Dua muka ! Double entri.

Salam..
sihat tak hari nih? hehe uih, hari nih aku amat la kepenatan,
nak tau kenapa? sebab dari pagi smpai pukul 5 tadi berjalan je korje.. hehe
pagi tadi bermula la perjalanan ku menyusul ke management UNISEL sebab daftar semester baru iaitu semester 7 ! pastu balik tu, aku gi restoran kegemaran ku, Restoran Khalifa, sebab member member baekku yang terdiri daripada, Ita, Eby, Teeya dan Qis, menanti untuk pergi berjalan jalan di PKNS, dan Tasik Shah Alam.. Disamping mengambil gambar, kitorang berborak2, bergelak ketawa mengilai.. haha dan bercengkerama , opss.. aku tak oke! diorang je, sebab diorang tu kan semua pompuan, kalau aku yang bercengkerama, memang kena la dengan Cik Teddy aku yang comel angat tu! hehe.. so.. disebabkan nih semester terakhir kitorg, lepas ni maybe dah takleh lepak bersama sama dah, aku pun turuti la permintaan diorg yg Sengal nih..
hehe.. best la! haha.. jadi bertambah lah kenangan aku dalam kotak memori aku nih.. haihh..
confirm la sedih aku pas dah abes study nih ! huhu
T~T
eh.. korang nak tgk gamba aktiviti kitorg tadi tak?
kalau nak , klik jela kat Teeya Rockstar dan Eita Princess nih..
dinasihati, aku tak ensem oke! jadi , sebarang komen tentang aku akan mendapat hadiah daripada diri sendiri ! hahaha

....
oke2.. abes da bab aktiviti tu.. skang bab tentang tajuk entri aku !
haha two face a.k.a Dua muka..
oke.. korang penah tak berhadapan dgn situasi sebegitu?
haha aku? jangan nak ckp la, banyak kali sangat..
dan yang penting, aku tak kisah pon... dan tak ambik port langsung dengan orang sebegini..
haha biar pon orang tuh pandai ke, kacak ke, kaya ke, dan bermacam2 lagi, aku takkan pandang tinggi orang camni ! sebab, bagi aku orang yang bermuka dua nih, tak layak untuk dipandang pun.. haha dekat orang nih dia bukak aib orang, dengan orang yg dia bukak aib tu, dia bukak aib org td plak.. haha merosakkan masyarakat dan berdasarkan pandangan dan pemerhatian aku.. orang cenggini, kurang mendapat kasih sayang, dan nakkan attention supaya dapat apa yg diorang nak ! haha betul tak kawan kawan ku sekalian? bila diorang dah dpt apa yg diorang nak, diorang tinggalkan lah orang yg teranaiya tu.. well.. aku ckp mende nih berdasarkan bukti yg kukuh dan beberapa situasi yang terjadi di beberapa tempat dan ada diantara mereka yg two face nih, ada bersama aku.. ! haha fikir fikirkan ! dan jadi lah satu face sahaje oke! peace!
geng piyu Rocks ! hehe

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post