Assalamualaikum !! Uihh.. Malam dah rupanya.. Patot la ia gelap gulita ! Hehe.. Errr.. Hello pembaca blog aku yang sedang menatap skrin laptop anda untuk baca blog Sengal Zone aku ni ! Terima kasih banyak banyak sebab sudi membaca catatan aku yang tak la sehebat seperti Kamen Rider, Ultraman mahupun Green Lantern ! Hehe.. Terima kasih lagik lapan puluh ratus kali kerana kesudian kamu itu. :)
Well.. Malam ni aku tatau nak kongsi apa dengan korang ! Serius.. Dari pagi sampai tadi aku duk fikir apa yang akan diupdate dalam blog aku ni ! Kehidupan aku kini tersangat simple woo.. So takde la sebarang kejadian yang dapat menyembulkan idea idea bernas lahir dari otak aku yang agak sengal sengal ubi ni. Errr.. Ye kot ubi itu sengal?
Tapi, aku ada story tentang pemakaian tudung ! Yerrr.. Tadi, waktu sedang menanti adik aku tamat persekolahan dalam pukul 6 petang lebih tu kan. Macam biasala, aku menjamah beberapa keping keropok keping yang tipis dan nipis tu sambil mengusha kot kot adik aku da keluar ke belum ke. Nak dijadikan cerita panas dan hot kan, ada sepasang couple ni naik motor la kan. Prenngggg lalu depan aku..
So.. Aku pun terus la aktiviti mengusha dengan penuh kecomelan bagai hamster menanti kuaci ! Selang lapan minit kemudian, si pakwe tu pun berhenti la agak dekat la jgk dengan tempat memparkingkan kereta kancil comel aku tu. Jadi, aku boleh la mendengar bait bait lagu / kata kata yang terungkap ! Ecehhh.. Macam lagu la pulak kan. Hehe..
Tiba tiba, aku terdengar si makwe ni cakap
" Syg, gi la alik, awak moto elok elok taww ! Sayang awak ketat ketat ! "
Well.. Tu biasa la kan? Hehe.. Apa orang cakap, manis bercinta la katakan. Okeh, tu takpe lagi, dan kemudian mamat tu blah dah.. Prenggg dengan kelajuan 40km/j !
Lepas dari itu, aku pon berpaling la muka untuk mengusha awek tadi ! Gua usha bukan sebab gua mata keranjang ke, mata lisut ke tapi dah automatik ia nak mengusha awek itu woo.. Errr.. Nak tau tak, satu perkara mengejutkan aku telah berlaku tatkala aku memalingkan muka aku untuk mengusha awek itu.! Suspen tak? Nak suspen lagi? Sila taip SUSPEN hantarkan ke 98765 sekarang . Acah jeee.
Ehemm.. Aku terkujut dan terkujat sebab, awek tadi dengan tak semena mena merentap tudung shawl beliau !!! Seriuussss ! Die bukak tudung lalu masuk rumah, pastu keluar balik dan berjalan ke kedai berhampiran ~
So.. Mengikut kejadian diatas, aku mengandaikan la kan, si awek ni pakai tudung sebab pakwe die suruh ! Haha.. Sebab apa aku mengandai kan sebegitu? Sebab, banyak da aku jumpe kes kes pakai tudung tutup aurat sebab PAKWE ! Betul tak pembaca pembaca sekalian?
Aku nak mintak pendapat korang berkaitan isu ni ! Amacam? Sudi tak sharekan sedikit buah fikiran korang ? Sila sila okeh ! :)