Tampilkan postingan dengan label hari raya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hari raya. Tampilkan semua postingan

Bezanya Raya Sekarang !





Assalamualaikum .. Bertemu lagi kita di kali ke berapa ratus tah dalam Sengal Zone ni..  Hehe.. Well well west.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nih.. Ecehh.. Maghrib maghrib ni tetacingan pulak.. Haha.. Ehem.. Kita kena la selalu menghargai kunjungan tetamu kan? Macam hari raya la jugak..





Ekceli celi celi...  Bila bercakap pasal hari raya ni kan. Aku dapat merasakan yang makin lama makin tak berapa meriah dah suasana raya nih.. Hmmm.. Tak macam time aku masih comel lotey dulu.. Tak tau la kalau korang rasa macam aku rasa ke tak kan, tapi seriusly aku merasakan kehambaran itu.. Dan ia semakin nyata.. Huhu.





Dulu dulu kan, time raya jek mesti ada..





  • Peperangan mercun antara kampung, blok, perumahan dan etc

  • Takbir raya kedengaran hingga 3 hari..

  • Kunjung mengunjung tak pernah putus putus..

  • Yang tak kenal pon boleh jadi kenal time raya.

  • Rata rata orang bagi je duit raya even terjumpa tengah jalan.

  • "Mood" raya still kuat sampai berminggu minggu..

  • Time raya, cerita kat TV semua tentang raya.

  • Lagu kat radio pun still rancak dengan lagu raya je.. 

  • Dulu gak, Raya je ade Sarkas, Magic show ..





Dan jugak beberapa perkara lain yang aku dah tak bape nak hingat.. Huhu.. Tapi.. Sekarang, semua dah lain.. Budak budak sibuk dengan games, Facebook, blog.. TV pulak dok tayang cite yang takdak kaitan langsung dengan RAYA.. Gadget gadget canggih berleluasa dan jadi trend.. Dan berbagai lagi kelainan yang amat mengduka citakan ! Adakah korang dapat menyelami dan mengkuaklentangkan perasaan daku ini? Hehe.. 




Jadi, aku amat berkeyakinan, kalau ini terus terjadi, dalam masa  beberapa tahun lagik, maybe tradisi HARI RAYA kita ni akan "lenyap" terus.. Dan bila tiba nye hari raya, semua buat bodo je. Ala.. Macam takde pape yang berlaku pon pada hari tersebut... Korang rasa camne? Adakah bersetuju dengan diriku ini? Hehe..




So.. Last word dari aku untuk entri ni adalah.. Kekadang, kita tak sedar, perkembangan teknologi yang amat drastik dan cepat ni, mampu memusnahkan segala kenangan yang dicipta di masa lalu.. Ia gak buat kita jadi ambil mudah dengan kenangan lampau seterusnya kenangan tu akan hanya dijadikan satu rujukan je.. Setuju tak? .. Kalau setuju sila bakar mercun roket sekarang ! =)






 
Read more »

Erk.. Apa Kes Ramas Bontot Usha Aku?





Assalamualaikum !! Ahad yang slowmotion.. Entah kenapa tah, tiap tiap kali Ahad datang, konpom aku pon jadi slow. Haha.. Adakah korang merasakannya jua? Ecehhh.. Well.. Korang sihat tak hari nih? Still pergi beraya lagi ke? Erm.. Aku dah stop dah, tak larat dah rasanyee.. Makan makan dan makan serta makan lagi membuatkan aku jadi seakan akan teddy bear yang berat dan slow. Haha.. Lebih baik aku duk umah layan DOTA ke, layan semut semut bercakap ke, layan mak aku tengok hindustan ke kan. Syiokkk ! Errr.. Sampaikan mak aku cakap aku ni mengalahkan anak dara je sebab dok terperuk kat rumah.. Hehe..





Okeh, mukadimah yang agak panjang.. Hehe.. Sebenarnya, aku nak share dengan korang pengalaman "ngeri" aku time malam Merdeka hari tu.. Ermm.. Well.. Cam biasa la kan, adik beradik , kalau dah berhimpun ni, confirm la ada keluar keluar gi makan makan kan? Camtu gak la aku yang mempunyai 8 adik beradik ni.. Hehe..





So.. Pada malam tu...  Aku, kakak aku dan 3 orang lagi adik aku pon plan nak sambung ambang Merdeka dekat Teluk Chempedak. Dan pilihan tempat melepak kitorang tentunya Mc'D yang tak pernah tutup tu.. Hehe.. Memang time tu ramai sangat makhluk makhluk humanoid yang berkeliaran , dan melepak macam aku ni. Hendak dipendekkan cerita la kan, lepas abes makan je ,  kitorang pon confirm la nak blah dah..  Tiba tiba...





Time aku dan adek bradek yang lain dah nak meninggalkan meja dan bergerak secara macho ke tempat parking kereta kan, adala dua orang mamat ni berdiri dua duaan dan bertenggek di tepi tiang secara senada dan seirama.. Disebabkan aku ni dah macam Lee Min Ho kan, aku jalan la dulu sebab aku nak gak test market aku, mana la tau kot kot ada Kareena Kapoor ke yang terpikat dengan kemachoan aku ni.. Errr.. Korea kahwin dengan Hindustan? Buang tebiat ke...





Okeh sambung balik.. So.. Bila dah masuk kat dalam kereta dan on da way pulang ke rumah tercinta tu kan, kakak aku cakap...





" Angah, ko perasan tak mamat dua orang yang dok sendeng kat tiang tu ? "




Aku menjawab..





" Perasan.. Depa dok ramas pungkoq satu sama lain kan? Gay tu.. "




Kakak aku pulak cakap,





" Aah.. Depa ramas sambil dok usha pungkoq ko ! Siap sengih sengih lagi oooo.." 




Hatta, seraya itu jugak la, diriku menjadi kaku sekakunya selama 2 minit dan 32 saat.. Yang adik beradik aku yang dok ikut sekali kat belakang dah terkekek kekek gelak ! Haha.. Diorang siap cakap lagi...





" Tu la.. Memang Lee Min Ho la ko ngah.. Memang ramai minat .. Sampai pungkoq ko pon depa minat.. "




Dan , aku hanya mampu berkata dalam lubuk hati nan kecil aku ni sambil mata ke atas...





" Haremmmmmm jadah ko gay ! "




Dan, terus memandu ke jalan yang benar ... Sekian..









Koyok Ditempek  :  Moral of the story, sentiasa berwaspada dengan aset aset yang tak ternilai di belakang anda itu ye kaum ADAM sekalian.. Takut aset anda itu disalah imaginasikan...  Okbai !





Read more »

3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya !





Assalamualaikum .. Camne malam raya ketiga korang ? Confirm la syiok kan? Ececehhhh.. Aku camni la.. Dilanda encik migrain dari petang tadi sampai la sekarang ni, dok memerap dalam bilik sambil menjamah biskut coklat cip.. Sesekali tu aku usha la jugak encik semut punya open house.. Ramai gak makhluk halus yang menghadirkan diri.. Haha.. Aku siap sponsor coklat cip lagi kat depa woo !! Hehe..





Okeh, entri aku malam ni ada hubung kait dengan kemalangan jalan raya ! Erm.. Kemalangan jalan raya dan hari raya memang tak dapat dipisahkan kan? Dah macam  adik beradik pulak depa ni.. Yela, masing masing ada "raya" la katakan.. Hehe..





So.. Tanpa melengahkan masa dan tanpa membuang tenaga di jari jemari aku ni, jum ikuti 3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya dari Sengal Zone !!!







  • Rehat Secukupnya !

    • Sebelum perjalanan jauh tu kan, korang sepatutnya mempunyai rehat yang cukup. Senang cite, korang tidoq je 4 - 5 jam sebelum perjalanan. Ia boleh membuatkan badan terasa segar dan bertenaga. Disamping itu, korang gak akan rasa lebih fresh seperti bayi baru lahir gitu.. Haha.. Jangan pi tidoq 14 jam pulak.. Melampau weiii ! :P  



  • Sentiasa Curiga !

    • Ini bukan kejiwangan okeh.. Haha.. Ini curiga lain version.. Maksud aku, time memandu, korang kena upkan sikit level curiga korang tu. Alaaa.. Tambah sikit je.. Supaya nanti senang sikit korang nak alert kalau jadi something keikanan (fishy). Okeh? Curiga je tau.. Contoh la kan, dalam jarak 88m di hadapan ada satu bonggolan. Korang jangan ambik mudah, tapi korang fikir la jauh sikit ke depan sambil bayangkan yang maybe tu seekor naga dok tidoq ke, jerangkap samar ke.. Hehe.. 



  • Berhenti Bila Badan Suruh ! 

    • Okeh, ni lebih pada interaksi bersama badan korang.. Macam kawan kawan laa... Hehe..  Kekadang, bila korang dah lama drive kan, mesti badan korang akan mengeluarkan signal signal mintak dimanjakan.. Seyesss ! Antara signal signal tersebut adalah, mata pedih pedih ayu, kaki kebas kebas kebab, pinggang vibrate tanpa henti dan byk lagi.. So.. Apa yang perlu korang buat, berhenti di tempat rehat, kemudian layan la badan anda. Manjakan dia bagai menatang minyak yang penuh okeh? Hehe..









Erm.. tu la dia serba sikit tips elakkan kemalangan jalan raya dari aku ! Ni semua berdasarkan pengalaman aku memandu dari Kuantan ke Kedah secara konvoi satu masa dulu.. Hehe.. Last words dari aku adalah, nyawa adalah benda yang tak dijual di kedai Tutti Frutti ! Hargai la diri anda dan insan tersayang ! Selamat memandu !!! :)










Koyok Ditempek :  Memandu itu sungguh memenatkan ! Haha.. Dulu sebelum aku dapat lesen dan tau cara drive ni, berkobar kobar dan terkinja kinja nak drive.. Sekarang?  tengok stereng pon dah malas. :P






Tekan like kalau suka kemerepekan aku ni tau. ;P
Read more »

Lagu Raya Yang Super Fail !





Assalamualaikum !! Raya ketiga dah kan hari ni? Hehe.. Still mau pergi beraya? Ermm.. aku mengesyorkan korang membawa sekali lagu raya yang bakal memukau dan mengeletek gegendang telinga sahabat taulan anda nanti.. Hehe.. Ekceli, lagu ni aku dapat dari page member UNISEL aku.. Dek kerana aku tergerak hati nak klik dan play, maka terpancul dan terhasil la satu nada yang memang sungguh mengasyikkan jiwa tapi di exposekan dalam versi lagu raya yang memang FAIL laaa bagi diriku.. Miahahahaha.. Kejam tak aku? Tak kejam? Errrr.. Korang tengok la sendiri video kat bawah ni okeh..

















So.. Dah tengok? Mesti dalam hati dok berkobar kobar nak jadikan ringtone henpon kan? Takpun buat caller ringtones nih ! Haha.. Okeh la, selamat mendengar lagu raya yang super failed ni ! Hehe...










Koyok Ditempek  :  Raya kedua semalam, mood aku down gila gila.. :| Haihhh.. 


Read more »

Sapa Cakap Orang Tua Tak Dapat Duit Raya?







Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Amacam Raya pertama korang? Hehe.. Mesti la syiok kan? Tak kira la macam mana sambutannya sekalipun, aku gerenti mesti syok ! Hehe.. Tak gitu? Well.. Raya pertama aku macam raya raya sebelum ni, bangun tidoq dikejutkan oleh bebelan adik aku duk suruh aku mandi sunat Aidilfitri.. Lepas tu prepare untuk solat Aidilfitri satu famili.. Hehe.. Kat sini best  sebab famili aku 10 orang woo.. So.. Memang terbaikkk !! Hehe





Lepas pada itu, amik gambar, bermaaf maafan, dan yang paling ditunggu adalah time pemberian duit raya ! Haha.. Seperti yang korang tahu kan, aku ni penanam anggur yang tak henti henti menghadiri temuduga, tapi still takde rezeki berkerjaya kan? Haha.. Jangan terkejut kalau aku cakap aku pon penyumbang duit raya tahun ni ! Hahaha.. Aku adala sekupang dua dalam dompet ni.. Ekceli, aku bagi duit raya kat 4 adik aku yang still sekolah lagi la.. Yang dok belajar kat Politeknik dengan UMT tu memang aku tak bagi, sebab bajet kurang woo.. Lagipun jumlah dia adalah sorang sekupang buat beli eskrem milo depan sekolah depa.. Hehe..





Err.. Part yang paling best dirasakan oleh diriku adalah, disaat pemberian duit raya tu berlangsung dengan jayanya, aku pon diberi duit raya oleh mak, kakak dan adik aku yang keja part time sebelum balik UMT tu ! Haha.. Tetiba terasa badan mengecil dan umur ditolak beberapa tahun kebelakang.. Haha.. I muda yuuuu ! Haaa.. Sapa cakap orang tua tak leh dapat duit raya? Sapa kata? Sapa? Sapa? Hehe..





So.. Aktiviti harian aku hari ni, pi beli ayaq batu bertimbun timbun, layan tetamu, layan budak budak, jadi drebar, belasah semut semut, makan bertubi tubi, serang cokolat cip dan jugak sat lagi nak jadi tokan a.k.a komander  mercun untuk berperang..  ! Sekian !! :P













Koyok Ditempek :   Sebelum raya lagi aku dah dapat duit raya RM30 dari 2dayblogger.com sebab menang tempat ke 9 contest SEO Tip blogging terbaik ! Terima kasih yeeeeeee !!! Korang pon patut usha selalu blog 2dayblogger.com sebab banyak tips, contest dan macam macam yang boleh korang belajar tentang blog !! Memang berbaloi !!!





Read more »

Ucapan Raya Sengal Zone !











*************************************************


Assalamualaikum.. 




Aku dengan ini, selaku pemilik, penulis dan jugak penyengal blog Sengal Zone ni..
Nak memohon beribu keampunan dan kemaafan, andai setiap post, entri dan jugak komen aku
dalam blog aku ni ada yang menyinggung, mengutuk, mencaci, menglucah dan segala yang
tak eloklah.. Maafkan daku yee....




Ermm.. Setiap yang buruk tu datang dari aku woo dan setiap yang baik tu datang dari Allah..
Aku jugak nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca blog Sengal Zone ni ! 
Moga Aidilfitri kali ni membawa seribu erti dalam kehidupan kita ! 
Aminnnnnnn...




Akhir kata, korang taknak bagi duit raya kat aku ke? Haha.. Aku baru jek 7 tahun ! Lalalalala...
okbai !! :P




*************************************************




Read more »

Lagu Raya Pilihan Aku !







Assalamualaikummmm ! Selamat hari Raya ! Erkk.. Silap.. Selamat hari Khamis ! Hehe.. Tapi kan, apsal aku merasakan seperti Hari Raya sudah menjelma eh? Buang tebiat kah diriku ini? Haiihhhh.. Ni mesti gara gara aku mentelekupkan muka dengan bantal sambil nyanyi nyanyi  halus lagu lagu raya kegemaran aku ni. Akibat dari mendengar lagu raya tu secara bertubi tubi bawah bantal, aku mengalami halusinasi tentang hari raya dan jugak lagu raya ! Hehe..





Okeh, abaikan kerepekan aku kat atas tu, jom kita discuss dengan lebih serius. Discuss tentang apa? Errr.. Ekceli, aku tak terfikir lagi nak discuss tentang ape! Miahahaha.. Haaa.. Dah terfikir dah, tiba tiba je aku terfikir nak discuss tentang lagu raya ! Yeee.. Mesti la bila time raya makin nak dekat ni, bersemangat je sanubari mendambakan lagu raya kan? Jadi, confirmla kita akan memenuhi tuntutan sanubari tu kan? Hehe.. Aku pun tak terkecuali okeh, walaupun kekadang sanubari aku menginginkan benda benda pelik seperti membatalkan puasa adik aku dengan cara mengorek telinga dia time dia dok khusyuk tengok tibi, bergaduh dengan pokok semalu dan bermacam macam lagi taste pelik sanubari aku tu.. Hehe..





Ye laaaaa, aku tak merepek dah.. Hehe..  Aku sebenarnya nak share dengan korang lagu raya pilihan hati aku ! Sambil sambil tu aku nak tau jugak lagu raya kegemaran korang ! Haaa.. Nanti boleh la aku download pastu dengar sambil layan makcik makcik dok gosip . Baiklah, dengan ini, aku mengreveal lagu raya pilihan hati aku ! Korang boleh download sekali tau.. Bukan apa, mana la tau kan, kot kot la korang tak pernah dengar lagi kan.. Hehe





Sila klik tanpa segan silu untuk mendownload !











Ehemm.. Itu la dia lagu raya yang top dalam sanubari aku ketika ini.. Eceh.. Apsal ayat nak bermadah je ni. Well, raya kan penuh dengan madah madah indah ! Okeh la, aku nak gi praktis menganyam ketupat guna kertas A4 jap. Haha. Jumpa lagi jap lagik okeh? Eh jap, lagu korang mana?










Read more »

Syahdu Di Pagi Raya !



          Assalamualaikum !! Kenyang tak korang ni? Kalau tak kenyang, meh jemput jamah biskut pat segi aku ni. Hehe.. Err.. Ekceli entri ni ringkas sebenarnya. Aku nak share dengan korang satu lagu raya yang agak menusuk di kalbu ! Aku tak tau la kot kot korang dah dengar lagu raya ni ke tak kan. Lagu ni agak berbeza sikit dengan lagu lagu raya yang dolu dolu ! Jap eh, aku pasang lagu tu jap, korang klik play je kat bawah okeh !















          Amacam? Best tak? Hehe.. Ekceli, lagu ni dinyanyikan oleh Kartunis Ujang, Taugeh ! Hebat woo.. Hehe.. So, enjoy la lagu diatas ni seperti anda mengenjoykan diri ! Haha.. Aku out dulu. Ada semut perlukan bantuan nyalakan api nak main mercun ! ngeh ngeh.. :P

















Koyok Ditempek : Lagu raya sekarang ni tak sama macam lagu raya dulu dulu kan? "Aura" itu takde ! Lalalalalala..





Read more »

3 Sebab Mercun Dan Raya Tak Dapat Dipisahkan !





         Haiiii ! ( sambil lagu Upin dan Ipin dimainkan ).  Jumaat datang lagi dengan penuh keberkatan ! Well, para para Power Rangers Lelaki, sila la siap sedia untuk beraksi sebentar lagik. Hmm.. Mercun dan raya.. Ada apa pada mereka ini.. Apakah hubungan Mercun dan Raya sebenarnya? Apekah mereka bercinta? Errr...





          Ekceli kan, hubung diantara mercun dan raya memang tak dapat di pisahkan woo ! Seriusss.. Sebab apa? Ermmm.. Bagi aku la kan, eventho aku ni takde la tau nama nama mercun secara full kan, tapi kehadiran mercun amatlah dinanti dalam sambutan sambutan perayaan, terutama sekali tentulah Aidilfitri kita ni ! Kan kan kan? Dan jugak, dari aku kecik sampai la dah besar hidung ni kan, Aidilfitri seakan tak meriah woo bila tidak "dihidangkan" dengan mercun ataupun bunga api ! Haa.. Korang setuju tak dengan setetmen aku ni? Hehe..





           So.. Dipendekkan mukadimah aku ni, jom kita layan 3 sebab kenapa mercun dan raya tak dapat dipisahkan !! Ini berdasarkan pendapat aku je tau.. Jummm..
















  • Tanpa mercun, sambutan raya akan jadi macam sunyi sepi. Tiada lagi dentuman dentuman pembalasan antara kampung dengan kampung, blok dengan blok, dan jugak, bila tiada semua tu, "feel" Aidilfitri pun takde laaaaa.. 


  • Tanpa mercun, takde la jugak keghairahan untuk sambut Aidilfitri ! Ye lah, selain duit raya, hidangan, baju raya, seluar raya , spender raya dan jugak bermacam macam raya lagik akan kelihatan rompong dan berlubang. Huhu..


  • Tanpa mercun jugak, ikatan persahabatan antara seseorang takkan terjalin ! Yelah, dulu dulu, aku main perang mercun kat kampung ! Tak kenal pun join sekaki jugak. Syokk wooo.. Tembak sana sini tanpa ada yang injured ! Hehe..







          Well, zaman sekarang ni dah lain sikit dengan dulu dulu.. Hehe.. Sekarang ni , orang main mercun nak pegang kat tangan je.. Haha.. Ingat mercun tu kuasa Goku ke? Hehe.. Kesimpulannya, tanpa mercun, tak meriah la raya oi ! Anda setuju? Kalau setuju sila la bunyikkan ketiak anda. Sekian... Nak gi masjid daaaa ! Tata... 






Koyok Ditempek  :  Kalau main mercun dengan penuh berhati hati, insyaAllah, takkan jadi punye trajedi yang tak diingini ! :)





Read more »

Perabot Besar Untuk Raya !

             Ehemmmm.. Assalamualaikum !! Hehe.. Jumaat kan ini hari ? Bererti lagi beberapa hari je lagi kita nak masuk ke bulan Ramadan ! Dah ready ke nak puasa ni? Hehe.. Puasa lepas lepas yang berlubang tu dah ganti eh? Bagus bagus.. Hehe..





              Setibanya bulan Ramadan, pasti la kan lepas tu dah Raya. Dan confirm jugak la ramai yang akan buat persediaan sambut Aidilfitri. Ada yang nak tukar sofa, tukar langsir, dan kalau boleh semua nak ditukarkan atas nama "RAYA" kan? Hehe.. Well.. Dalam entri ni, aku nak share beberapa gambar perabot yang mana la tau, kot kot korang berminat ke nak jadikan milik korang di hari raya nanti.. Cer tengok cer tengok !!









Supersized Furniture






Supersized Furniture






Supersized Furniture






Supersized Furniture






           
          Haaa.. Amacam? Berminat tak? Haha.. Kalau berminat sila order dengan kedai perabot yang berhampiran okeh? Aku nak bersiap nak ready gi mesjid.. Tataaaaaaaaaaaa... Selamat membeli perabot yeee !!! 








Read more »