3 Cara Elakkan Pembaziran Juadah Berbuka !









           Assalamualaikum.. Uhukk .. Aku masih lagi kurang sihat .. Uhukk.. Memang la, mana ada orang sembuh dari demam dalam masa sehari je kan? Ermm.. Kalau la aku ada super power maybe boleh la kot. Haha.. Tapi itu hanya la angan angan insan kerdil seperti aku ni. Ecehhh..





          Okeh, sebabkan waktu berbuka semakin mengejar kita ni kan, aku nak bagi korang cara nak elakkan pembaziran juadah berbuka ! Ye, aku bukan apa, tadi time on da way amik adik aku balik sekolah, lalu la depan bazaar, terus terlintas idea nak tulis tentang juadah berbuka ni .. Maka terhasil la entri yang bertajuk 3 cara elakkan pembaziran juadah berbuka ni. Jadi, jom tengok cara tersebut dari persepsi aku ni.. Jummm..









  • Cara Satu

    • Bila dah rasa anda membeli juadah yang agak banyak tu kan, better korang bagi kat jiran jiran tetangga. Share la sikit. Alaaa.. Bukan luak pun, silap silap korang dapat berbalas balas hidangan lagi. Macam kat kampung ! Hehe.. Boleh eratkan silaturahim woo.. 



  • Cara Dua 

    • Sedekahkan juadah tu kat masjid merupakan cara mudah untuk dapat pahala berlipat kali ganda. Serius woo.. Tambah tambah korang buat air, buh dalam bekas yang ada paip tu kan. Kemudian jemaah masjid / surau minum.. Selagi ada orang yang minum / makan hasil sedekah anda tu kan. pahala yang anda dapat pon non stop ! Try laa.. 



  • Cara Tiga 

    • Kalau tak mau membazir, simpan kan sedikit untuk makan time sahur nanti. Boleh je kan, simpan dalam peti ais atau oven ke. Nanti bila time sahur boleh panaskan balik dan kemudian takyah la nak masak masak dah. Jimat kan ? 







          Hmm.. Itu la serba sedikit cara nak elakkan pembaziran juadah berbuka ! Ermm.. Syaitan memang dah kena rantai, gari dan ikat, tapi bukan NAFSU ! Ingat, JIHAD yang paling besar adalah JIHAD menentang NAFSU ! Hehe.. Selamat beramal dan selamat berbuka pembaca Sengal Zone ! =)














Koyok Ditempek  :  Kalau korang tak keberatan , sila la klik benda INI ye ! Tenkiuuuu ! =)







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post