Tampilkan postingan dengan label personal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label personal. Tampilkan semua postingan

Untuk Awak ..





Assalamualaikum.. Err.. Aku nak sharekan something yang amat lah best.. Ia dari Iluvislam.com.. Bagi yang bercouple tu baca la ye.. Hehe.. Tak rugi pun korang baca.. Dan untuk awak, artikel ni lah yang membuatkan saya buat tindakan tu.. Saya harap awak baca.. =)


******


Hari ini, aku luangkan masa lapangku dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Aku nampak di homepage, kawan aku ni like satu link yang menarik perhatianku.
"Aleesya likes a link."
Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang aku perlu pelajari.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya :
Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.
"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?"
Aku berfikir sejenak.
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini. Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi kehadirannya dalam hidupku mengubah segalanya. Aku yakin, dia adalah untukku. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini... Hatiku berkata. Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku.
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.
Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...
Ya Allah... Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."
Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Aku ada pernah terbaca...
".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Aku tidak akan berputus asa. Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.
"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."
Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."


Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:
"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."








Koyok Ditempek  :  Saya harap awak baca entri ni.. Ia adalah sebab kenapa saya buat semua ni... Saya taktau camne nak jelaskan, tapi.. Ni lah kata hati saya.. : (








Read more »

Aku Dan Awan !







Awan oh awan..
Kenapa kau bergerak dalam slow-mo?
Tetiap kali kau bergerak dalam slow -mo tu la
Perut aku berkeroncong tatkala menatap dirimu..




Awan oh awan.. 
Bila kupandang wajah mu nan ayu..
Hati ku tenang setenang tenang ikan pekasam bawah tudung saji.
Kau tahukan aku kat bawah ni selalu tunggu kau ! 
Kau tahukan aku sanggup menahan diri dari terkucil
Semata mata nak tunggu kau berarak ..




Awan oh awan..
Kenapa kau kejap muncul , kejap kau hilang..
Aku dah ready dengan biskut chipsmore ni hanya untuk kau..
Tapi kau tiup ia ke tepi.. 
Kau biarkan ia jatuh ke rumput rampai..




Awan oh awan ..
Diketika kau hilang sebentar,
Aku kutip biskut tu,
Dan aku tiup tiup seumpama kau..
Lalu ku makan dengan penuh ketenangan..
Sungguh ranggup sekali biskut itu awan..




Awan oh awan..
Kalau boleh, jangan lah hilang lagi..
Aku nak tengok kau berarak..
Biar pun kau tak pernah anggap aku ada kat bawah nih..
Aku tetap nak tengok kau jugak.. 
Melihat kau dari jauh pun sudah memadai buat aku.. 
Aku mencintai mu awan berbentuk Atasinchi.. 




Awan oh awan..
Aku balik ni awan..
Lepas nih mungkin aku takkan datang tengok kau lagi..
Sebab aku dah ada Awan Dania kat Astro ..
Sorry awan.. 








Koyok Ditempek  :   Sorry, entri aku agak pelik malam ni.. Sama macam Nuffnang jugak.. Perasaan aku sangat la berkecamuk macam meggi renyuk goncang makan tu.. Huhu..  




Read more »

Haikal & Nur (Siri 3)



[ Haikal dan Nur ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri


(Klik untuk membaca)


(Klik untuk membaca)






- Siri 3 -




*********




Sesudah puas melayari Facebook dan blog kegemarannya itu, Haikal bersiap untuk menunaikan solat Zuhur. Di sarungkan kain pelikat, dilumur sedikit perfume One Drop dan dibentangnya sejadah..




“Hmm.. Wanginya wehh.. Boleh jadi model minyak wangi nih..“ Bebel Haikal sendirian sebelum mengangkat takbiratul ihram...  




“Allahuakbar ... “ Haikal memulakan solat.. Dalam hatinya kini hanya ada satu cinta.. Iaitu cinta pada yang Maha Pencipta.. Yang memberikannya peluang untuk terus merasai erti kehidupan..




Sesudah bersolat, Haikal bergegas ke ruang tamu.. Ibu dan adiknya tiada.. Mungkin mereka di dapur, getus Haikal .. Lalu, dia mencapai kunci kereta Proton Tiara milik Arwah ayahnya dan berjalan menuju keluar..




Haikal terus menghidupkan enjin kereta yang agak berusia itu. Ditutupnya pintu dan diundur nya dari kawasan rumahnya perlahan lahan.. Takut anak jiran sebelah menyebelah terkejut dengan bunyi eksoz kereta itu yang sedikit kuat ..




Haikal terus memandu merentasi sekolah, kedai kedai, tanah luas, dan sesekali itu juga Haikal memandang ke langit. Dilihatnya awan awan kecil sedang berarak.. Tersenyum dia sendiri..




“ Awan.. Awan.. Awan.. Macam Awan Dania la hang nih, cun, cantik dan comel.. “ Kata Haikal.. Haikal memang meminati drama Awan Dania lakonan Scha di Astro ..




Kemudian Haikal pun sampai la di Stesen Minyak Shell yang jaraknya kira kira 500 meter dari rumahnya.. Haikal mematikan enjin dan mula ke kaunter..




“ Kak, pam enam sepuluh ye kak.. “ tutur Haikal sambil menghulurkan not berwarna merah kepada wanita bergincu ungu yang sedang menjaga kaunter itu..




“ Ok bang.. “ Balas wanita itu kepada Haikal sambil sesekali mengenyitkan matanya pada Haikal.




“ Errr.. Terima kasih kak.. “ Jawab Haikal lembut sambil cuba menepis kenyitan yang dilakukan oleh wanita itu. Risau jugak Haikal dengan kenyitan yang seakan akan lain macam tu..




Setibanya kembali di kereta, minyak keretanya telah diisi oleh pekerja asing yang bekerja di situ. Setelah Haikal memberikan ucapan terima kasih kepada pekerja itu, dia terus masuk ke dalam kenderaan kesayangan nya itu dan menghidupkan enjin.




Sedang Haikal ingin membelok keluar dari stesen Shell itu , tiba tiba Haikal ternampak  susuk tubuh wanita seusia dengan ibunya sedang cuba mengisi angin kenderaan nya. Wanita itu nampak seperti dalam kebingungan. Mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak mengisi angin didalam tayar kenderaan nya..




“ Hmm.. Kesiannya makcik tu.. Baik aku pi tolong.. Bukan lama pon.. Sat ja. “ bebel Haikal sendirian.. Haikal berasa tidak sampai hati melihat wanita yang seusia dengan ibunya berdiri di tengah tengah panas untuk mengisi angin tayar. Hatinya berasa sayu..




Setelah Haikal meletakkan kenderaan kesayangannya berhampiran dengan kenderaan makcik tu, dia terus keluar dari kereta dan menyapa makcik itu..




“ Makcik, boleh saya tolong makcik ?” Haikal menegur wanita itu dengan lembut.




“ Eh.. Untungla anak ni ada, makcik memang tak pandai pam pam tayar ni nak..” Terdapat sinar keseronokan yang terpampang di riak wajah makcik itu..




Jap eh, biar saya tolong makcik, nak pam belah mana nih? “ sambil membuka pintu kereta Rexton makcik itu dan menyuruhnya duduk didalam bagi mengelakkan kepanasan ..




“ Makcik nak pam yang depan je, belah kanan tu.. Terima kasihlah nak oi.. “ Ucap makcik itu yang dari tadi sibuk mengipas ngipas dirinya dengan tangan..




Haikal pun memulakan pengepaman..




“Titt tittt.. “ Bunyi pam elektronik itu menandakan angin sudah penuh..




Haikal mencabut perlahan pam itu dan melilit kembali pada tempatnya. Lalu dia pun bergegas berjumpa 
makcik itu..




“ Makcik, dah siap dah.. Tayar makcik dah okeh dah .. “ tutur Haikal sambil mengelap peluh yang bermain main di dahinya..




“ Ye ke nak? Terima kasih lah.. Nih makcik ada  nak bagi duit buat minum petang.. Ambik la nak, Makcik sedekah..   Ucap makcik itu sambil menghulurkan not kertas berwarna biru tertera jumlah RM50 ..


“ Eh, takpe lah makcik.. Saya ikhlas ni.. Lagipun saya baru je minum milo cecah dengan biskut marie kat rumah tadi.. Kenyang lagi nih.. Tak yah la ye .” Jawab Haikal ...Bagi Haikal, apa yang dia buat tu ikhlas.. Tak mengharapkan apa apa balasan pun..




“Ermm.. Okeh la nak.. Kalau camtu, Makcik beransur dulu ye.. Ni kad Makcik, Kalau ada apa apa, bagitau je makcik.. Anak ni nama apa “ Ucap makcik itu sambil menghulurkan kad bisnesnya..




Haikal pun mengambil kad tersebut.. Sambil itu, dia menjawab pertanyaan makcik itu..




“ Saya Haikal Daniel Irfan makcik.. Orang panggil saya Haikal je..  Makcik ? “ tanya Haikal sambil tangannya masih lagi mengelap peluh yang makin meleleh ..




“ Panggil je makcik , Mak Wa ..” Jawab Makwa sambil tersenyum melihat keletah anak muda didepannya.. Senyuman yang sukar di jelaskan menerusi kata kata..




Lalu, Makwa pun beredar dari situ dan Haikal pun memulakan perjalanan pulang..








Bersambung ...












Koyok Ditempek  :  Siri lepas ni , kemunculan Nur !! Hehe.. :D


Koyok Ditempek 2 : Jangan lupa klik sinopsis dekat atas tab tu okeh? Ala yang Haikal dan Nur The Series tu.. :P






Read more »

Haikal & Nur (Siri 2)



[ Haikal Dan Nur ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri 


( Klik untuk membaca )




SIRI 2


**********


Tiba tiba.. Haikal menjadi sedih.. Sedih akibat terkenangkan insan yang pernah dicintainya sepenuh hati , Sarah.. Terimbau imbau bagaimana dia berkenalan dengan Sarah sewaktu di Tingkatan lima. Ketika  itu, Haikal hanyalah seorang insan yang sangat naif..  Haikal  sangat naif, hinggakan digelar oleh rakan rakannya budak lembab. Sarah lah yang berjaya mengubah diri nya hampir 80% menjadi insan yang agak berjaya seperti sekarang.. Insan yang mengenali erti dunia.. 




“Long, hang dok termenung pasai pa nih?” Ibunya mula bersuara..




“ Eh mak, takdak pa eh.. Dok fikir nak cari kerja kat na satgi ..” .. Haikal menyembunyikan perasaan dan imbauannya tadi..




“Takkan la dok menung menung sampai nasi naik ataih hidung hang tu? Makan pakai hidung ka? “  Ibu nya tergelak kecil dek kerana ada beberapa butir nasi yang datang dari mana melekat di hidung satu satunya anak lelaki tunggal nya itu..




“ Mak nih, tak perasan laaa.. Hidung ni yang dok kelapaq ni , bukan perut along.. Hehe.” Jawab Haikal bagi memecahkan kesunyian di meja makan..


Seraya itu, mereka bertiga tertawa seirama .. Selepas itu,  mereka pun meneruskan la menikmati makanan tengah hari yang sederhana tu dengan penuh keceriaan ..




**********


Tengah hari itu, Haikal melayari akaun Facebook miliknya.. Dan perasaan hiba terus menerjah ke sanubari beliau, tatkala status dia dan Sarah kini masing masing dah menjadi single kembali. Tapi, Haikal akur dengan semua itu kerana hanya dia dan Allah saja yang mengetahui kenapa  ini semua berlaku..


Sedang khusyuk Haikal melayari Facebook , blog dan YM nya, dia di sapa oleh adik perempuannya, Min.




“Long, kata nak pi cari kerja tadi, nih hah mak bagi duit RM10 suruh long bubuh minyak kereta sekali nah.”
Sambil tangan Min menghulurkan not kertas berwarna merah..




“Satgi la Min, habaq kat mak lepas zuhur satgi la along pi.. Along isi sekali minyak nanti... “ 
Jelas Haikal yang tersengih sengih dek membaca blog kegemarannya iaitu Sengal Zone sambil tangannya menyambut not merah tu.


Min pun berlalu pergi dari bilik alongnya dan menuju ke ruang tamu.. Disitu dia disoal siasat oleh maknya..




“ Min, awat abang hang tu mak dok perati  tengok macam sedih ja. ?"
Tanya si ibu pada seorang anak kecil berusia sembilan tahun.. 




“ Hmm. Min pon tatau la mak.. Along memang nampak macam sedih ja sejak dua tiga hari ni.. Min ajak dia main power rangers pon dia takmau.. Dok terperap ja kat bilik.. Along nak bertukaq jadi raksasa kot mak ! “ 
Jawab Min dengan mengayakan reaksi seekor raksasa..




Ibunya tersengih melihat karenah anak perempuannya itu.  Sejak Arwah suaminya pergi, Haikal lah tempat Min bermanja. Bagi Min, Haikal umpama ayahnya.. Dengan Haikal lah Min bermain, bergaduh, bermanja, bergolek dan jugak menangis.




“Along, Along, kalaulah abah hang ada lagi.. “ 
Ibunya mengomel sendiri sambil mata nya seakan akan menakung sesuatu...






Bersambung..


**********








Read more »

Tak Semua Boleh Dijelaskan.

[peaceful]




Assalamualaikum.. Hoho.. Aku agak angin sikit dengan Encik Facebook ini hari dan semalam dek kerana permasalahan beliau yang tak bagi aku komen, cek noti , view page orang , like dan jugak update status. Haihhhh.. Aku rasa, aku sempat post satu status je hari ni. Nasib baik la ada link dari blog aku ni yang memang auto post ke Facebook aku. Aku rasa tak complete pulak tak ping kat sana.. Huhu..





Hmmm.. Apa eh aku nak taip dalam entri ni.. Haaa. Setiap manusia yang wujud di muka bumi Allah ni kan mesti la takleh lari dari problem kan. Sapa takdak problem? Habaq mai aku, boleh aku belanja makan mamee lapan paket.. Haaa.. Setiap orang dengan problem masing masing.. Tak kira la problem itu kecik ciput ke , besar gedabak ke kan.. Ia tetapla bernama problem.. Kan kan?





So.. Kekadang jugak kan, tak semua problem kita ni boleh di"share" dengan orang lain. Serius.. Lain orang lain problem dia woo.. Dan, lain jugak cara penyelesaian dia.. Betul tak? So. Pada korang yang ada kawan yang nampak macam ada problem tu kan, jangan la memaksa dia bercerita tentang masalahnya.. Bagi la masa kat dia untuk pulih dan insyaAllah, dia sendiri akan datang story kat korang punya.. Hehe.. Kan ke lebih afdal gitu? Hehe..





Well well west.. Aku pon nak gi solat Maghrib sat.. Last word from eden, walau apa pon problem yang kita hadapi, ia mesti ada penyelesaian punyaaa.. Lagi best kalau korang mengadu kat Allah.. Korang confirm rasa tenang dan InsyaAllah kalau diizinkan, Dia bagi korang "cahaya" untuk mengharungi masalah tu.. Hehe. Aku chow dulu eh.. Chow yun fattt ! :P
Read more »

Hari Isnin Oh..





Assalamualaikum..  Kehadapan dan kebelakang serta ke kiri dan kekanan wahai pembaca pembaca blog Sengal Zone sekalian Universe ! Whoaaaaaa.. Isnin dah kan hari ni? Patut la aku terasa kebosanan.. Haha.. Well.. Aku yakin seyakinnya korang pon mesti bosan gak kan? Ada tak rasa lemau? Korang ni kuih raya ke hape? Haha..





Okeh, sambil sambil korang sedang menjalankan aktiviti korang tu kan, apa kata korang dok bersandar kejap.. Sandar je la kat mana pon.. Sandar pada dinding ke, sandar pada pokok ke, sandar pada kenangan pon boleh.. Haha.. Dah sandar eh? Bagus..





Sekarang ni try pulak ambik sebatang pen or pensel kan.. Kepitkan diantara muncung korang.. Kemudian bangun dengan hati hati, jalan pergi kedapur, jangan bagi pen atau pensel tu jatuh tau.. Sampai dah dapur? Bagus.. Sila bancuh milo ais untuk aku.. Dengan cara sebegini, confirm korang takkan bosan.. Korang mesti ulangi aktiviti tu tetiap hari Isnin okeh..  Nescaya korang takkan jadi lemau seperti kuih raya lagik..





Ekceli, entri aku ni pon ada berbaur lemau selemau lemaunya nih.. Idea aku tepu dan membeku nih.. Camne eh? Nak hempuk pala kat kusyen ke hah? Tak pun hempuk kepala dalam tepung gandum? Haha.. Okeh la, aku nak pergi berlari lari depan mak aku jap ni.. Untung untung kena sound kan.. Haha.. Chowwwww...







Koyok Ditempek  :  Hua Hua.. Korang dah baca Novel Exclusive Sengal Zone? Alaaa.. Yang Haikal dan Nur tu laa.. Hehe.. Nak tau tak Haikal Dan Nur (Siri 2) dah siap dah. Tapi, aku rasa macam malas publish lagik.. Lalalala.. Melainkan ada orang buatkan aku Milo ais baru aku publish ! Haha.. Kekejaman berleluasa.. :P
Read more »

Haikal & Nur (Siri 1)









[ HAIKAL & NUR ]


Karya Asal Deeyaudeen Sabri 






************************


"Awak.. Kita putus.. "


Satu ungkapan yang amat pedih bagi setiap pasangan  yang mendengarnya.. Tambah tambah lagi bila usia perhubungan itu masuk ke fasa bertahun tahun lamanya.. Begitu la jugak Sarah, bingit telinganya mendengar ungkapan dari Haikal.. 




"Awak.. Maafkan saya.."


Haikal  berulang ulang kali mengucapkan kata kata lembut berbaur kemaafan.. Tapi itu semua bagaikan panah yang membakar setiap alur darah ke hati Sarah..




" Awak buang saya !! Awak buat saya macam sampah.. " 




Haikal hanya terdiam bila Sarah menuturkan ayat tersebut , tanpa membalas, tanpa membantah.. Dia seakan mengiyakan setiap kata kata Sarah, insan yang sangat dicintainya..




"Awak... "




Hanya itu yang mampu dibalas oleh Haikal.. Lalu Sarah mematikan telefon bimbitnya, dan sepi menyelubungi setiap nadi Haikal. Haikal terduduk dan sesekali dia senyum.. 


Senyuman yang beriringan air mata.. Titis air mata Haikal makin deras mengalir, tatkala dia mengingati setiap kenangan Sarah, senyumannya, manjanya dan juga segala galanya.. 


Tapi, kalau lah Sarah mengetahui apa yang dibuatnya itu.. Kalaulah Sarah tahu setiap isi hati Haikal.. 




" Along.. Along.. Mak panggil makan  nasi.. "




Panggilan Min membuatkan Haikal tersentak dan tersedar dari dunia nya yang tadi dan terus keluar dari bilik menuju ke dapur.. 


Setibanya di dapur, hatinya sayu bila melihat susuk tubuh wanita berusia 60 an yang membongkok bongkok menceduk nasi kedalam pinggan.. 




" Mak.. Along nak sikit ja nasi boleh? " .. Tutur Haikal lembut sambil memegang erat bahu ibunya itu.. 




"Ala  Long, hang makan la banyak sikit.. Mak masak Ayam kurma nih.. Kuah banjir nah".. Kata ibunya sambil menuangkan kuah kedalam pinggan nasi Haikal. Banjir, itu la kegemaran anaknya sejak kecil.. 




"Ermm. Boleh la mak.. Hehe.. Ayam nak lebih boleh ? " .. Haikal cuba membodek ibunya dengan kata kata manis.. Selalunya, skill sebegini berhasil.. 




" Ambik la 3 ketoi Long.. Banyak lagi dalam kuali tu.. " Balas ibunya sambil tersenyum.. 




Lalu, Haikal pun menarik kerusi , duduk, dan mula membaca doa makan... Adik dan ibunya turut mengaminkan doa dari Haikal.. Begitula rutin harian mereka 3 beranak setelah "kepala" keluarga mereka pergi mengadap Illahi lima tahun lepas.. 
  


Tiba tiba... 






************************


Bersambung ..










Koyok Ditempek  :  Aku mencuba membuat karangan berbentuk novel.. Miahahaha.. salah silap harap diampun yee :P


Read more »

Bila Kawan Kawan Aku Menjawab !











Assalamualaikum !! Wohooo.. Berjumpa lagi di malam Ahad yang sejuk dan tenang ni.. Ehemmm.. Ekceli, petang tadi , dalam entry Aku Nak Tanya Nih.. Aku bertanyakan satu soalan. Soalan dia berbunyik begini..





" Kenapa sesetengah blogger susah nak tinggalkan komen pada blog orang lain ? " 




Dan, soalan aku tu dijawab dengan penuh lemah gemalai oleh rakan rakan blog aku ni. Hehe.. Nak tau tak apa jawapan depa depa nih? Nak nak nak? Neng Nak? Errr.. Tu cerita hantu tu.. Haha.. Okeh la, korang baca je la komen depa ni berkaitan soalan diatas tu okeh ! 






Jawapan jawapan yang terbaik oleh mereka mereka ini... 




  • Ecadwinkyasha

    • sebab kadang2 rasa macam takde apa nak dikomen?..boleh tak jawapan camtu?.hehehe



  • Lyeanna Wana

    • sebab kadang2 blog tu ade verification words yang menyampahkan diri untuk komen



  • Baizura

    • sbb kgkdg mls kot nk menaip utk komen so dieorg singgh n bce entry kt belog jek:)



  • Cikin

    •  penat sgt komen sampai tak terlarat dah nak komen .

    •  sbb owner blog tu dah komen sndri , so readers pon no komen laa . kalau letak komen yg sama dikatanya pentiru plak . hehe .

    • 3. last , sbb entri dia terlalu sengal . pastu rasa mcm sengal je kalau komen . hahaha ! Peace ! (:



  • Rozuan Ismail

    • setengah org suka baca entri tapi tak suka komen.silent reader agaknya



  • Wanz Mejuez

    • Mungkin sebab entri yang telah di publish kan tuh takda kena dengan cita rasa dia nak membaca kot.. pada aku lah kan.. kebanyakkan orang suka baca entri pendek2 dan berisi.. kalau entri panjang2 , orang jarang nak baca sampai habis... kalau entri tu panjang dan menarik boleh diterima.. tapi ada sesetengah blogger tulis panjang2 tapi takda kena satu pun citarasa pembaca pun susah jugak..  aku ambik contoh blogger simple, www.u-mie.blogspot.com .. dia cuma update entri simple2 + ada unsur sengal dia dalam entri tuh...orang ramai suka baca entri dia, tak heran lah komen dia selalu cecah 50 komen keatas.. cara memikat cuma kena faham kehendak pembaca... itu je.. ada sesetengah blogger yang malas nak terjah balik dekat blog yang sudah dia komen dekat blog orang lain.. isu malas ni kekadang tak kena.. mereka selalu nakkan orang datang komen, tapi takda minat naj komen entri orang lain itu lah puncanya komen tak di terima balas...



  • Syafiq Ahadin

    • eh....macam saya je tuu...hehe!!! Saya sangat malas nak post komen!! Tapi kalau ada gadget facebook komen dekat blog tuu memudahkan dan sangat akan komen. Malas nak tekan "Post comment". Entah la udin. memang malas. Tapi reply komen orang best!! 



  • Sha My Heart

    • Sebab setia dgn term silent readers. Kalau komen, dah tak jadi selnt redears. Haha~

      Kadang2 kite tak komen sebab tak nak buat keadaan bertambah keruh terutama kalau membaca entri menghentam orang lain atau pihak lain. Sebab tuan blog jenis tak boleh terima pendapat yg bertentangan.  Kalau mcm tu, lebih baik kite diam je.



  • Jungrara

    • sebab suke baca jer...x tau nk komen apa...(tp orang da komen ni...hehe)



  • Belogkiter

    • sebab kadang kadang ada entry yang tak tau nak komen apa. contohnya cerita dia ialah handsome kan pakwe aku. emm.. tapi bukan taste kita.. so tak leh nak kata handsome sebab nanti tak ikhlas.. contoh je.. hihi



  • Cik Paan

    • sebab... tak tahu nak komen apa. tak mahu lah komen kosong kot

       lagi satu, sebab internet lembap sgt, nak bukak komen nye site pun berape jam tunggu..

       aku benci orang berebut nak jadi 1st commentor, tapi tak bace langsong entry org tu...

      baik tak payah



  • Aimie Amalina

    • weeeee baek2 meh nk jwb hahahaha..

      1) malas

      2) tak de mood (period kot) kalo laki..errr..x de rezen ni..hahahaa

      3) x cukup mase

      4) x sesuai dgn jiwa

      5) sebb x suke blogger tu

      6) sebb mmmmmmmmm tak tawu nak komen ape...

      heee..tapi hakikatnye sume tu bole di kurgkan..heee..at least boh senyum kan?hehehe





  • Pwincess9 Juhary

    •  Malas nak comment

    • Tak de org comment kat blog dia watpe dia nak comment kat blog org

    •  Dah byk sgt org comment. Nak comment pun kena scroll lama gilaa





So.. Itulah antara jawapan jawapan kawan kawan aku.. Hehe... Jawapan ni dikumpul setakat pukul 9.00 malam tadi tau ! Ini kerana internet aku dah mula menjadi siput sedut jadian yang enak dibuat masak lemak cili api ! Srottt srootttt ! Jawapan aku? Ermm.. Korang baca kan jawapan kawan kawan aku di atas tu? Haaaa..  tu la jawapan aku.. Hehe.. Sekian, terima kasih !! Aku nak gi makan kuih siput jap.. Tata ~  :)











Read more »