Okeh, abaikan tentang trip ke alam mimpi itu sebentar kerana aku nak bagitau korang yang benda misteri dalam entri INI dah pun selamat di tebus dan digunakan untuk membeli charger laptop aku ! Haha.. Kini laptop aku dah berfungsi seperti sediakala. Malahan ia seakan akan gumbira dan penuh bersemangat setelah mengetahui yang duit NUFFNANG aku tu diguna pakai untuk mengrepair kelengkapan beliau ! Haha.. Takpe la laptop, rezeki kau, nak buat camne kan. Hehe..
First time gua dapat cek beb ! Haha.. Teruja pakcik .. |
Ehemm.. Entri ni bukan la nak menunjukkan keriakan, ketakburan mahupun keberlagakan. Cuma motif entri ni adalah untuk membakar semangat anda anda anda untuk terus berblog ! Hehe.. Ayuh kita tunjuk ramai ramai kat orang luar sana yang dok perlecehkan blogger ! Jadi blogger pun boleh dapat duit woo ! Depa ada ke? Hehe..
So.. Aku pun nak undur diri sebab ada date dengan Scarlett Johanssen di alam mimpi si sengal ubi ! Haha.. Nanti kita bersua rasa lagi eh.. Err.. Macam TV9 pulak kan.. Biaq pi laaa.. Aku dah ngantuk !! Selamat tido pembacaku.. Uhukk ..
Koyok Ditempek : Jangan bersedih kalau duit Nuffnang anda baru 20 sen, tapi bersyukur la sebab ia merupakan rezeki anda dan dari hasil titik peluh anda sendiri. Kalau RM 100 tak cukup 20sen pun takkan jadi RM 100 kan? So.. Jangan giveup dan selalu la bersyukur !! Okeh? Go go go !!
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks