Assalamualaikummmm !! Panjang tu.. Dekat 3 harkaat jugak la aku bagi salam pada malam yang penuh dengan kecerahan lampu laptop aku ni. Hehe.. Naik juling weh.. Serius, muka aku kalau juling, ramai orang cakap macam Taeyang ! Haaa? 24:7 ? Oh no... Tidak sama sekali.. Aku sama dengan Taeyang okeh ! Grrrr.. ( sambil mengigit kaki adik aku sedang tido ) .. Haha..
Di memalam yang ada pelita ni kan... Errr.. Ada ke? Mesti ada punyaaaa.. Dalam Sengal Zone ni kan, imaginasi itu boley menjelma woo.. Korang imagine la korang tu Gaban ke, Cybercop ke, Sailormoon ke, confirm jadi.. Hehe.. Try laaa tanpa segan silu...
Hmm.. dua rangkap perenggan diatas agak melalut sikit dari topik entri aku ini malam.. Takpe kan? Well well west.. Jom la terus ke tajuk entri ni ..Sila scroll ke bawah ye sahabat ! Sebab kita bakal menyusuri patah patah perkataan tentang perkara yang dibenci oleh aku ketika membeli mahupun bershopping shoppingan ! Erm.. Mana la tau kan, ada kebetulan yang terjadi antara aku, mereka dan keluarga mereka.. Jommmmmmmmmm...
- Perkara 1
- Aku paling benci time aku nak pergi beli barang, tak kira la kicap ke, serbuk cendol ke, sabun singgit ke, belon dua kupang ke, tetiba ada orang follow macam FBI ! Haaaa.. Kalau setakat follow je xpe la, ni bagi jelingan khatulistiwa tahap tajam punyaaa.. Adehh.. Memang tak bagi beli ke ape? Watdehal !
- Perkara 2
- Aku jugak agak kebencian disaat aku membayar untuk barangan aku, dan cashier itu amat la masam semasam masamnye.. Eventhough aku sudah senyum sehingga ke pangkal telinga, tapi dibalas dengan cuka dicampur asam gelugor. Camni ke nak layan customer? Huff..
- Perkara 3
- Ni pun aku benci gila gila. Si pemberi voucher, pamplet, broadband dan jugak jamu maajun sangkut salasa ! Haha.. Time kita duk bersemangat nak pergi usha usha barang, time tu jugak la diorang ni sibuk sibuk jugak mengusha kita tanpa segan silu. Siap bagi kertas lapan keping pulak tu. Selagi diorang tak capai misi diorang, selagi tu la depa dok cucuk jarum pada kita ! Arghhhh.. Tensen I taw ! Haha..
So.. Korang ada tak persamaan dengan diriku? Ce citer !! :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks