Well.. Sebelum aku nak pergi menunaikan solat Jumaat ni kan, aku pun macam biasa la, duduk mengonlinekan diri disamping mencari info info serta berita terkini di dalam dan luar negara ni. Maka.. Tersebut lah kisah, aku secara tak sengaja terklik satu article berkaitan " A True Love Story .. " Erm.. itu bahasa omputih nya.. Tapi dalam entri ni aku terjemahkan la ke bahasa ibunda tercinta ni. Hehe..
Story dia agak menyayat hati woo.. Bagaimana seekor burung Barn Swallows menyayangi pasangan dia hingga ke akhir hayat ! Huhu.. Sapa cakap burung dan haiwan takdak perasaan ? Meh kena luku sejibik nak? Hmm.. So.. Jom layan kisah cinta sejati seekor burung ! Jeng jeng jeng...
Kisah Cinta Sejati Seekor Burung
Ini adalah pasangan kepada lagi seekor burung Barn Swallow ! Ia telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika terbang dan tercedera agak teruk.
Dengan penuh rasa cinta, si suami bertindak membawa makanan demi memastikan si isteri terus hidup dan survive.
Tapi , malangnya, ketika si suami ingin membawa makanan buat kali keduanya, si isteri dah tiada. Si suami lalu cuba mengerakkan tubuh si isteri yang kaku, namun si isteri hanya terus kaku buat selamanya.
Menyedari yang si isteri tiada lagi, si suami menangis dan menjerit sekuat hati dengan penuh rasa sayang dan cinta..
Si suami terus berdiri dan berdiri di samping isteri tercinta disamping meratapi kematiannya..
Akhirnya, menyedari hakikat bahawa isterinya tak akan bangun kembali, si suami berdiri disamping isteri beliau dengan penuh perasaan cinta dan kesedihan yang mendalam...
Ehem.. Nak cerita original ? Klik SINI okeh ! Hehe.. Sedih tak ? Huhu.. Agak tersedih aku woo.. Haiwan pun saling menyayangi.. Tak ke tercabar wahai manusia sekalian yang suka cerai berai tu? Renungkan dan selamat beramal.. Tata... :))
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks