Tampilkan postingan dengan label 3 perkara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 3 perkara. Tampilkan semua postingan

3 Cara Nak Bagi Jiran Senyum Di Pagi Hari.







Assalamualaikum !! Morning morning peeps ! Ewahh.. speaking pulak di pepagi nan indah ni.. Haha.. Takpe, orang cakap speaking pepagi boleh menjadikan diri HOT ! So.. Mari berskipping.. Errr.. Mari berspeaking di pagi hari !!





Okeh, pepagi cenggini aku nak memberikan tips nak buat jiran anda tersenyum di pagi hari ! Alaaa.. Kita kan 1Malaysia, macam kat rumah aku ni la, belah kanan cina, belah kiri cina, belakang india dan aku pulak di tengah tengah ! Hehe.. Time raya hari tu sempat gak la bergelak ketawa bersama diorang.. Memang sempoi habes tatkala diorang datang beraya kat rumah aku.. Errr.. Rumah mak ayah aku.. Boleh dikatakan, tak rugi la mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga ni.. Siri eus oooo !





Okeh, tanpa membuangkan masa ni, jom tengok tips yang mampu membuatkan jiran anda senyum dipagi hari !! Versi Sengalman..







  • Di pagi hari, ketuk pintu rumah jiran anda dengan mengikut nada lagu anda suka. Ikut tempo dengan sekata tau. Ketuk tanpa henti yee sampai jiran anda bukak pintu.. Bila jiran anda tu bukak pintu rumah dia dan tanya korang apa yang korang buat. Korang cakap je yang korang rindukan jiran anda tu dan ketukan tu sebagai tanda kerinduan yang mendalam di pagi hari..  Confirm akan terukir kerutan kerutan berbentuk senyuman di bibir beliau kalau anda perhatikan dengan penuh khusyuk.. 



  • Apabila anda sedang menyiram pokok bunga, siram la sekali pokok pokok, kereta, ampaian, binatang peliharaan, satelit Astro dan bumbung rumah jiran anda. Alaaa.. Siram la ia dengan penuh rasa bangga sebab anda dah membantu meringankan sedikit bayaran bil air jiran anda. Mesti lepas tu jiran anda akan senyum tatkala melihat anda mundar mandir di depan mahupun tepi rumah beliau.. 



  • Pagi pagi, bila jiran anda nak pergi kerja kan, anda mesti ready dengan satu sepanduk yang menuliskan kata motivasi dan jugak perangsang ! Kemudian, anda readykan diri anda itu di tepi rumah beliau.. Berdiri lah disitu sampai jiran anda mahu memulakan perjalanan ke tempat kerja. Sambil berdiri tu , laungkan setiap bait kata kata yang tertulis di sepanduk anda itu dengan lantang, bertenaga, serta sekuat kuatnya.. Lebih afdal lagi kalau anda boleh mengegarkan satu kejiranan / kampung anda. Confirm sangat sangat lepas tu, anda akan menerima senyuman dari jiran anda setiap pagi ! :P







Amacam? Ada berani? Bukan susah pon kan? Hehe.. Jom buat jiran anda senyum berpanjangan ! Haha.. Err.. Okbai ! 










Koyok Ditempek  :  Teringat dulu, anak jiran sebelah rumah pernah melancarkan siri mengayat diriku ini.. Tapi tak dilayan.. sebab aku ni teramat la pemalu.. Hehe.. :P




Read more »

3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya !





Assalamualaikum .. Camne malam raya ketiga korang ? Confirm la syiok kan? Ececehhhh.. Aku camni la.. Dilanda encik migrain dari petang tadi sampai la sekarang ni, dok memerap dalam bilik sambil menjamah biskut coklat cip.. Sesekali tu aku usha la jugak encik semut punya open house.. Ramai gak makhluk halus yang menghadirkan diri.. Haha.. Aku siap sponsor coklat cip lagi kat depa woo !! Hehe..





Okeh, entri aku malam ni ada hubung kait dengan kemalangan jalan raya ! Erm.. Kemalangan jalan raya dan hari raya memang tak dapat dipisahkan kan? Dah macam  adik beradik pulak depa ni.. Yela, masing masing ada "raya" la katakan.. Hehe..





So.. Tanpa melengahkan masa dan tanpa membuang tenaga di jari jemari aku ni, jum ikuti 3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya dari Sengal Zone !!!







  • Rehat Secukupnya !

    • Sebelum perjalanan jauh tu kan, korang sepatutnya mempunyai rehat yang cukup. Senang cite, korang tidoq je 4 - 5 jam sebelum perjalanan. Ia boleh membuatkan badan terasa segar dan bertenaga. Disamping itu, korang gak akan rasa lebih fresh seperti bayi baru lahir gitu.. Haha.. Jangan pi tidoq 14 jam pulak.. Melampau weiii ! :P  



  • Sentiasa Curiga !

    • Ini bukan kejiwangan okeh.. Haha.. Ini curiga lain version.. Maksud aku, time memandu, korang kena upkan sikit level curiga korang tu. Alaaa.. Tambah sikit je.. Supaya nanti senang sikit korang nak alert kalau jadi something keikanan (fishy). Okeh? Curiga je tau.. Contoh la kan, dalam jarak 88m di hadapan ada satu bonggolan. Korang jangan ambik mudah, tapi korang fikir la jauh sikit ke depan sambil bayangkan yang maybe tu seekor naga dok tidoq ke, jerangkap samar ke.. Hehe.. 



  • Berhenti Bila Badan Suruh ! 

    • Okeh, ni lebih pada interaksi bersama badan korang.. Macam kawan kawan laa... Hehe..  Kekadang, bila korang dah lama drive kan, mesti badan korang akan mengeluarkan signal signal mintak dimanjakan.. Seyesss ! Antara signal signal tersebut adalah, mata pedih pedih ayu, kaki kebas kebas kebab, pinggang vibrate tanpa henti dan byk lagi.. So.. Apa yang perlu korang buat, berhenti di tempat rehat, kemudian layan la badan anda. Manjakan dia bagai menatang minyak yang penuh okeh? Hehe..









Erm.. tu la dia serba sikit tips elakkan kemalangan jalan raya dari aku ! Ni semua berdasarkan pengalaman aku memandu dari Kuantan ke Kedah secara konvoi satu masa dulu.. Hehe.. Last words dari aku adalah, nyawa adalah benda yang tak dijual di kedai Tutti Frutti ! Hargai la diri anda dan insan tersayang ! Selamat memandu !!! :)










Koyok Ditempek :  Memandu itu sungguh memenatkan ! Haha.. Dulu sebelum aku dapat lesen dan tau cara drive ni, berkobar kobar dan terkinja kinja nak drive.. Sekarang?  tengok stereng pon dah malas. :P






Tekan like kalau suka kemerepekan aku ni tau. ;P
Read more »

Lelaki Main Dota Tak Boleh Diganggu ?













Assalamualaikum !! Hallooooo ! Sorry dah beberapa jam tak update.. Well, biasala kan, time time nak dekat raya ni. Busy memanjang woo.. Dengan itu la, ini la.. Hehe.. Tapi keseronokan itu tetap ada wooo.. Ehemmm.. Entri aku hari ni adalah berkenaan dengan DOTA ! DOTA adalah nama singkatan bagi Defence of The Ancient!. Mesti korang biasa dengar punya.. Tambah tambah kaum lelaki macam aku nih.. Kan kan kan?





Well.. DOTA ni ekceli satu game yang boleh mendatangkan ketagihan yang maximum. Serius weh ! Hehe.. Dan DOTA gak adalah musuh ketat pada girlpren girlpren lelaki ! Hehe.. Kenapa eh? Erm.. Kebanyakkan member aku mengadu yang pakwe diorang tak balas mesej, tak jawab kol kalau main game DOTA ni ! Haaaaa.. Kan ke tu tanda ketagihan yang melampau ! Errr.. Cakap orang, aku pon sama jugak weh ! Hehe.





So.. Meh aku nak bagi beberapa sebab kenapa LELAKI bila main DOTA ni mereka tak suka diganggu/. Aku pon salah seorang dari mereka .. Hehe.. Sebab sebabnya adalah..







  • DOTA merupakan game dimana pemain hanya mengkontrol satu HERO je. Jadi, fokus yang semaximum mungkin diperlukan sebab terlepas pandang je boleh "mati". Sebab tu, kami kaum lelaki akan memberikan fokus yang amat banyak agar takmo kalah..



  • Bermain DOTA memerlukan dua dua tangan untuk kontrol HERO masing masing. Sebab tu la, kekadang, kami tak sempat nak reply sms atau jawab kol dari sapa sapa pon. Bukan dari GF je tau ! Tangan kami cuma dua je woo.. Kasihanilah kami.. 



  • Makin ramai main DOTA , makin meriah la satu satu perlawanan tu, dan makin la kami tak endahkan apa apa pon halangan yang mendatang dan menganggu perlawanan kami tu. Termasukla SMS ! Kalau kami reply msg pon, mesti pendek pendek, tak pun mesti nampak macam ayat sms tu takde mood ! Hehe.. 



  • Bermain DOTA umpama berperang ! Ye lah, kami kena beli barang, kasut, baju, shield, combine barang dan macam macam lagi la.. Kami jugak perlu mengumpul duit untuk membeli barang barang itu untuk kami lebih kuat dan hebat serta tak mati dalam pertempuran. Sebab tu segala percaturan strategi dari mula amat la dititik beratkan. Hehe.. Tu yang buatkan DOTA tu best dan kami ketagih dengannya ! Haha.. 







So.. Diharap agar para para wanita diluar sana memahami naluri pemain DOTA macam kami ni. Hehe.. Bukan taknak layan, tapi DOTA itu sungguh best dan awesome!! Haha.. Ada jugak kes, pasangan putus sebab pakwe dia lebih pentingkan DOTA woo.. Hmm.. Untuk menutup entri aku ni, aku dengan ini nak menekankan bahawa, main DOTA lagi bagus dari buat benda benda tak berfaedah ! Err.. Mak aku panggil nak buat kuih dota jap ! Tata... RAMPAGE !!! 






Read more »

3 Cara Elakkan Pembaziran Juadah Berbuka !









           Assalamualaikum.. Uhukk .. Aku masih lagi kurang sihat .. Uhukk.. Memang la, mana ada orang sembuh dari demam dalam masa sehari je kan? Ermm.. Kalau la aku ada super power maybe boleh la kot. Haha.. Tapi itu hanya la angan angan insan kerdil seperti aku ni. Ecehhh..





          Okeh, sebabkan waktu berbuka semakin mengejar kita ni kan, aku nak bagi korang cara nak elakkan pembaziran juadah berbuka ! Ye, aku bukan apa, tadi time on da way amik adik aku balik sekolah, lalu la depan bazaar, terus terlintas idea nak tulis tentang juadah berbuka ni .. Maka terhasil la entri yang bertajuk 3 cara elakkan pembaziran juadah berbuka ni. Jadi, jom tengok cara tersebut dari persepsi aku ni.. Jummm..









  • Cara Satu

    • Bila dah rasa anda membeli juadah yang agak banyak tu kan, better korang bagi kat jiran jiran tetangga. Share la sikit. Alaaa.. Bukan luak pun, silap silap korang dapat berbalas balas hidangan lagi. Macam kat kampung ! Hehe.. Boleh eratkan silaturahim woo.. 



  • Cara Dua 

    • Sedekahkan juadah tu kat masjid merupakan cara mudah untuk dapat pahala berlipat kali ganda. Serius woo.. Tambah tambah korang buat air, buh dalam bekas yang ada paip tu kan. Kemudian jemaah masjid / surau minum.. Selagi ada orang yang minum / makan hasil sedekah anda tu kan. pahala yang anda dapat pon non stop ! Try laa.. 



  • Cara Tiga 

    • Kalau tak mau membazir, simpan kan sedikit untuk makan time sahur nanti. Boleh je kan, simpan dalam peti ais atau oven ke. Nanti bila time sahur boleh panaskan balik dan kemudian takyah la nak masak masak dah. Jimat kan ? 







          Hmm.. Itu la serba sedikit cara nak elakkan pembaziran juadah berbuka ! Ermm.. Syaitan memang dah kena rantai, gari dan ikat, tapi bukan NAFSU ! Ingat, JIHAD yang paling besar adalah JIHAD menentang NAFSU ! Hehe.. Selamat beramal dan selamat berbuka pembaca Sengal Zone ! =)














Koyok Ditempek  :  Kalau korang tak keberatan , sila la klik benda INI ye ! Tenkiuuuu ! =)







Read more »

3 Perkara Aku Tak Suka Tentang Selsema !







     Haaaa.. Aku sesorang ni.. Haha.. Mesti semua penghuni penghuni alam maya ni sudah ketiduran ! Yeszzaaa.. Hehe.. Errr.. Okeh, itu hanyalah satu babak dalam sinetron aku yang berjudul, "Kelepuk Kelepuk Cinta" yang bakal ditayangkan pada hari Rabu dua puluh tahun dari sekarang ! Tunggu tauuu..





       Uhukk uhukk, ekceli, seperti mana gambar rajah comel diatas, sebegitu jugak la diriku ini . Sejibik wa cakap luuu ! Dengan ubat nyamuk yang mendayu dayu menerobos kelubang hidongku.. Dengan kesejukan yang menikam ke tulang gigi aku.. Haihhhh.. Demam selsema sudah menjengah ke sanubari aku nih. Maybe beliau ingin bermanja manja sebarang dua kerana sudah beberapa purnama beliau di"anaktiri"kan dengan si migrain.. Huuu.. !





         Ermm.. Tanpa melengahkan masa , ayuh aku bawak korang menyelusuri denai denai , kampung kampung, ampaian ampaian untuk melihat 3 sebab kenapa aku tak suka selsema ! Hehe.. Mana la tau kan, kot kot ada persamaan ataupun kehmisteri antara aku, dia dan dot dot dot.. Jummmmm..











  • Sebab Satu

    • Bila selsema, taik idung aku banyak, pastu keras pulak tu. Nak nak, time pepagi, perghhhh.. Tertimbus la lubang pengsaliran oksigen aku tu. Tension woo , nak membajak lagi, nak menggerudi lagik ! Semput jugak la aku di tika itu.. :P





  • Sebab Dua

    • Time selsema jugak, aku kehilangan beberapa deria faveret aku iaitu merasa dan membau ! Apa apa makanan yang dimakan, aku tak boleh nak komplen. Kemon laaa.. I hate it u no ! Macam mana aku nak jadi juri Masterchef kalau aku takleh nak rasa.. Kan? Haha.. Hilang membau tu takpe lagi, sebab, incase aku terkentut berbau telor ke kan, aku boleh mendefense diri aku ni sewenang wenangnya tanpa sedikit pun keraguan menjelma.. Miahahahaha.. :P





  • Sebab Tiga

    • Asal selsema je aku ngantuk dan cepat penat, asal penat dan ngantuk je, aku selsema.. Haaa.. Nampak tak hubungan skandal antara keduanya tu? Hehe.. Serius woo, time selsema, aku mesti cepat rasa letih dan nak baring je.. Kekadang tengah main badminton, boleh baring sambil smash pancung tuu . Hehe.. 



     





   

            Well, begitu la sebab musababnya kenapa i hate selsema ! Huhu.. So.. Amacam? Ada kehmisteri tak antara kita? Hehe.. Kalau ada, jangan segan silu bagitau aku kat kotak komen kat bawah ni okeh? Aku nak gi buat roti salut susu pekat cicah milo panas ni ! Tata dan selamat bersahurrr !!









Koyok Ditempek  : Demam demam ni, Allah bagi untuk menyucikan dosa dosa kita wooo ! =)







Read more »

3 Teknik Menghindari Salesman !







            Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmm !! Dan selamat petang para para pembaca yang aku sayangi sekalian ! Silent reader turut tak terkecuali okeh.. Ermmm.. Alangkah indahnya pepetang ni kalau dapat mengketedarah eskrem potong ! Tambah tambah perisa durian gituw. Haha.. Terliur la tu ! Jangan jangan, posa nih.. Hehe





             Well well west, Dalam entri aku pepetang ni, aku nak tunjukkan teknik menghindarkan salesman yang sering mengganggu ketenteraman kita. Hehe..  Menghindari itu adalah kata sopan bagi menghalau sebenarnya. Haha.. Kalau aku pakai menghalau, nampak macam ganas la pulak. Kesian tau blog kelabu aku ni ! Hehe.. So.. Jom ikuti 3 teknik menghindari salesman !







  • Teknik Pertama 

    • Selalunya, salesman datang time makan kan? Ketika orang tengah syok syok makan la, depa ni selalu dok mai kan? Hehe.. Senang je nak menghindari nya, iaitu disaat mereka datang kan, dengan penuh lemah gemalai, buat buat pengsan atas pinggan sendiri. Pengsan la dalam lingkungan masa 20 - 25 saat, nescaya salesman tersebut akan berpaling tadah dan terus menuju ke mangsa yang lain. Hehe.. 



  • Teknik Kedua

    • Salesman jugak gemar datang depan pintu rumah kan? Tetiba je muncul depan pagar sambil memanggil ala ala insan yang sudah mengenali kita berabad abad lama nye.. Kan kan? Jadi untuk mengatasinya, mudah je, ada hanya perlu mengajuk setiap kata kata beliau dari luar pagar rumah tu. Alaaa.. ini seakan akan cermin la. Pantulan suara yang lemak merdu. Hehe.. Kalau diorang cakap "Hello" korang pon ikut la cakap "hello" dari dalam rumah. Confirm la salesman tu akan giveup satu saat nanti ! hahaha 



  • Teknik Ketiga 

    • Ada jugak sesetengah salesman yang kacau kita dalam Facebook kan? Alaaa.. Yang jenis suka tag gambar gambar tu la. Kekadang, ada gambar peluk duit beriban la, kekadang pulak produk yang tak relevan dengan kita ! Kan? Hehe.. Cara nak menghindari mereka adalah, korang perlu tag kembali gambar kepada mereka. Err.. Bukan gambar yang mereka tag pada kita tu, tapi tag la gambar pocong ke, kuntilanak ke, dan makhluk seumpama itu. Tapi jangan tag sekali je, ulang ulang la okeh? Dalam sehari tu tag la lapan kali.. Nescaya selepas itu mereka tak mungkin akan kembali pada kita lagi . Hehe.. 









          Err.. Korang try la ye.. Jangan segan silu untuk mencuba okeh? Kalau diorang tanya dari mana korang dapat teknik ni, jangan segan silu jawab, " Dari mamat hensem ala ala Lee Min Ho dari blog sengal zone tu". Hehe.. Okbai !! :P







Read more »

3 Jenis Style Orang Makan Burger !







           Haaa.. Morning ! Mai jemput jemput masuk, amik lauk lauk terhidang tu ! Ewahhhh.. Anda kini bersama Chef Din Dang dalam rancangan Style Style Aku Punya Style ! Hehe.. Err.. Hari ni, kita akan menunjukkan 3 style atau cara orang makan burger ! Setelah dikaji mengikut bentuk peredaran rambut semasa ditiup angin digabung dengan gas gas indah yang dilepaskan dari abdomen bawah ke udara, aku telah berjaya mengkaji dan mengkuji style style berikut ! Zasss..















  • Style 1

    • Ada orang kan, menjamah burger dengan cara makan roti dulu. Kendian baru la menerkam dan menerpa daging burger yang ditengah itu dengan penuh bernafsu. Kalau ditanya golongan sebegini tentang tabiat beliau, nescaya beliau dengan megah dan kembang idung nya menjawab

      "  Alaa.. I makan part yang best sekali tu last taw.. U apa tau? " . Okfine ! 



  • Style 2

    • Berdasarkan pemerhatian aku di negeri negeri bersekutu, ada jugak sesetengah golongan yang suka makan burger pakai garpu dan pisau kecik untuk lebih feeling ! Kalau ditanya pulak pada golongan sebegini, mereka tanpa segan silu akan jawab

      "Tangan? Euuuuuuwww... *Pssttt... Jangan bagitau orang tau... Ekceli kan, I malas basuh tangan sebenarnya !". Owemgi ! 



  • Style 3

    • Ada jugak sesetengah orang mempunyai cara makan burger yang agak pelik . Nak contoh? Okeh, ada member aku yang makan burger sebagai lauk ! Dengan nasi putih lak tu.. Haaa.. Tak pelik? Hehe.. Bila ditanya, dia menjawab

      " Sedap bro !! Rasa macam daging masak blackberrypepper !" Errr.. 











        Well well west, lain orang lain caranya kan? Hehe.. Amacam pulak dengan korang? Camne la agaknye cara korang makan burger eh? Hehe... Aku? Ermmm.. Aku suka makan penuh penuh! Sedap wooooooo,.. Okeh la, aku nak gi kacau adik aku tido jap.. Tataaaaaaaaa !! :P





Read more »

3 Tanda Lelaki Terdesak Cari Jodoh !









           Assalamualaikum.. Jam di taskbar menunjukkan pukul 2.06 pm ! Whoaaa ! Ini tanda nya, masa untuk mengupdate blog ! Haha.. Bila bila idea datang menerpa, disaat itu la aku ready dengan notepad ! Ermmm.. Terdesak? Terdesak apakah? Hehe.. Terdesak nak update blog nih hah..





            Okeh, pernah tengok tak lelaki yang terdesak mencari jodoh? Dalam erti kata lain, lelaki yang mahukan peneman dikala bermain teng teng? Mesti pernah kan? Haha.. Well well west, dalam entri ni , aku nak bagi 3 tanda lelaki terdesak mencari jodoh !!! Hehe.. Ni berdasarkan pemerhatian aku terhadap member member dan kehidupan harian aku tau ! So.. Jom tengok tanda berikut !!!







  • Tanda Pertama 

    • Sikap Caring Mengejut. 

      Erm.. Tanda ni selalunya muncul secara tiba tiba. Selalunya, baru kenal je pun, tapi dia dah beria beria menunjukkan ke"caring"an . Contoh eh, dia nak pindah rumah pun, mamat tu tolong secepat mungkin, dia nak pergi cari toilet kat shopping complex pun mamat tu gak tunjukkan ! Haha.. Tu belum lagi, benda benda remeh yang mamat tu nak tolong buatkan ! Seriusss .. ini pernah berlaku ! 



  • Tanda Kedua 

    • Facebook !

      Facebook, dah jadi kewajipan orang masa kini memiliki satu atau dua atau tiga akaun kan? Hehe.. Bagi yang terdesak, beliau akan meng"add" sebanyak mana perempuan perempuan cun yang ada dalam tu dan kemudian berhajat untuk mengorat mereka ! Walaupun tak kenal, tapi dek kerana sifat dalam diri yang berkobar kobar untuk menamatkan status single, mereka sesedap perencah je add orang senang senang ! 



  • Tanda Ketiga

    • Guna Member !

      Ni lagi la syiok, pantang tengok member lelaki dia ramai kawan pompuan cun cun sikit , mula la suruh adjust sana sini. Suruh aturkan date la, aturkan makan cekedis di tepi jalan la dan macam macam lagi. Kekadang, yang member tu pulak dalam keadaan dilema, ye la, karang tak pasal  pasal dicop "saving" dengan member sendiri . Hoho.. Apa macam bro? 









          So.. Berakhir la sudah 3 tanda lelaki terdesak mencari jodoh atau awek ! Haha.. Ada tak kawan korang yang sebegini?  Kalau ade, meh seppp ! Haihhh...  Kekadang, yang tensennya adalah rakan rakan kepada lelaki sebegini. Ye lah, hari hari dok cerita tentang "Perempuan" je wooo.. Tensennnnn ! Last word for entri ni, hati hati la dengan tanda diatas okeh? Chow sin chi !!! :)





       



Read more »

3 Tips Menghadapi Interview.







            Assalamualaikum para pembaca yang sangat comel dan kacak ini hari ! Hehe..Seperti biasa la, hari Khamis adalah hari pasar malam dekat rumah aku ni. Beraneka barangan terjual disini woo.. Dan, aku amat menggemarinya asalkan ada jual milo ais rm1 ! Haaaa.. biarpun ia murah, asalkan ada milo, ia tetap menjadi pojaan hatiku ini.. Hehe..





              Ekceli, aku hari ni telah menghadiri satu interview kerjaya di salah satu company di Kuantan ni. Hehe.. Nama company itu terpaksa la dirahsiakan. Bukan apa, takut tak jadi kang, aku jugak frust menonggeng malu tutup muka kan. Hehe.. Dan, proses interview aku tu agak berlainan dengan interview interview yang pernah aku alami.  Ye la, interview tu fully in english wooo ! Aku dah la nak speaking ni cuak sikit. Haha.. Bukan tak boleh speaking, tapi bila berhadapan dengan orang, lidah aku sering mengkhianati diriku dan menyebabkan aku terbelit dan terpele'ot ! Haaa..





         Tapi, overall, Alhamdulillah la, aku di suruh nantikan panggilan interview yang kedua iaitu dengan bos besar company tu..  Tah la, aku rasa cuak pon ade jugak ni. Aiseyyyy.. Entah apa la dia nak tanya budak hingusan macam aku ni kan. Hehe.. Berdoa je laaaaa..





           Okeh, hentikan sekejap bab penceritaan aku diatas tu, aku nak bagi tips tips menghadapi interview ! Haaa.. Entah napa tah, hari ni konfiden level aku agak high dan boost up sket.. hehe nak tau apa tips dia? Jommmm...







  • Tips pertama

    • Ni benda penting, korang kena baca doa dan bermohon pada Allah supaya korang tenang, tak gugup dan, mempunyai kekuatan menghadapi interviewer nanti. Alaaa.. korang doa dalam bahasa melayu pun, Allah paham jugak. Hehe yang penting doa la.. Saat camni takdak sapa leh tolong dah, melainkan Allah s.w.t ! Try dan rasakan nikmat berdoa selepas tu... Kesan dia amat best woo..







  • Tips Kedua 

    • Sediakan dokumen penting penting sehari awal sebelum hari interview. Apa apa dokumen yang berkaitan kelebihan korang, lampirkan je sekali. Sebab, yang nak kerja tu korang kan? Nak duit pun korang jgk kan? Nak tolong mak ayah, korang jgk kan? Hehe so.. Expose kan segala kelebihan korang waktu ini. Well.. Mana la tau, dalam bebanyak dokumen anda tu, ada la satu dua yang membantu anda di saat kecemasan. 







  • Tips Ketiga 

    • Sewaktu berhadapan dengan orang yang menginterview, jangan terlampau membodek , menggedik dan sewaktu dengan nya. Pastikan anda tenang dan menjawab soalan yang diberikan bila anda ditanya ! Jangan jawab sebelum orang tanya. Haha.. Yang penting sekali, tunjukkan yang anda memang mahukan jawatan itu dan lampirkan kesungguhan di muka ! Dan, akhiri la interview itu dengan senyuman serta berjabat tangan. Hehe..









      Well.. tu je lah tips yang aku gunakan tadi. Hehe.. Dapat atau tak jawatan tu tolak tepi jap, apa yang penting adalah kita dah mencuba. Hehe.  Dan kita dah menunjukkan pada orang tu yang kita ni berani dan inginkan jawatan tu. Errr.. Aku rasa macam aku ni ahli kaunseling pulak. Hehe.. Okeh la, aku nak gi melantak jap ni. Akhir kata, renungi ayat ni... "Allah takkan mengubah nasib seseorang itu, kalau dirinya tak mengubahnya sendiri."  . Selamat interview !!









Read more »

Tips Menghalau Semut Pada Laptop !







          Semut berkeliaran ? Berjoging dengan penuh megah di laptop anda? Baik di skrin, keyboard, webcam dan charger? Dont worry be hepi kata Pakcik Gorgon ! Sebab, kali ni aku nak bagi tips menghalau semut pada laptop yang bakal membuatkan anda terpaku payung di kerusi mahupun tilam anda ! Hehe..





            Setelah mengkaji dan membuat beberapa pengskodengan terhadap aktiviti semut di perbatasan dapur rumah aku ni, aku dengan ini, telah mendapat idea bagaimana nak menghalau semut itu dengan penuh lemah gemalai dan lemah lutut. Jom saksikan keberkesanan itu !







  1. Mula mula , cuba bercakap dengan semut itu tentang hak hak pemilikan laptop ! Cuba jugak terangkan dengan penuh ketegasan bahawasanya, laptop itu anda yang punya dan tidak menggunakan wang simpanan semut itu langsung ! Ketika bercakap dengan beliau, sila perhatikan isyarat yang mungkin terjojol seperti, sesungut bergerak ke arah timur, kaki ke lima beliau terangkat angkat, dan jugak punggung yang lentik semacam. Di khuatiri itu merupakan tanda tanda beliau bersetuju. Understood? :P




  2. Kemudian, dengan penuh lemah lembut, angkat la semut itu seperti menatang minyak yang sudah penuh. Dengan menghamburkan kata kata manis berkrim seperti, "U ni tough la, badan ketak ketak pulak tu" , " U ni nakal la, uhukk." dan jugak " Sesungut U tu ada Estro tak? " . Cara ni bakal membawa hubungan anda dengan semut itu ke dunia baru. Ewahhh.. Senang cerita, ia bakal menyaksikan perhubungan dua hala yang jitu dan jugak berkesan.




  3. Cara terakhir adalah, buat sepanduk kecil bertulis " Amaran, kalau taknak dipenyek, sila beredar sekarang ! " dan kemudian, tunjuk kan pada semut semut tersebut dengan penuh ketegasan  umpama Sarjan Misai. Kalau mereka ingkar jugak, jangan terburu buru penyek ! Sebelum memulakan operasi penyek memenyek, sila bukak lagu ketenteraan ala ala komando gempur tu. Kemudian penyekla dengan secukup rasa dan lemah gemalai. Andai anda digigit, itu merupakan "love bite" yang diberikan sebagai tanda penghormatan kerana anda memenyek diri mereka. Well, you deserve it ! :P 







          Hmm.. Kalau tak berkesan jugak, sila la buat ujikaji sendiri ye ! Segala kesan sampingan ditanggung oleh anda sendiri ! Jangan berperang sudah ! Haha.. Mak aku panggil suruh tumbuk sambal jap ! Farewell my friends !!! :)










Read more »

3 Situasi Membeli Yang Aku Benci !













                      Assalamualaikummmm !! Panjang tu.. Dekat 3 harkaat jugak la aku bagi salam pada malam yang penuh dengan kecerahan lampu laptop aku ni. Hehe.. Naik juling weh.. Serius, muka aku kalau juling, ramai orang cakap macam Taeyang ! Haaa? 24:7 ? Oh no... Tidak sama sekali.. Aku sama dengan Taeyang okeh ! Grrrr.. ( sambil mengigit kaki adik aku sedang tido ) .. Haha..





                      Di memalam yang ada pelita ni kan... Errr.. Ada ke? Mesti ada punyaaaa.. Dalam Sengal Zone ni kan, imaginasi itu boley menjelma woo.. Korang imagine la korang tu Gaban ke, Cybercop ke, Sailormoon ke, confirm jadi.. Hehe.. Try laaa tanpa segan silu...





                      Hmm.. dua rangkap perenggan diatas agak melalut sikit dari topik entri aku ini malam.. Takpe kan? Well well west.. Jom la terus ke tajuk entri ni ..Sila scroll ke bawah ye sahabat ! Sebab kita bakal menyusuri patah patah perkataan tentang perkara yang dibenci oleh aku ketika membeli mahupun bershopping shoppingan ! Erm.. Mana la tau kan, ada kebetulan yang terjadi antara aku, mereka dan keluarga mereka.. Jommmmmmmmmm...








  • Perkara 1


    • Aku paling benci time aku nak pergi beli barang, tak kira la kicap ke, serbuk cendol ke, sabun singgit ke, belon dua kupang ke, tetiba ada orang follow macam FBI ! Haaaa.. Kalau setakat follow je xpe la, ni bagi jelingan khatulistiwa tahap tajam punyaaa.. Adehh.. Memang tak bagi beli ke ape? Watdehal !








  • Perkara 2


    • Aku jugak agak kebencian disaat aku membayar untuk barangan aku, dan cashier itu amat la masam semasam masamnye.. Eventhough aku sudah senyum sehingga ke pangkal telinga, tapi dibalas dengan cuka dicampur asam gelugor. Camni ke nak layan customer? Huff.. 









  • Perkara 3 


    • Ni pun aku benci gila gila. Si pemberi voucher, pamplet, broadband dan jugak jamu maajun sangkut salasa ! Haha.. Time kita duk bersemangat nak pergi usha usha barang, time tu jugak la diorang ni sibuk sibuk jugak mengusha kita tanpa segan silu. Siap bagi kertas lapan keping pulak tu. Selagi diorang tak capai misi diorang, selagi tu la depa dok cucuk jarum pada kita ! Arghhhh.. Tensen I taw ! Haha..














                     So.. Korang ada tak persamaan dengan diriku? Ce citer !! :P









Read more »

3 Teknik Elakkan Mulut Berbau !


 







           Assalammualaikum dan selamat pagi rakan rakan, sahabat handai dan stalker stalker pemalu sekalian! Hari ni aku punya off day ! Haha.. Orang lain start berkerjaya di hari Isnin nan meriah ni, aku bercuti cutian dengan penuh keindahan ! Alaa.. Satu hari je pun.. Haha. Technician macam aku ni , memang perlukan cuti hari Isnin. Sebab, untuk mengcaskan tenaga elektrik dalam badan aku ni ! Haaa .. Terkujat korang ! Aku ada super power wooo !





           Okeh, okeh, oleh kerana tajuk entri daku itu penuh dengan makna yang mampu buat orang tersenyum simpul dan berbelit, maka, jom kita tengok teknik elakkan mulut berbau ! Hehe.. Ini diperakui oleh SIRIM dan NUFFNANG okeh ! Errr.. Ada kaitan ke? Angguk je la.. Haha..








  • Teknik me- mula, 


    • Untuk menggelakkan mulut anda berbau, berus la gigi anda sekerap mungkin. Ecehhh.. Macam doktor gigi tak? Haha.. Okeh okeh, selain itu, lidah pun banyak menjadi punca kenapa mulut seseorang itu berbau hamis dan masam serta bau durian. So.. Lidah pun perlu digosok jugak ye.. Bukan guna berus gigi, tapi ada satu alat ape tah nama dia. Ada punyaaa... 












  • Teknik me- dua


    • Bagi yang mempunyai masalah bau mulut tegar , dinasihatkan untuk selalu membawa bekalan gula gula berpudina untuk emergency cases ! Bukan gula pasir kasar 1KG tu ye.. Hehe.. ye la, mana la tau tetiba nak jumpa orang yang penting penting ke kan. Kang dok cakap cakap, tetiba orang tu pengsan mulut berbuih camna? Haha.. 











  • Teknik me- tiga 


    • Kalau dah dua dua teknik kat atas tak berkesan, korang spray je la mulut korang pakai spray mulut tu. Yang ada perisa blueberry, strawberry, blackberry torch tu ! Hehe.. Susah susah sangat, amik je perfume dan spray ke dalam mulut korang. Nescaya, harum semerbak selepas itu ! Hehe.. 














           So.. Itu la dia tadi 3 teknik elakkan mulut berbau dari aku ! Ce try ce try.. Mana la tau kan, ia dapat mengurangkan pencemaran bau dan oksigen sikit. Hehe.. Hari ni, aku nak buat cekodok! Haha.. Sebab aku cuti, maka, cekodok itu sangat indah ! Errr.. apsal aku rasa macam kerepekan disitu.. Ermm.. apa apa je la .. Gua chow dulu ye.. Nak membasuh kejap ! Tata.. !









Read more »

5 Gambar Ikan Yang Menakutkan Di Dunia !







                 Assalamualaikum ! Yuhuuuu.. Bangun bangun ! Hehe.. Nampak gaya nya, aku sorang je la yang bangun lambat ni kan? Hehe.. Baru teringat nak babitkan korang sekali ! Hehe.. Takpe takpe ! Nanti disuatu masa nan indah nanti, akan ku cari timing korang yang bangun lambat. Ngeh ngeh ngeh..



                 Erm.. Abaikan kemerepekan daku diatas sana sebab, aku nak bagitau ni, korang makan ikan tak? Hehe.. Aku? Tak.. Sebab, aku tak suka tulang temulang yang bersimpang siur tu. Tercucuk halkum aku pastu bocor kang , sapa nak ganti? Hehe.. So. Di sebabkan itu, jom kita usha gambar 5 ikan yang agak creepy dan menakutkan didalam dunia. Aku tatau apa nama ikan ni. so. Aku bagi nama sendiri je la. Haha..












IKAN OTAK DI MULUT



















IKAN KAMEN RIDER 














IKAN ERRR.. 



















IKAN MATA TAKDE



















IKAN MASIN PAK  KORDI











               So.. Amacam? Menakutkan tak? Haha.. Sebab tu la aku tak makan ikan. Aku kesian kat ikan ikan tu. Hehe.. Err.. Aku nak bersiap siap ni. Malam kang, ada masa kita jumpa lagik okeh ! Tata ~







Read more »

3 Tips Untuk Tido Nyenyak !









           Assalamualaikum dan selamat hendak tido diucapkan pada diri aku sendiri terutamanya dan sahabat handai nun jauh disana ! Pembaca sekalian dan pengstalker stalker silent jugak ! Hehe.. Dah nak tido ke? Alaaaaa... Relax lu !



            5 minit je, lepas korang baca entri aku ni, korang tido la ye. Aku pun nak tido dah lepas ni. Hehe.. Entri aku kali ni berkisar tentang tips untuk tido nyenyak. Hehe.. Setelah mentelaah buku buku ilmia cara cara nak tido dengan nyenyaknya oleh, professor Udon ni kan, aku dah amik beberapa notes secara curi curi dari biri biri kesayangan beliau.! Hehe.. Nak tau tak isi kandung notes tu? Okeh, diantaranya adalah ...







  • Mahu tido lebih nyenyak? Letakkan aroma aroma harum di sisi katil, tilam atau pun bantal. Bau bedak baby pun boleh membuatkan anda tido nyenyak ! Tak caya? Try la.. 





  • Dengar lagu lagu sentimental bervolume slow sewaktu hendak tido. Lagu lagu seperti instrumen Kenny-G , lagu lagu oldies berentak slow memang boleh membuatkan anda tertido dengan sendiri nya ! Serius, aku beberapa kali dah tertido camni. Hehe..





  • Pastikan korang meneguk air putih yakni air masak sebelum ingin memulakan perjalanan ke alam mimpi. Kerana dikhuatiri anda akan terbangun secara mengejut kerana badan anda kekurangan air. Pastu nanti takleh tido dah ! Kan susah camtu. 











          Hmm.. Aku pon dah menguap banyak kali sampai lipas pon masuk dalam rongga tubuh aku ni. Kang jadi lipasman kang ! Nyettttt ! Hehe.. Bunyik lipas camna eh? So.. Aku mintak diri dulu.. Nak  beradu sebentar bersama bantal dan tilam ni ! Hehe.. Gudnite my fren ! Eh.. morning !









Read more »

3 Tanda Orang Baru Bangun Tido !









                Assalammualaikum dan selamat pagi ! Hehe.. Bertemu kita lagik dalam blog sesengal ubi keledek aku ni. Hehe. Hari ni, aku update live dari Plaza Alam Sentral ! Haha.. Kat mana? Kat Shah Alam la.. Miahahahaha..  Well .. Kejahatan disitu ye.. Hehe..



                 Baiklah, oleh kerana kini aku di tempat kerja dan sedang bersenang lenang, jadi mari aku share dengan korang 3 Tanda orang baru hendak bangun tido ! Hehe.. Mesti korang tau kan? Aku tak kira, tak kira ! Nak share jugak ! Hehe..  Ayuhhhhhhhh....








  • Tanda Pertama 


    • Okeh, bila orang baru bangun tido ni kan, terdapat satu kelainan pada tone suara dia ! Yeee. Suara diorang akan bertambah kegarauan dan kelihatan seperti Jamal Abdillah sikit. Hehe.. Percayalah, walau diorang cover suara camne sekali pun, diorang takkan mampu untuk mengatakan, " Weh, aku dah lama bangun okeh !" Hahaha.. Kan kan kan?








  • Tanda Kedua 


    • Bentuk lingkungan mata pasifik berubah bentuk ! Haha.. Ini satu fenomena aneh yang biasa terjadi bila seseorang itu terpaksa diganggu waktu tido mereka dan  bergegas ke sesuatu tempat, sama ada nak jumpa kawan, lawan dan alien. Haha.. Alaaa.. Senang cerita, kebengkakan mata la.. Hehe.. 









  • Tanda Ketiga 


    • Tanda terakhir ni ada hubung kait dengan tanda kedua. Lebih kurang macam tali persaudaraan tu utuh la. Hehe.. Nak tau apa dia? Kesan bijih atau dedebu pasir kering di mata, dan pinggir bibir. Hehe. Kadang kadang ia sebesar beras, kadang kadang hanyalah sebesar kelemumur ~ Hehe.. Elehh.. Takmo ngaku konon ! Betul la tu ! Haha











          Itu la sedikit sebanyak tanda tanda yang aku sendiri alami ! Haha. Jangan terkantoi sudah ! Double check itu penting okeh, bak kata Shah Rukh Khan lagi








    " Humko Humise Churalo ... "





 Bila diterjemah jadi.,.





     " Humm.. Ko dah hamis, cer mandi dulo ! "











           Challow beteee !! :)



Read more »

3 Sebab Kenapa Aku Taknak Jadi Popular !







                 Yuhuuuuu... Dah Menghampiri ke petang kan? Hehe.. Ahad ni elok untuk pergi bersiar siar di taman permainan woo ! Jogging, berbasikal, bergolek golek macam cerita hindustan, pastu tukar baju 4 -5 helai. Haha.. Memang korang akan jadi tumpuan umum la kan. Hehe..



                   Okeh, seperti biasa la kan, aku ni, duduk dirumah je, terperuk macam katak bawah tempurung. Hehe.. Aku labah labah okeh.. Erm.. Asyik katak je, popular dah si katak tu. Bagi la can dekat labah labah pulak. Hehe.. Takde la, acah je, biarkan la katak tu popular, dah takdir dia dijadikan kata bidalan. Erkk.. apsal aku rasa macam ada silap ni.. haha..



                    Okeh, pada pembaca yang dah lama mengikuti perkembangan blog Sengal Zone ni, dah tentu tau yang aku tak menggemari kepopularitian ni ! Kan kan kan? Yaaa.. Aku memang tak berkenan dengan Popular , Glemer dan Top. Nak tau kenapa? Jum ikuti aku dengan 3 sebab ! Hehe.. Layannnnssss !










  • Sebab pertama


    • Aku taknak popular, sebab aku takut aku tak mampu nak layan semua orang pada masa serentak. Dan akibatnya, akan ada yang berkecik hati dan jantung. Huhu.. Aku sayang woo pembaca pembaca merangkap kawan kawan aku ni.








  • Sebab kedua 


    • Hmmm.. Aku amat takut kalau aku jadi terkenal ni, perasaan bongkak dan riak datang menerjah diri aku dan kemudian , aku berubah tanpa aku sedari. Pastu entri aku pun mula kearah bangga diri dan kearah yang mempamerkan keriakan ! Arghhhh.. Takmooo.. Dosa tuuu..









  • Sebab ketiga


    • Yang ni memang aku tak berkenan, aku taknak nanti orang senang salah anggap dengan segala perbuatan aku, baik di realiti mahupun di dunia blog ni. Pastu timbul la acara serang menyerang dan balas membalas ! Huuuu .. Takutttt !











            Hehe.. Aku harap korang paham ye, kenapa aku taknak popular ! Hehe.. Sebab aku nak kekalkan diri aku yang sekarang, berblogging dengan tenang, kawan pun ramai, dan yang penting, aku tak mengejar populariti tu. Cool sudah.. Aku nak popular di akhirat tu ! Tu yang utama !! 

















Read more »

3 Pepatah Dunia Blog !









         Yuhuuuu.. Aku sedang menyapu minyak cap kapak ni dekat kepala. Sambil sambil tu, titisan ia mencerobohi ruang ruang mata aku yang mengakibatkan aku dilanda kesepetan mata yang bernama "sepetdahmataku mokoside" hehe..



           Sambil sambil aku mengkenyit kenyit mata untuk memberi laluan cahaya masuk ni kan, jum kita tengok pepatah yang sering digunakan dalam dunia blog ! Yupp.. Benda ni selalu jadi ! Alaaa.. Jum je la.. Tengok je okeh.. Layannnn !








  • Pepatah 1 


    • I Follow U, U Follow Me !








  • Pepatah 2


    • Kalau takde Entri tentang I, Masakan refferal I naik nama U !









  • Pepatah 3 


    • Geng baru di promotekan, geng lama terbiar kesepian ! 











            Erkk.. Jangan terasa okeh, ni adalah hanya secebis nukilan idea aku yang datang secara tiba tiba ! Hehe.. Aku rasa, tak perlu kot aku nak jelas kan. Hehe.. Tentu korang boleh paham kan? Hehe.. Try teka, dari mana pepatah ni di klonkan? Hehe.. Sapa dapat jawab, aku bagi 5 butir batu seremban ! Haaaaa.... Lumayan tuuuu.. :P









Read more »

3 Jenis Makanan Pagi Kegemaran Aku !









             Assalamualaikum dan selamat pagi ! Wohooo. Ayuh mulakan pagi dengan senyuman nampak gigi ! Hehe.. Tak kira la bagaimana bentuk gigi anda sekali pun, ia tetap akan merembeskan aura keceriaan pada orang sekeliling. Tak caya? Try gi senyum kat jiran jiran tetangga kejap.. Hehe..



              Okeh, di pagi yang hening ni kan, kita perlukan breakfast ! Yup.. Seperti dalam iklan kesihatan tu kan, breakfast tu adalah sesuatu yang sangat bagus !  Hehe.. Ia membuatkan kita bertenaga dan sihat ! Aku? Semestinya kena amik breakfast ni. Itu pun kalau aku bangun awal la, kalau tak, memang ke petang la breakfast ni. Hehe..



               Dalam entri aku kali ni, aku nak senaraikan 3 jenis makanan pagi atau breakfast yang aku memang suka makan ! Diorang adalah..








  • Nasi Lemak 


    • Nasi berlemak ni menjadi kegemaran aku sejak kecik kecik lagi ! Hehe.. Entah kenapa entah , aku amat bernafsu bila makan benda ni. Even Nasi lemak biasa sekalipun, ia tetap sedap ! Hehe.. Dan jugak, ia membulatkan badan kita wooo








  • Cucur Badak 


    • Cucur berbentuk bulat comel comel ni kan, memang enak kalau dimakan timepagi dinihari. Hehe.. Ia tidak mengandungi seekor pun badak ! Hanya lah isi udang dengan kelapa ! Sedap wooo.. Hehe..









  • Roti Salut Planta dan susu pekat.


    • Ermmm.. Ni resipi terbaik kalau nak cepat. Roti disalut planta dahulu, kemudian sapukan dengan susu pekat. Memang terbaik ! Hehe.. Boleh gak dijadikan menu untuk berpiknik. Sedap woo.Tambah tambah bila dicicah dengan Milo tarik ! Terangkat kening beb ! Hehe..








       


         Amacam? Ada persamaan dengan korang tak? Hehe. Breakfast, breakfast jugak, tapi jangan amik banyak banyak la. Karang mengantuk berpanjangan kang, jadilah macam aku ni sekarang ! Hehe.. Nakkk?











Read more »

Camna Aku Nak Follow Kau Kalau...











              I Follow U, U Follow la I balik tau.. Janji ? 





             Arghhhhhhh.. Kegedikan berleluasa di situ. Dan aku membenci sekeras kerasnya gedik terlampau itu. Haha.. Confirm korang pernah mengalami style ajakan sebegini bukan? Ecehh.. Camna korang mengatasinya? Hehe..



             Well, aku bukan nya jenis blogger yang bertepuk lebih guna sebelah tangan je. Maksudnya di sini adalah, sesapa yang lawat blog aku, baca ka, drop komen dekat shoutbox aku ni InsyaAllah aku balas jika aku mempunyai ruang dan internet yang okeh dan laju !



              Tetapi, sekali keluar statement iras iras statement sebegitu.  Haihhhh.. Apa lagik, perasaan serba salah pun menjelma la dalam diri dan sanubari aku ni. Dan apabila ia sampai ke otak, perasaan teragak agak pulak dilahirkan. Hehe..Kan dah babitkan dua perasaan disitu . Hehe..



              Aku boleh follow balik, bukan susah pun klik je butang FOLLOW dan Zupppp ! Aku officially bergelar FOLLOWER kepada sesuatu blog. Tapi kan, camna aku nak follow kalau ..






  • Gaya penulisan yang gedik segediknya seperti 


    • Hayi ini aye ergi ke kedai . aye bheli katak kodok. Euwwww.. Itew geliw kotak kodok. !





  • Warna blog yang amat terang sehinggakan membutakan mata semut aku !





  • Dialog box yang menggedik seperti 


    • Hi, mak saya cakap kena singgah selalu !

    • Eh, tolong klik lagi sekali, 

    • Eh silap tu, yang ni la 

    • Haaa.. Terima kasih ! <-- setelah bertungkus lumus klik ! 









                  Itu semua amat lah menyusahkan pembaca, dan jugak diri sendiri. Ye lah, try tuan empunya blog nak preview ke, cek ke, kan ke susah. Hmm.. Jadi, ini bukan lah entri untuk melemah kan semangat korang okeh, dulu aku pun lebih kurang camtu time memula bukak blog ni. Tak caya? Try tengok entri entri awal aku tu. Haha.. Nasihat aku adalah, tujuan korang publish setiap entri,  confirm la nak bagi orang baca kan? takkan la alien nak baca kan. So.. Bayangkan la korang ditempat pembaca korang tu. Tak ke susah? Hehe..



                 Itu saja bebelan aku di petang Ahad ni. Aku nak gi mengketedarah nasi ayam jap ! Laporrrr.. Nanti jumpa lagi tau. Take care !







Read more »

Entri 1 : Kenapa Cinta Selalu Ditolak !













           Assalamualaikum dan selamat pagi ! Wohoo.. Dah pagi ! Mana bunyik ayam ni? Haha.. Ayam takdak kat Shah Alam okeh ! Aku je mereng wangsamaju kejap ! Hehe.. Ini adalah entri pertama dalam Cabaran 10 Entri : Battle of Idea's ! 



             Memandangkan ini adalah entri pertama aku dalam cabaran 10 entri ni, aku nak berjiwang kejap. Hehe.. Boleh la kan, sebab sekarang ni aku duk usha usha kat FB aku tu semua pakat pakat ingin bercinta. Hehe.. Ecehh.. Malu malu plak padahal mahu ! Hehe..



              Aku? Aku takyah cerita la kan, memang korang semua dah tau aku tak singlet kan? Haha... Hati aku dah ditawan okeh. So... Lupakan tentang aku jap, sebab aku nak bagi tau kenapa cinta selalu ditolak ! Hehe.. Padahal, hensem , cun semua dah cukup, tu belum kira duit dalam dompet berkepuk kepuk ! Tapi, still kena reject. Kenapa eh? Meh aku cerita berdasarkan pengalaman aku. Hehe.. Pakcik kan dah berusia nak oiii ! Jum layan...







  • Cinta tak perlukan kesempurnaan. Sebab , kalau terlalu sempurna, kita tak mempunyai ruang untuk menutup kekurangan pasangan kita. Yelah, try bayangkan, serba serbi cukup, pandai masak , pandai itu ini, kat mana kita nak tolong dia? Jadi, hubungan tu akan cepat hambar ! Jadi, kalau kita dah berusaha segala mungkin untuk memiliki seseorang itu, dan dia still takmo, baik lupakan, dan pergi kepada yang menanti. Nescaya korang akan lebih bahagia. Hehe





  • Jangan gedik berlebihan. Hmm. Ni ramai yang buat ni. Ye lah, bila kita dah suka seseorang, dan dia bagi respon sikit. Time tu mula la kita beria ia nak dapatkan dia. Kita belikan itu ini, bertukar nada suara lebih manja dan mula berubah penampilan semata mata untuk si dia. Tahukah korang, cinta itu perlu lahir dari diri anda yang semulajadi. Tanpa meniru atau mengubah diri anda menjadi orang lain. Itu baru cinta ~





  • Jangan gopoh gapah. Apabila kita mencintai seseorang, confirm la kita nak memiliki dia secepat mungkin.dan tahu tak korang yang, makin cepat korang nak dapatkan dia, makin banyak kesilapan korang lakukan tanpa korang sedari. Hehe.. Contoh? Aku rasa korang boleh fikir kot ! Hehe.. 





            So. Kalau takmo cinta ditolak, baik jauhi perkara diatas ! Hehe..







Koyok ditempek :  Entri kedua menyusul selepas ni ! Check it out !!! =)
 






Read more »