3 Perkara Aku Tak Suka Tentang Selsema !







     Haaaa.. Aku sesorang ni.. Haha.. Mesti semua penghuni penghuni alam maya ni sudah ketiduran ! Yeszzaaa.. Hehe.. Errr.. Okeh, itu hanyalah satu babak dalam sinetron aku yang berjudul, "Kelepuk Kelepuk Cinta" yang bakal ditayangkan pada hari Rabu dua puluh tahun dari sekarang ! Tunggu tauuu..





       Uhukk uhukk, ekceli, seperti mana gambar rajah comel diatas, sebegitu jugak la diriku ini . Sejibik wa cakap luuu ! Dengan ubat nyamuk yang mendayu dayu menerobos kelubang hidongku.. Dengan kesejukan yang menikam ke tulang gigi aku.. Haihhhh.. Demam selsema sudah menjengah ke sanubari aku nih. Maybe beliau ingin bermanja manja sebarang dua kerana sudah beberapa purnama beliau di"anaktiri"kan dengan si migrain.. Huuu.. !





         Ermm.. Tanpa melengahkan masa , ayuh aku bawak korang menyelusuri denai denai , kampung kampung, ampaian ampaian untuk melihat 3 sebab kenapa aku tak suka selsema ! Hehe.. Mana la tau kan, kot kot ada persamaan ataupun kehmisteri antara aku, dia dan dot dot dot.. Jummmmm..











  • Sebab Satu

    • Bila selsema, taik idung aku banyak, pastu keras pulak tu. Nak nak, time pepagi, perghhhh.. Tertimbus la lubang pengsaliran oksigen aku tu. Tension woo , nak membajak lagi, nak menggerudi lagik ! Semput jugak la aku di tika itu.. :P





  • Sebab Dua

    • Time selsema jugak, aku kehilangan beberapa deria faveret aku iaitu merasa dan membau ! Apa apa makanan yang dimakan, aku tak boleh nak komplen. Kemon laaa.. I hate it u no ! Macam mana aku nak jadi juri Masterchef kalau aku takleh nak rasa.. Kan? Haha.. Hilang membau tu takpe lagi, sebab, incase aku terkentut berbau telor ke kan, aku boleh mendefense diri aku ni sewenang wenangnya tanpa sedikit pun keraguan menjelma.. Miahahahaha.. :P





  • Sebab Tiga

    • Asal selsema je aku ngantuk dan cepat penat, asal penat dan ngantuk je, aku selsema.. Haaa.. Nampak tak hubungan skandal antara keduanya tu? Hehe.. Serius woo, time selsema, aku mesti cepat rasa letih dan nak baring je.. Kekadang tengah main badminton, boleh baring sambil smash pancung tuu . Hehe.. 



     





   

            Well, begitu la sebab musababnya kenapa i hate selsema ! Huhu.. So.. Amacam? Ada kehmisteri tak antara kita? Hehe.. Kalau ada, jangan segan silu bagitau aku kat kotak komen kat bawah ni okeh? Aku nak gi buat roti salut susu pekat cicah milo panas ni ! Tata dan selamat bersahurrr !!









Koyok Ditempek  : Demam demam ni, Allah bagi untuk menyucikan dosa dosa kita wooo ! =)







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post