Tampilkan postingan dengan label isu semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isu semasa. Tampilkan semua postingan

Senangnya Menghukum Orang !









Assalamualaikum.. Selamat pagi wahai pembaca yang sedang mengonlinekan diri.. Dah breakfast? Belum eh? Jom breakfast jom ! Haha.. Kalau la hologram tu ada kan ke best.. Hehe.. Boleh bertemu secara virtual woo.. Jadi, senang la sikit nak mencari kawan kawan baru.. Hehe..





Well.. Pagi ni di Kuantan agak sejuk, kabus still ada lagi sampai sekarang. Maybe sebab semalam agak kehujanan kot. Sejuk sejuk camni memang membuatkan kita rasa macam nak tido je kan? Tambah tambah lagi dengan bantal, katil yang seolah olah memanggil manggil untuk dimanja. Ecehhh..





Aku nak share cerita dengan korang nih, pagi tadi , aku gi la hantar adik aku gi sekolah kan, balik tu kebetulan perut ni terasa nak nasi lemak. Lalu, lepas je hantar diorang, aku pon drive la gi gerai nasi lemak yang agak dekat dengan rumah aku ni.. Lagi pun nasi lemak tu murah je.. RM1 je sebungkus.. Sedap pon sedap.. Hehe..





Waktu aku tengah tunggu turn untuk dapat nasi lemak tu kan, aku terdengar makcik makcik ni dok bergosip. Well.. Biasa la kan, perempuan dengan gosip gosip ni memang dah macam darah daging kan? Hehe.. So.. Aku pun pasang la telinga.. Kalau aku tak pasang telinga pun, confirm dengar jugak.. Sebab diorang dok cakap tu sikit punya loudspeaker pulak.. Sampai hujung jalan pun boleh dengar lagi.. Huhu..





Diorang dok bergosip tentang laki seorang makcik nih, bekas penagih yang baru keluar dari pusat pemulihan. Si makcik dua dua ni dok kutuk kaw kaw punya.. Siap cerita lagi epilog kejahatan yang dilakukan oleh si laki ni dahulu kala. Macam macam cerita aku dengar, mencuri ada, merembat buah orang, dan macam macam lagi la.. Huhu.. Tetiba aku rasa macam aku duk kat kedai kutuk mengutuk pun ada. Haha..





Lepas tu, dalam tak habis lagi dok bergosip, datang makcik ketiga ni. Makcik ketiga ni lebih kearah neutral sikit.. Dia dok pertahankan yang laki nih dah berubah banyak dah sejak masuk pemulihan .  Dah solat kat masjid, dah ada pekerjaan tetap.. Tapi yang makcik dua dua tu bermatian matian dok kutuk balik.. Cakap yang laki tu berlakon je, tipu la itu la ini lah.. Haihhhhh...





Aku yang dok tengah tengah tu kan, tetiba rasa macam nak amik telur rebus lapan bijik, pastu makan , pastu kentut semerdu merdu nya kat makcik makcik yang dok bergosip tuh.. Dah la aku sorang je laki kat situ.. Terjebak pulak dalam kancah pergosipan.. Hehe.. Serius aku dipersimpangan delima time tuh..





Lepas aku dapat nasi lemak aku kan, aku terus blah dari situ. Dalam kereta pulak aku duk terfikir tentang gosip makcik tu. Ya.. Makcik makcik tu dah berjaya mempengaruhi kotak fikiran aku.. Haha.. Aku terfikir yang, layak ke makcik makcik tu nak menghukum laki tu? Kalau betul la laki tu dah berubah, kenapa nak dipersoalkan perubahan itu? Haihhhhh...





Haa.. Lagi satu, kesalahan lepas yang dilakukan laki tu tak patut woo diungkit balik.. Benda dah lepas, lepas lah, memang la mendatangkan kesan dalam, dan orang akan ingat.. Hmm.. Tapi bagi aku, setiap manusia mana la sempurna sangat, sebaik baik dan sejaga jaga mana pun mesti ada buat silap  punya.. Mesti ada tergelincir jugak.. Dan.. Sepatutnya, makcik makcik tu menyokong perubahan laki tu, bukan dok kondem ! Haihhh.. Kan aku dah tergosip jugak.. Adehhhh..





So.. Last word untuk entri ni adalah, memaafkan itu adalah satu perkara yang mencucikan hati.. Kita kena ingat yang kekadang, kita ada gak buat silap tanpa kita sedar.. Kita maybe tak nampak, tapi mesti ada orang lain yang nampak woo.. Jadi , jangan senang senang hukum orang sewenang wenangnya.. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat dia, inikan kita yang hina ni.. Renung renungkan yeee.. :)









Koyok ditempek  :  Maaf zahir batin kengkawan ! :)







Read more »

Proton Espire ! Model Proton Terbaru !







Assalamualaikum.. Entri kali ni, aku nak perkenalkan pada korang tentang model Proton terbaru nih.. Aku tau ramai yang dah tau kan? Tapi, aku nak bagitau jugak pada pembaca yang taktau lagi tentang model Proton terbaru ni. Lagi pun, aku salah sorang dari berjuta juta lemon peminat kereta kebangsaan kita ni. Bangga woo..





Okeh.. Model Proton terbaru ni diberi nama Proton Espire. Proton Espire ni tak keluar lagi kat pasaran. Pihak Proton gak dikhabarkan bagi bagi peluang kat pengunjung event GLC untuk adjust kaler kaler dia.. Cool kan? Hehe.. Tetiba aku pulak rasa excited.. Haihhh..  Dalam mimpi jela aku boleh bawak kau Proton Espire.. Kat realiti ni memang tak dapek den nak nolong eh..





So.. Jom kita tengok bentuk rupa dan kestyloan Proton Espire nih .. Aku dah jatuh cinta sama kau Proton Espire ! Seriussss !!









Merah membara semangat waja <-- Asal rasa macam lagu nih.. Haha








Serius aku nak kau !!! Grrr.. 








Soo... Apa macam pendapat korang? Terjatuh hati tak pada Proton Espire nih? Kongsikan pendapat korang kat ruangan komen bawah ni okeh.. Aku nak solat Maghrib jap.. Selamat bersolat !! :)








Koyok Ditempek  :  Kalau aku tak geledah blog Paultan.org, aku taktau langsung tentang ni.. Haha :P


Read more »

Untuk Awak ..





Assalamualaikum.. Err.. Aku nak sharekan something yang amat lah best.. Ia dari Iluvislam.com.. Bagi yang bercouple tu baca la ye.. Hehe.. Tak rugi pun korang baca.. Dan untuk awak, artikel ni lah yang membuatkan saya buat tindakan tu.. Saya harap awak baca.. =)


******


Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.
"Aleesya likes a link."
Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :
Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."


Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."








Koyok Ditempek  :  Saya harap awak baca entri ni.. Ia adalah sebab kenapa saya buat semua ni... Saya taktau camne nak jelaskan, tapi.. Ni lah kata hati saya.. : (








Read more »

Berani Tak Korang Main Tenis Kat Sini?





Assalamualaikum ! Holaaaa ! Wohoo .. Agak kepenatan sikit diriku ini.. Berlari lari anak mengejar motor aiskrim untuk menukar batang aiskrim semalam kepada aiskrim free lagi satu.. Haha.. Tu pun nak bagitau kan? Alalalala.. Sekurang kurangnya kan, satu masa nanti  bila aku dah tua dah. Boleh gak aku tunjuk kat cucu cicit aku apa itu aktiviti sengal yang dilakukan oleh atuk depa nih. ! Haha.. Dan blog ni maybe jadi sumber buku teks depa kot. Err..





Dalam entri ni, aku nak bawak korang gi Dubai ! Haaa.. Dubai .. Obersee tuu.. Korang takmo pi obersee? Haha.. Kalau nak jom follow aku tanpa perlu membayar satu kupang pun..





Kenapa nak gi Dubai? Ermm.. Sebab, kat Dubai ada bangunan tinggi gedabak yang bergelar Burj Al Arab.. Alaa.. Hotel yang unik gila gila tu.. Haaa.. Dan kat Dubai jugak ada satu tempat untuk pengemar sukan Tenis ! Tapi kan, sebelum tu, berani ke korang nak main kat sini? Errrrr.. Sebab.. Sebabbbb.. Korang tengok la gambarajah dibawah ni okeh? Zasssssssssss..























Haaa.. Berani tak? Haha.. Aku memang tak la kan.. Sebab aku ada ketakutan pada ketinggian.. So.. Nanti aku mula la merasa kepeningan teramat.. Huhu.. Well.. Nak lagi info? Klik je SINI okeh? Aku pun nak gi kedai jap, nak beli shuttlecock, petang karang ada game badminton dengan adik aku.. Jumpa lagik jap gi !! :)




Read more »

Video Upin Dan Ipin Yang Sedih !









Assalamualaikum ! Selamat pagi !! Erm.. Pepagi cenggini , aku sebenarnya gemar mengusha usha burung burung berterbangan, semut semut mula mencari rejeki dan jugak cicak start tidoq. Hehe.. Tapi pagi ni lain sikit,  sebab aku terlayan pulak Video Upin dan Ipin ni.. Entah camne tah, aku teraccident klik dekat website Upin dan Ipin ni dan terusha satu video dari Upin Dan Ipin yang memang la dah diketahui cool dan awesome .. 




Tapi kan, video Upin Dan Ipin ni bukan je cool plus awesome je, ia jugak agak sedih ekceli meli..  Aku takmau cerita selanjutnya kat hangpa hangpa nih... Sat lagi takdak dah seperaisss !! Haha.. Hangpa mesti tengok tau video Upin dan Ipin kat bawah ni ja.. Serius ia memang mengasyikkan.. Hehe.. Jom layan Video Upin dan Ipin yang bertajuk Ikhlas Dari Hati ! Macam aku la ikhlas ni kan.. Errr.. 






Video Upin Dan Ipin - Ikhlas Dari Hati




Bahagian 1








Bahagian 2








Bahagian 3












Err.. Dah tengok ? Best kan? Hehe.. Well well west.. Upin dan Ipin ni memang terbaik laaaaaaaa.. Sapa sokong sila potong rambut macam Upin dan Ipin ni okeh? Ada berani? Hihi.. Okeh la aku nak gi cakap dengan pokok pokok jap ni.. Adiossss ~






Koyok Ditempek :   Kalau aku buat animasi sendiri, aku buh nama Udin dan Idin ! Haha.. Baru ada syokk.. Ada fight. :P




Read more »

Tak Semua Boleh Dijelaskan.

[peaceful]




Assalamualaikum.. Hoho.. Aku agak angin sikit dengan Encik Facebook ini hari dan semalam dek kerana permasalahan beliau yang tak bagi aku komen, cek noti , view page orang , like dan jugak update status. Haihhhh.. Aku rasa, aku sempat post satu status je hari ni. Nasib baik la ada link dari blog aku ni yang memang auto post ke Facebook aku. Aku rasa tak complete pulak tak ping kat sana.. Huhu..





Hmmm.. Apa eh aku nak taip dalam entri ni.. Haaa. Setiap manusia yang wujud di muka bumi Allah ni kan mesti la takleh lari dari problem kan. Sapa takdak problem? Habaq mai aku, boleh aku belanja makan mamee lapan paket.. Haaa.. Setiap orang dengan problem masing masing.. Tak kira la problem itu kecik ciput ke , besar gedabak ke kan.. Ia tetapla bernama problem.. Kan kan?





So.. Kekadang jugak kan, tak semua problem kita ni boleh di"share" dengan orang lain. Serius.. Lain orang lain problem dia woo.. Dan, lain jugak cara penyelesaian dia.. Betul tak? So. Pada korang yang ada kawan yang nampak macam ada problem tu kan, jangan la memaksa dia bercerita tentang masalahnya.. Bagi la masa kat dia untuk pulih dan insyaAllah, dia sendiri akan datang story kat korang punya.. Hehe.. Kan ke lebih afdal gitu? Hehe..





Well well west.. Aku pon nak gi solat Maghrib sat.. Last word from eden, walau apa pon problem yang kita hadapi, ia mesti ada penyelesaian punyaaa.. Lagi best kalau korang mengadu kat Allah.. Korang confirm rasa tenang dan InsyaAllah kalau diizinkan, Dia bagi korang "cahaya" untuk mengharungi masalah tu.. Hehe. Aku chow dulu eh.. Chow yun fattt ! :P
Read more »

Aku Nak Tanya Nih ..





Assalamualaikum .. Ahad menjelma lagik ! Amacam hari Ahad ? Aku okeh je, baru je lepas bawak adik adik main boling dan jalan jalan ! Hehe.. Nak gi beraya cam malas pulak.. Tengok la jap lagi camne, kalau aku rasa rajin, aku pi la beraya sambil menggoda tuan rumah supaya memberikan sampul berisi wang ringgit itu ! Hehe..





Entri ni agak ringkas sebenarnya, saja nak ajak korang menjawab soalan aku.. Hehe.. Nak tahu eh soalan aku ? Okeh, soalan aku adalah ...





" Kenapa sesetengah blogger susah nak tinggalkan komen pada blog orang lain ? " 






Tu jeee..  Jawapan korang sila bagi di ruangan komen okeh? Semua jawapan korang akan dipublish dalam entri selepas nih ! Hehe.. So.. Simple kan? Hehe.. Hmmm.. Kenapa eh ? Mengapa ? hehe.. Jawab ye Cik Senah dan Encik Sood sekalian !! Aku tunggu jawapan korang okeh ! Eh.. Terima kasih tau kalau korang jawab soalan aku nih ! :)
Read more »

Projek Aku Di Sabtu Hari !











Assalamualaikum !! Sabtu dah kan ini hari? Mesti penuh aktiviti korang kan? Ada yang nak pi beraya, ada yang nak pi dating, ada jugak nak pi kenduri dan macam macam lagi la kan.. Hehe.. Aku? Hari ni, oleh kerana semalam adik aku yang montel darjah 5 tu bertanyakan soalan,





"Ngah, sok kita nak buat apa eh? Jalan jalan nak? Main boling ke, ... "




Lalu, aku telah berjanji, kalau takde aral melintang, nak bawak diorang jalan jalan, main boling sebarang dua dan jugak buat unggun api di pantai.. Well..  Aku pun suka gak main api ni.. Haha.. Sangat sweet okeh kalau buat unggun api kat pantai sambil tengok budak budak ni main air. Sambil tu angin sepoi sepoi bahasa meniup.. Perghh.. time tu tenang je woo.. Try la buat.. Mesti best ! Hehe.. Ala ala Survivor gitu..





Kekadang, aku tengok la kan, hubungan antara adik beradik zaman sekarang ni dah agak kurang mesra. Yang si abang, sibuk dengan aktiviti sosial, yang adik buat kerja sendiri.. Hmmm.. Tapi.. Alhamdulillah la, hubungan aku ngan adik beradik aku still maintain sama macam time kecik kecik.. Hehe.. Ni semua berkat mak dan jugak abah aku la nih. Kalau tak, takkan la jadi begini..  Ecehhhh..





Jadi , dalam entri aku ni, aku nak habaq mai, eventhough kita ni dah dikira tua bangka kan, tak semestinya kita ni boleh abaikan adik beradik kita. Jangan biarkan diorang sendirian.. Hmmm.. Kekadang jugak, tak salah pon jadi macam budak budak demi melayan karenah adik adik korang yang masih kecil itu.. Comel dowhhh ! Haha.. Dan lagik satu, walaupun masing masing dah besar kan, try la ambik masa sama sama buat benda gila gila ke, geletek kakak korang ke, usik mengusik ke, main kejar kejar ke, usik mak abah korang ke, dan banyak lagi la benda seronok yang tak perlukan duit pun.. Sapa kata keseronokan itu mesti dengan wang ringgit? Hehe..





So.. Aku pun nak bersiap siap ni, aku nak cakap apa eh.. Adehh.. Lupa lak .. Haaaa.. Keluarga umpama satu dulang yang ada banyak makanan. Kalau kita sorang sorang je yang menikmati makanan tu.. Best tak? Tak syiok kan?  Hehe.. Cuba try korang satu keluarga makan dalam satu dulang yang sama ! Seronok wehhhhh ! Renung renungkan dan selamat bercuti !! :)







Koyok Ditempek  :  Aku pemalu.. Okbai ! :P
Read more »

Cinta Sampai Mati !



SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.


Sumber dari Kosmo.




Koyok Ditempek  :  Betul betul " Romeo dan Juliet " ni.. Haihhh.. Senang sungguh penyelesaian .. 


Read more »

Krim Kekal Cantik Selalu !

Assalamualaikum ! Anda inginkan muka yang anjal, pejal, kejal dan jugak mantappp? Ingin jugak kelihatan muda senantiasa? Bercahaya , berseri dan ber ber ber lain lagi? Jangan risau mudah saja tu.. di Sengal Zone, kami ada jawapan bagi semua itu.. Hehe.. Terima la produk terbaru dari Sengal Zone ! Iaitu krim Kekal Cantik iaitu Sengal - Da ! Krim yang mampu menegangkan kaki dan jari jemari anda.. Jeng jeng jeng... Saksikan laaaaa ( Gaya Iwan dangdut )







Krim Sengal - Da 





" Kecantikan itu mudah dikecapi dengan ada nya Photoshop ! "








Hehe.. Nak order? Boleh boleh, taip Sengal-da dan hantar ke NO JIRAN anda.. Okeh? Selamat hari Jumaat !!!! Okbai !






Koyok Ditempek  :  Aku pakai Fair and Lovely mak aku punya tadi.. Mana la tau, kot kot transform jadi Lee Min Ho kan.. Err.. Bangga kejap.. Miahahaha.. :P


Read more »

Kenapa Jadi Silent Reader?





Assalamualaikum !! Om nom nom nom.. Aku sedang menjamah karipap mini ni, sambil sambil tu dok usha cite annoying orange kat Youtube ! Serius weh, kalau korang makan karipap mini sambil usha annoying orange tu kan, korang akan rasa macam itu tayangan 3D ! Miahaha.. Try la kalau tak caya ..





Okeh, petang petang gini entri aku tentang SILENT READER ! Haaa.. Aku pon salah sorang darinya ! Okeh, aku ada senaraikan beberapa sebab kenapa orang lebih gemar jadi silent reader / pembaca senyap dari komen atau berceloteh dengan tuan empunya blog. Sebab sebab ni dari sudut pandangan dan pemikiran aku  tau..









Kenapa jadi SILENT READER wahai tuan hamba?


Blogger A  :  
"Sebab I minat kat dia, nak komen I segan yu, dapat  baca pon jadi lah.. I secret admire dia tau ! Shhhh.. "




Blogger B  :
" Alaaa.. Aku bukan apa pon, nak tengok sejauh mana blog tu boleh pergi.. Boleh tak dia celen aku .. Haha"




Blogger C  :
" Saya jadi silent ni bukan pa, saya tak reti nak komen apa. Kekadang entri dia ni buatkan saya terpaku dan speechless.. Tu la saya jadi silent reader tu.. "




Blogger D  :
" Well.. Aku jadi silent reader ni sebab aku nak tengok kesalahan yang si polan tu buat. Senang sikit aku nak buat entri jatuhkan beliau . Haha "




Blogger E  : 
"  Style aku dah memang camni, nak buat camne? "




Blogger F  :
" Erm.. I pulak sebab I nak tau apa punca blog dia jadi hebattt dan hot.. Senang sikit I nak ciplak resipi blog dia. Ngeee.." 




Blogger G  :
" Sebab , aku mencintai dirinya senyap senyap.. Nak tau jugak perkembangan dia.. Nak luahkan , 
takut kena rejek dowh.. Malu la nanti.. "




Sengalman :
" Silent reader tu pembaca senyap kan? Mana ada orang baca blog orang sambil menyanyi kan ?
Ada? Ada? Hehe.. Jadi, aku menjadi silent reader ikut situasi la.. Kekadang , entri korang sangat suberb !! Aku speechless tahu? Hehe.. Err.. "




Haaa.. Kenapa kamu jadi SILENT READER wahai pembaca yang dok baca sambil makan kuaci tu? 
Hehe.. Jawab jawab..






Read more »

Antara Kerjaya, Potong Rambut Dan Dot Dot Dot..





Assalamualaikum !! Uihhhh.. Dah tengah malam rupanya.. Seharian meninggalkan blog aku ni.. Adehh.. Mesti beliau menangis keselaptopan kan ? Haha.. Okeh, Ekceli, bukan sengaja nak meninggalkan beliau, tapi dek kerana badan dan mata mencemburui hubungan aku dengan blog aku ni.. Sebab tu blog ini tidak terupdate ! Miahaha..





Well.. Hari ni, aku telah menghadiri interview buat kali ke 9 di Hotel Vistana Kuantan.. Jawatan? Ermm.. Housekeeper je ! Haha.. Tak la, Housekeeping !!! Alaa.. Kemas kemas bilik tu.. Hmm.. Nak cakap camne eh tentang interview hari ni.. Sama je macam interview sebelum nya.. Ayat klise yang dah banyak kali aku dapat.. Alaaa.. Ayat yang depa tu akan menghubungi aku di suatu saat nanti.. Err.. Macam lagu plak.. Tapi tu hakikat woo.. Takpe la kan, aku dah try dan try dan try kan.. Ada rezeki ada la.. :)





So.. Lepas pada tu, aku dan adik aku pon pergi la merewang di East Coast Mall tu ! Jalan jalan, kejar orang nek eskalator, pukul kusyen merah ! Dan jugak sesekali, aku dan adik aku pergi mengusha iklan pakaian wanita yang ada di situ.. Errr.. Syiokk woo.. Mencuci mata dengan treatment yang terbaik !. Haha..





Tapi ada jugak benda tak best yang terjadi.. Aku pi la potong rambut !! Arghhhhh.. Dengan berbekalkan duit raya yang dah tinggal RM 40 hengget ni, aku pon masuk la satu salun ni.. Tengok kat depan cermin tu, harga dia takde la mahal mana, sekali potong RM 18 ! So, kalau ditolak, ditendang, dilempang duit aku ni, ada la lagi balance dalam RM 22 kan? Boleh la hamba makan KFC secubit dua.. ! Tak gitu?











Tapi, setelah dipotong dan di cuci kepala oleh amoi yang keding tu kan, memang la cun rambut aku, tapi sedihnya, ia tidak menepati kriteria Lee Min Ho aku ! Demnnn.. Rambut aku jadi tersangat la pendek seperti orang baru pergi berjuang di dalam perbatasan ! Haha.. Tak pe la,  aku redha saat tu.. Yang menghanginkan aku adalah, bayaran dia tu bukan RM18 seperti digembar gemburkan..  RM 35 ! RM 35 weh !! Korang cuba try buat bentuk lazim kira kira RM 40 - RM 35 jap .. Brapekah jawapan nya tuan puan cik encik?  Haaaaa..





Jangan bagitau aku berapa jumlah wang terkumpul aku tu okeh ! Aku dah tak larat melihat kepingan hijau dalam dompet aku nih ! Haha.. Kesian tak aku? Duit raya tu weh !! Huhu.. Tapi tak pe la, duit Nuffnang aku dok kumpul kumpul nak beli Digivice ( Alat Digimon ) tu masih lagi sedang meningkat dengan jaya nya.. Haha. Adalah jugak dari takde kan.. Syukur !!





Well.. Story ke tiga pulak hari ni , aku baru je dapat emel dari salah satu website yang agak terkenal la.. Terkezut pakcik, katanya, beliau berminat dengan blog aku ni dan beliau nak kerjasama dengan blog aku ! hmm.. Kerjasama apa? Erm.. Rahsia  boleh? Surprise laaa sikit kan.. Yang penting, ia tak babitkan duit ! Kira macam suka sama suka la ni.. Macam berjiwang jiwangan laaa.. Hehe.. Takpe la, aku pon bukan nya pentingkan wang ringgit pon.. Bukan nya duit boleh beli segala gala nya kan? Hehe.. Alhamdulillah.. Rezeki itu tetap ada.. Hehe..





So.. Aku rasa macam aku dah tulis karangan untuk SPM je ni ! Panjang bebenor !! Haha.. So.. Aku undur diri dulu okeh, nak gi cari semut semut untuk dikawinkan dengan semut perliharaan aku ni ! Jaga diri dan selamat berblogging ! Chowww !!









Koyok Ditempek  :  Gambar aku atas sekali tu tergedik dengan sengaja ! Haha.. Dirakam menggunakan kamera berresolusi tinggi, tu jadi blur tu ! Lalalala :P Lee Min Ho pon dengki woo !



Read more »

Blog Aku Dikomen Oleh Interviewer !




Gambar 1st time aku start blogging dulu.. :D




Satu hari time interview di salah satu advertising company di Kuantan ni.. Setelah dibelek belek resume aku yang berwarna pink tu .. Dan jugak setelah disoal siasat dalam bahasa rojak yang penuh kuah kuah rojak melekat di pipi aku.. Aku ditanyakan satu soalan yang agak tuff ! Meh tengok dialog di bawah ni..





Encik S : So.. U ni blogger eh? boleh I Cek blog / website U ni tak?


Aku  :  Boleh boleh, sila la encik..




Pastu Encik S pon mengodek godek dan menekan nekan keyboard Mac yang tersergam indah di sisi beliau.. " Kalau la aku ada Mac " kata sanubari aku mengomel sendiri.. 




Encik S :  Sengal Zone? Sound interesting.. Tp.. Sengal bukan lawak ke?


Aku : Ye Encik , sengal adalah satu cabang lawak yang sempoi..


Encik S :  Tapi, blog U ni tak berapa lawak la.. Kalau U add up "something" yang boleh spice kan dia mesti lagi best.. 


Aku  : Ermm.. Add up something? Ajinomoto ke? Hehe.. 


Encik S :  Yaa.. U add up something.. U buatla lawak 18SX, ala ala lucah sikit.. Baru la ada umphhhh... Lagi pon, kita laki kan, mencarut, melucah suma dah sebati, jangan kata U tak buat semua ni.. Keh keh keh..


Aku  : Well.. Saya memang la buat semua yang Encik katakan, tapi bukan dalam Sengal Zone.. Sorry Encik..


Encik S :  Erm.. Well .. Boleh saya tau kenapa? blog lain boleh je buat.. (Sambil menyebut beberapa nama blog yang memang lapan belas juta kali lebih hebat dari blog aku) 


Aku :  Sebab.. Encik, Dosa saya kat luar ni pon saya tak tau terampun ke tidak lagi, ni nak tambah dalam hasil penulisan saya. Kalau saya mencarut , melucah , mengutuk semata mata nak buat lawak, nak buat orang tergelak.. Saya maybe berjaya. Tapi kat dunia ni je.. Hasil penulisan saya akan kekal dan semakin ramai orang yang suka , semakin ramai orang yang baca maka semakin banyak la jugak dosa yang saya tanggung ! Hehe.. Saya takmo dosa jadi macam hutang PTPTN saya.. Saya tak boleh buat camtu.. Bukan prinsip saya dalam blog camtu.. Sorry.. 


Encik S :  Hmmmm.. Okeh.. U boleh balik, nanti kami akan call U within a week.. Thanks.. 


Aku :  Okeh.. Tenkiu very da much Encik ! =)




Kemudian setelah 15 hari, 2 jam 13 minit berlalu, tiada panggilan jugak.. Sama macam 8 interview terdahulu.. Hehe.. Begitu la nasib penganggur yang menanam anggur secara pukal ! Tapi, aku still percaya "rezeki" itu Allah dah prepare untuk aku secara surprise ! Hehe.. Just tunggu masa je dan yang penting never giv up ! 






Koyok Ditempek  :  Kekadang aku terpikir nak tutup Sengal Zone, pastu bukak blog Udeen Zone ke, Ding Dang Zone ke.. Haha.. Boleh tak macam ni? :P


Koyok Ditempek II :  Kekadang jugak aku rasa nak makan tam tam.. haha :P


Koyok Ditempek III :  Teringat motto blog aku.. Bukan sebarang Sengal ! =)




Read more »

3 Cara Nak Bagi Jiran Senyum Di Pagi Hari.







Assalamualaikum !! Morning morning peeps ! Ewahh.. speaking pulak di pepagi nan indah ni.. Haha.. Takpe, orang cakap speaking pepagi boleh menjadikan diri HOT ! So.. Mari berskipping.. Errr.. Mari berspeaking di pagi hari !!





Okeh, pepagi cenggini aku nak memberikan tips nak buat jiran anda tersenyum di pagi hari ! Alaaa.. Kita kan 1Malaysia, macam kat rumah aku ni la, belah kanan cina, belah kiri cina, belakang india dan aku pulak di tengah tengah ! Hehe.. Time raya hari tu sempat gak la bergelak ketawa bersama diorang.. Memang sempoi habes tatkala diorang datang beraya kat rumah aku.. Errr.. Rumah mak ayah aku.. Boleh dikatakan, tak rugi la mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga ni.. Siri eus oooo !





Okeh, tanpa membuangkan masa ni, jom tengok tips yang mampu membuatkan jiran anda senyum dipagi hari !! Versi Sengalman..







  • Di pagi hari, ketuk pintu rumah jiran anda dengan mengikut nada lagu anda suka. Ikut tempo dengan sekata tau. Ketuk tanpa henti yee sampai jiran anda bukak pintu.. Bila jiran anda tu bukak pintu rumah dia dan tanya korang apa yang korang buat. Korang cakap je yang korang rindukan jiran anda tu dan ketukan tu sebagai tanda kerinduan yang mendalam di pagi hari..  Confirm akan terukir kerutan kerutan berbentuk senyuman di bibir beliau kalau anda perhatikan dengan penuh khusyuk.. 



  • Apabila anda sedang menyiram pokok bunga, siram la sekali pokok pokok, kereta, ampaian, binatang peliharaan, satelit Astro dan bumbung rumah jiran anda. Alaaa.. Siram la ia dengan penuh rasa bangga sebab anda dah membantu meringankan sedikit bayaran bil air jiran anda. Mesti lepas tu jiran anda akan senyum tatkala melihat anda mundar mandir di depan mahupun tepi rumah beliau.. 



  • Pagi pagi, bila jiran anda nak pergi kerja kan, anda mesti ready dengan satu sepanduk yang menuliskan kata motivasi dan jugak perangsang ! Kemudian, anda readykan diri anda itu di tepi rumah beliau.. Berdiri lah disitu sampai jiran anda mahu memulakan perjalanan ke tempat kerja. Sambil berdiri tu , laungkan setiap bait kata kata yang tertulis di sepanduk anda itu dengan lantang, bertenaga, serta sekuat kuatnya.. Lebih afdal lagi kalau anda boleh mengegarkan satu kejiranan / kampung anda. Confirm sangat sangat lepas tu, anda akan menerima senyuman dari jiran anda setiap pagi ! :P







Amacam? Ada berani? Bukan susah pon kan? Hehe.. Jom buat jiran anda senyum berpanjangan ! Haha.. Err.. Okbai ! 










Koyok Ditempek  :  Teringat dulu, anak jiran sebelah rumah pernah melancarkan siri mengayat diriku ini.. Tapi tak dilayan.. sebab aku ni teramat la pemalu.. Hehe.. :P




Read more »

5 Design Calendar Yang Super Cool !

Haloo eberibodi ! Korang ada calendar tak? Mesti la ada kan? Hehe.. Tambah tambah calendar yang kat taskbar belah kanan tu kan? Ermmm.. Dekat side gadget pon ada gak calendar kan? Beraneka rupa lagi ! Well.. Aku tadi duk berjalan jalan dalam dunia maya ni kan, tetiba terjumpa design design calendar yang amat la cool ! Terbaik woo !





So.. Jom la kita usha 5 Design Calendar Yang Super Cool ni !! Serius memang cool sangat sangat ! Mesti korang akan teringin punyeee ! Jom tengok !!









Calendar Auto Koyak ! 
Calendar ni akan koyak kan kertas sikit demi sikit sampai la habis sehari. ;)










Calendar Gores Dan Menang !
Calendar yang memerlukan korang menggores hari yang dah berlalu.. Macam gores topup tu laa.. 










Calendar Dakwat !
Ni lagi cool, sebulan satu dakwat. Dan die auto serap mengikut masa. Makin habis hari, makin
nampak la tarikh dia ~










Calendar Cawan !
Korang perlu pusingkan je cawan ni.. Comel kot ! Hehe..








Calendar Mancis !
Setiap hari ada mancis untuk dinyalakan. Bila dah berlalu hari itu, boleh guna untuk bakar ubat nyamuk ke, buat lemang ke, bakar sampah ke. :P










Amacam? Tergoda tak sama ini calendar? Hehe.. Cool kan? =)








Read more »

Resipi Milo Ais Terbaik Yaw Aw Aw !

Assalamualaikum ! Selamat tengah hari ! Bertemu lagi anda bersama Chef Ding Dang dalam rancangan Masak Masak Kejadah Sengal Zone ! Hari ni saya selaku pemegang amanah Chef Chef antara Nigeria dengan ini nak bagi resipi SPECIAL kat you alls ! Uhuk uhuk.. ( Menepis bulu mata lentik masuk mata )





Resipi kita hari ni adalah Milo Ais Yaw Aw Aw ! Sebut Yaw Aw Aw tu mulut kena kasi muncong sampai ke dahi jiran sebelah ohkeh? Kalau tak muncung,  mandrum mandrim dia tak menjadi.. Resipi ni sesuai diamalkan ketika fajar menyingsing, ketika matahari di ufuk kiri dan jugak majlis majlis berkhatan.. Okeh, tanpa membuang masa jom tengok bahan bahan untuk resipi terbaik ini..





Resipi Milo Ais Yaw Aw Aw ! 






Bahan bahan nya ..


18 Sudu besar gedabak Milo.
5 kati Susu pekat manis 
Secubit gula / Semanis kurma
1 Gelas free Fresh n White.
Sudu anti berkarat / Stainless steel iron man.
Air yang HOT stuff..
Ais batu dari Antartika..






Cara penyediaan ..


Masukkan 3/5 kati susu pekat manis kedalam gelas free tu...


Kemudian renjis renjis dipilis gula secukup rasa.
.
Lepas tu, korang tuang air yang hot tu separuh je kedalam gelas sambil korang shoot gambar diri sendirik.. Wajib pose secara gedik gedik santai tau..


Setelah itu, masukkan sedikit demi sedikit Milo sambil menyebut Aw Aw Aw Yaw dan kacau sehingga diri kamu merasakan gegaran ala ala goyang gerudi.. Jangan lupa dik non, tinggalkan sikit milo tu untuk 
gerakan penyudah ( smackdown ) nanti tauuu... 


Lepas itu, masukkan beberapa ketoi Ais Antartika tersebut dengan penuh lemah gemalai..


Last sekali, taburkan baki milo tu sambil cakap 
" If you smellllllllllllllll... What the ____ is cooking !!" 

* Sila isi nama anda ye ! 
sambil guling guling dari dapur ke ruang tamu..


Maka siaplah resipi Milo Ais Yaw Aw Aw ! 








So. Apa tunggu lagi, jangan segan silu untuk mencuba okeh ! Hehe..






Koyok Ditempek : Hoho.. Aku lebih prefer Milo ais kat mamak dari kat kedai melayu.. Lebih pekat woo ! :D




Read more »

Kucing Terseksa Jiwa Raga !

TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.










PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.





Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.





Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.



“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.






“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.








Sumber dari Hmetro !









Koyok Ditempek :  Untuk penjelasan lagi jelas tentang kes ni , korang boleh add Facebook Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan serta blog Myanimalcare ! Gambar gambar kekejaman pusat penjagaan haiwan tu pon ada !



Read more »

Bezanya Raya Sekarang !





Assalamualaikum .. Bertemu lagi kita di kali ke berapa ratus tah dalam Sengal Zone ni..  Hehe.. Well well west.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nih.. Ecehh.. Maghrib maghrib ni tetacingan pulak.. Haha.. Ehem.. Kita kena la selalu menghargai kunjungan tetamu kan? Macam hari raya la jugak..





Ekceli celi celi...  Bila bercakap pasal hari raya ni kan. Aku dapat merasakan yang makin lama makin tak berapa meriah dah suasana raya nih.. Hmmm.. Tak macam time aku masih comel lotey dulu.. Tak tau la kalau korang rasa macam aku rasa ke tak kan, tapi seriusly aku merasakan kehambaran itu.. Dan ia semakin nyata.. Huhu.





Dulu dulu kan, time raya jek mesti ada..





  • Peperangan mercun antara kampung, blok, perumahan dan etc

  • Takbir raya kedengaran hingga 3 hari..

  • Kunjung mengunjung tak pernah putus putus..

  • Yang tak kenal pon boleh jadi kenal time raya.

  • Rata rata orang bagi je duit raya even terjumpa tengah jalan.

  • "Mood" raya still kuat sampai berminggu minggu..

  • Time raya, cerita kat TV semua tentang raya.

  • Lagu kat radio pun still rancak dengan lagu raya je.. 

  • Dulu gak, Raya je ade Sarkas, Magic show ..





Dan jugak beberapa perkara lain yang aku dah tak bape nak hingat.. Huhu.. Tapi.. Sekarang, semua dah lain.. Budak budak sibuk dengan games, Facebook, blog.. TV pulak dok tayang cite yang takdak kaitan langsung dengan RAYA.. Gadget gadget canggih berleluasa dan jadi trend.. Dan berbagai lagi kelainan yang amat mengduka citakan ! Adakah korang dapat menyelami dan mengkuaklentangkan perasaan daku ini? Hehe.. 




Jadi, aku amat berkeyakinan, kalau ini terus terjadi, dalam masa  beberapa tahun lagik, maybe tradisi HARI RAYA kita ni akan "lenyap" terus.. Dan bila tiba nye hari raya, semua buat bodo je. Ala.. Macam takde pape yang berlaku pon pada hari tersebut... Korang rasa camne? Adakah bersetuju dengan diriku ini? Hehe..




So.. Last word dari aku untuk entri ni adalah.. Kekadang, kita tak sedar, perkembangan teknologi yang amat drastik dan cepat ni, mampu memusnahkan segala kenangan yang dicipta di masa lalu.. Ia gak buat kita jadi ambil mudah dengan kenangan lampau seterusnya kenangan tu akan hanya dijadikan satu rujukan je.. Setuju tak? .. Kalau setuju sila bakar mercun roket sekarang ! =)






 
Read more »