Assalamualaikum dan selamat petang.. Hari ni aku mengharungi hari ku dengan tanpa laptop di sisi.. Ecehhh.. dia ada je kat tepi ni , tapi takleh on. Setelah memeriksa dengan penuh lemah gemalai dan membuat pembedahan caesar keatas beliau, aku mendapati bahawasanya, adapter beliau yang K.O rupenye. Hehe..
Itu merupakan perkhabaran gembira buat diriku setelah perkhabaran sedih iaitu aku akan berangkat ke Shah Alam jap je lagi. Huhu.. Rasa tak puas woo bercuti lima hari ni . Hehe.. Banyak cekadak pulak aku kan? Haha.. Diberi tangan, nak kaki ! Haha..
Okeh, aku nak bagi tips ni.. Cara nak tingkatkan ranking Alexa ! Haha.. Walaupun ranking Alexa aku ni jatuh merudum sejak dua tiga hari ni. Aku tak kisah.. Sebab, nanti aku kejar balik.. Hehe.. Aku memang suka bab kejar mengejar ni ! Hehe..
So.. tanpa membuang tenaga jari jemari aku ni kan, jom tengok tips tips dijanjikan itu ..
- Tips Pertama
- Blog anda mesti kerap di update ! Sehari tiga kali memadai untuk Alexa mengenal pasti yang blog anda tu masih "hidup" . Dengan cara itu senang la anda nak tarik pengiklan pengiklan untuk letak iklan di blog anda ! Hehe.. Mudah kan?
- Tips Kedua
- Tahukah anda, jika anda banyak buat backlinks kepada mana mana website terutamanya Alexa, ia mampu membuatkan ranking anda turut naik. Serius.. Ini berdasarkan pemerhatian aku dan pembelajaran daripada En. Google jugak. Hehe. Tak rugipun. kalau setiap website anda buat backlink. Ia berbaloi ! :)
- Tips Ketiga
- Menjadikan blog atau website anda sebagai laman HOME di Mozilla, Google Chrome atau Internet Explorer pun boleh membantu meningkatkan ranking Alexa anda secara tak langsung. ! Try la dan nikmati perubahan dalam kalbu anda ! Ecehhh.. :)
So.. Setakat itu saja lah tips untuk hari ni. Hehe.. Nanti aku bagi lagi tips okeh? Ilmu tak elok dikedekut kedekutkan, nanti kena gigit semut bertalu talu kang. Hehe.. Okeh la, aku nak beready readyan . Jap lagi naik bas ! Wooooo.. Takmo balik Shah Alam !!!!!!!!!!!! :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks