Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmm !! Dan selamat petang para para pembaca yang aku sayangi sekalian ! Silent reader turut tak terkecuali okeh.. Ermmm.. Alangkah indahnya pepetang ni kalau dapat mengketedarah eskrem potong ! Tambah tambah perisa durian gituw. Haha.. Terliur la tu ! Jangan jangan, posa nih.. Hehe
Well well west, Dalam entri aku pepetang ni, aku nak tunjukkan teknik menghindarkan salesman yang sering mengganggu ketenteraman kita. Hehe.. Menghindari itu adalah kata sopan bagi menghalau sebenarnya. Haha.. Kalau aku pakai menghalau, nampak macam ganas la pulak. Kesian tau blog kelabu aku ni ! Hehe.. So.. Jom ikuti 3 teknik menghindari salesman !
- Teknik Pertama
- Selalunya, salesman datang time makan kan? Ketika orang tengah syok syok makan la, depa ni selalu dok mai kan? Hehe.. Senang je nak menghindari nya, iaitu disaat mereka datang kan, dengan penuh lemah gemalai, buat buat pengsan atas pinggan sendiri. Pengsan la dalam lingkungan masa 20 - 25 saat, nescaya salesman tersebut akan berpaling tadah dan terus menuju ke mangsa yang lain. Hehe..
- Teknik Kedua
- Salesman jugak gemar datang depan pintu rumah kan? Tetiba je muncul depan pagar sambil memanggil ala ala insan yang sudah mengenali kita berabad abad lama nye.. Kan kan? Jadi untuk mengatasinya, mudah je, ada hanya perlu mengajuk setiap kata kata beliau dari luar pagar rumah tu. Alaaa.. ini seakan akan cermin la. Pantulan suara yang lemak merdu. Hehe.. Kalau diorang cakap "Hello" korang pon ikut la cakap "hello" dari dalam rumah. Confirm la salesman tu akan giveup satu saat nanti ! hahaha
- Teknik Ketiga
- Ada jugak sesetengah salesman yang kacau kita dalam Facebook kan? Alaaa.. Yang jenis suka tag gambar gambar tu la. Kekadang, ada gambar peluk duit beriban la, kekadang pulak produk yang tak relevan dengan kita ! Kan? Hehe.. Cara nak menghindari mereka adalah, korang perlu tag kembali gambar kepada mereka. Err.. Bukan gambar yang mereka tag pada kita tu, tapi tag la gambar pocong ke, kuntilanak ke, dan makhluk seumpama itu. Tapi jangan tag sekali je, ulang ulang la okeh? Dalam sehari tu tag la lapan kali.. Nescaya selepas itu mereka tak mungkin akan kembali pada kita lagi . Hehe..
Err.. Korang try la ye.. Jangan segan silu untuk mencuba okeh? Kalau diorang tanya dari mana korang dapat teknik ni, jangan segan silu jawab, " Dari mamat hensem ala ala Lee Min Ho dari blog sengal zone tu". Hehe.. Okbai !! :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks