Bruno Mars !!! Sapa tak kenal? Mamat yang lagunya penuh mendayu dayu dan meletop letop macam coklat pop berperisa Coke yang meletup dalam mulut tu. Alaaa.. Korang pernah makan kan? Hehe.. Antara lagu lagu mamat ni yang sedap didengari halwa telinga aku yang sedikit capang ni adalah Billionaire, Just The Way You Are, Grenade dan banyak lagi la.. Ecehhh.. Sudah tahu bertanya pulak ! Hehe..
So.. Pada pagi yang indah ni, aku dengan ini ingin mengistiharkan bahawa mata kanan dan kiri aku tidak dapat dilelapkan lagi. Lantaran itu, aku nak bawak satu gosip hangat hangat pengat pisang. Iaitu , Bruno Mars Versi Malaysia telah dilahirkan.. !!! Yaaa.. Ia lagi la popular dari versi original ni. Serius. Beliau punye lagu pon best.. Jom tengok senarai lagu dalam album Bruno Mars Versi Malaysia ni.
- Silliconaire
- Bibirku Pecah Beribu..
- Bom Tangan.
- Bercakap Dengan Batu ( Macam Siri Bercakap dengan Jin la pulak )
- Saya Tak Dapat Johan
- Tolong On kan Lampu.
Ehemm.. Mesti excited nak tahu kan siapakah gerangan beliau? Hehe.. Perkenalkan..
BRUNOR DINSSS !
Haaa.. Apa tunggu lagik, pergi la kedai Seben Eleben berhampiran untuk dapatkan album beliau yang
bertajuk " Fried Banana " Haha.. Aku dah ada dah ! Nak?
Koyok Ditempek : Uhukkk.. Sapa sebut aku ni.. Terbatuk batuk dah ni. Haha :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks