenarnya? Apekah mereka bercinta? Errr...





          Ekceli kan, hubung diantara mercun dan raya memang tak dapat di pisahkan woo ! Seriusss.. Sebab apa? Ermmm.. Bagi aku la kan, eventho aku ni takde la tau nama nama mercun secara full kan, tapi kehadiran mercun amatlah dinanti dalam sambutan sambutan perayaan, terutama sekali tentulah Aidilfitri kita ni ! Kan kan kan? Dan jugak, dari aku kecik sampai la dah besar hidung ni kan, Aidilfitri seakan tak meriah woo bila tidak "dihidangkan" dengan mercun ataupun bunga api ! Haa.. Korang setuju tak dengan setetmen aku ni? Hehe..





           So.. Dipendekkan mukadimah aku ni, jom kita layan 3 sebab kenapa mercun dan raya tak dapat dipisahkan !! Ini berdasarkan pendapat aku je tau.. Jummm..
















  • Tanpa mercun, sambutan raya akan jadi macam sunyi sepi. Tiada lagi dentuman dentuman pembalasan antara kampung dengan kampung, blok dengan blok, dan jugak, bila tiada semua tu, "feel" Aidilfitri pun takde laaaaa.. 


  • Tanpa mercun, takde la jugak keghairahan untuk sambut Aidilfitri ! Ye lah, selain duit raya, hidangan, baju raya, seluar raya , spender raya dan jugak bermacam macam raya lagik akan kelihatan rompong dan berlubang. Huhu..


  • Tanpa mercun jugak, ikatan persahabatan antara seseorang takkan terjalin ! Yelah, dulu dulu, aku main perang mercun kat kampung ! Tak kenal pun join sekaki jugak. Syokk wooo.. Tembak sana sini tanpa ada yang injured ! Hehe..







          Well, zaman sekarang ni dah lain sikit dengan dulu dulu.. Hehe.. Sekarang ni , orang main mercun nak pegang kat tangan je.. Haha.. Ingat mercun tu kuasa Goku ke? Hehe.. Kesimpulannya, tanpa mercun, tak meriah la raya oi ! Anda setuju? Kalau setuju sila la bunyikkan ketiak anda. Sekian... Nak gi masjid daaaa ! Tata... 






Koyok Ditempek  :  Kalau main mercun dengan penuh berhati hati, insyaAllah, takkan jadi punye trajedi yang tak diingini ! :)





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post